Apresiasi Untuk Insan Yang Mendidik (Hari Guru 2012)
Assalamualaikum...
Hari ini merupakan Hari Guru bagi tahun 2012. Jadi pada kesempatan ini,dengan kemudahan yang ada,dengan medium yang tersedia,aku akan nukilkan satu entry khas buat tatapan semua pembaca mengenai GURU. :)
Hari Murabbi
Apabila sampai sahaja tarikh 16 Mei, maka riuh rendahlah setiap ceruk alam tanah melayu ini dengan slogan-slogan seperti "guru ibarat pelita" dan seumpama dengannya sempena menyambut Hari Guru. Namun bagi aku,secara peribadi,aku tidak menyambut Hari Guru, tetapi aku lebih terdorong untuk menggantikan perkataan guru itu kepada Murabbi.
Profession sebagai seorang cikgu bukan untuk mengajar anak murid matapelajaran yang telah dipertanggungjawabkan semata-mata. Namun,kita(aku pernah menjadi cikgu) menggalas amanah yang lebih berat bahkan lebih penting berbanding mengajar iaitu Mendidik.
Alhamdulillah sepanjang aku bersekolah, dari Sekolah Rendah Islam Al-Amin Bangi, Sekolah Menengah Islam Hira' Jeram sehinggalah ke Ma'had Attaribiyah Al Islamiyyah, semua cikgu yang aku kenali merupakan figura pendidik yang sangat disegani masyarakat. Alhamdulillah..
Mereka bukan sahaja mengajar aku Biology mengikut syllibus SPM semata-mata, namun setiap kali sebelum kami memulakan kelas, kami akan tadabbur ayat Al-quran terlebih dahulu. Mereka menjadikan ilmu itu membawa aku lebih dekat kepada pencipta. Mereka mengajar,sambil mendidik jiwa aku. Hebat bukan mereka ini? :D
Hari Murabbi Setiap Hari
Jangan hanya pada hari ini sahaja kita beriya-iya menyambut hari guru. Hari inilah kita nak bagi hadiah. Hari inilah kita nak mintak maaf. Hari inilah kita nak berkelakuan baik. Hari inilah segala-galanya. Hari membuat kebaikan kepada guru. Ohhhh..Bukan hari ini sahaja!
Setiap hari merupakan hari guru, sama seperti hari ibu. Setiap hari juga hari ibu!
Sekotak Ferrero Rocher tidak semanis kejayaan seorang yang bernama anak murid. KEJAYAAN! Itulah yang diidamkan oleh setiap insan bernama cikgu di atas muka bumi ini. Melihat anak murid mereka berjaya merupakan satu hadiah yang tidak ternilai. Namun,bukan kejayaan dunia sahaja yang dipinta mereka,tetapi kejayaan dunia akhiratlah yang diharapkan. Betul tak wahai pendidik-pendidik sekalian? :D
Kalau nak bagi hadiah,jangan pada hari guru sahaja. Bagilah selalu kepada mereka. Bukan hadiah yang menarik minat mereka,namun ingatan itu yang lebih bermakna.
Haaaa...Nak cerita sikit pasal kebaikan arwah mak aku. Tak salah kan nak cerita kebaikan orang yang dah tak ada?
Mak aku seorang yang sangat pemurah. Setiap kali aku nak exam,dia mesti selalu suruh aku buat amal lebih sikit. Sebagai contoh belanja kawan-kawan. Bukan apa,dia cakap supaya kawan-kawan mendoakan kita waktu exam nanti. Tapi kadang-kadang aku liat jugak nak belanja kawan-kawan,jadi dia pulak yang ambil alih. Dia yang belanja kawan-kawan dan cikgu aku.Hoho..
Aku ingat lagi pada tahun 2009 iaitu tahun aku menduduki peperiksaan PMR, dia bagi setiap cikgu yang mengajar aku sepasang telekung. Eh,bukan sikit bilangan cikgu yang mengajar aku tapi ramai. Namun dia tetap niat nak bagi hadiah kat setiap cikgu aku.
2011 pulak dia bagi telekung kat setiap cikgu yang mengajar aku di MATRI. Aku dapat belajar dua nilai dari mak aku. Yang pertama, sentiasa menghargai jasa orang sekeliling kita. Tunjukkan penghargaan kita seperti dengan memberi hadiah. Yang kedua, buatlah amal sebanyak mungkin selagi kita mampu. Sebab itu bekal yang kita akan bawa dari dunia ini.
Aku gembira! Setiap kali cikgu-cikgu aku menggunakan telekung-telekung yang dihadiahkan oleh mak aku tu, mesti mak aku dapat pahala yang banyak. Mesti kubur dia sekarang tengah lapang dan cerah kan? :')
Maaf keluar topik sikit. Tapi itulah ibuku tercinta.
Iklan jap. Telekung yang mak aku hadiahkan itu ialah produk Thaiyibah.com.
Terima Kasih Semua Yang Telah Mendidik Aku
Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih. Itu sahaja yang mampu aku ucapkan. Aku akan balas jasa mereka dengan kejayaan. Kejayaan aku dalam akademik. Kejayaan aku dalam sahsiah. Kejayaan aku di dunia dan Akhirat. :)
Fahmi: Ketahuilah bahawa ibu kepada pendidik ialah ibu. Insan bernama ibulah yang pertama mendidik kita. Dialah yang mengajar aku membaca. Dialah yang mengajar aku berjalan. Dialah yang memberitahu aku siapa itu Allah. Dialah yang mendidik aku untuk mencintai Allah dan rasul. Dia lah segala-galanya. Dialah Ibu.:)
2 Comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
untung lha dpt dok lma dgn mak kndung. aku x smpat nk knal lg mndlm apa tah lg rsa kasih syg dia, Allah jmput dia dlu.
ReplyDeleteAlhamdulillahhh..:D
Delete