Pengalaman di Albukhary International University Humaniversity
Assalamualaikum..
Pengalaman di Albukhary International University | Jadi kepada Pakcik-pakcik,makcik-makcik,abang-abang,kakak-kakak dan adik-adik yang membaca blog aku,entry kali ini aku nak share pasal universiti ini. Albukhary International University Humaniversity.
Pagi 8 mei 2012..
Aku dan ayah aku menjejakkan kaki ke kampus utama Universiti Tan Sri Syed Mokhtar Al bukhary. Bagi ayah aku mungkin dah banyak kali dia datang ke sini, namun bagi aku ni merupakan pengalaman pertama. Ayah aku datang sebab dia nak tanya sikit-sikit pasal universiti ni. Dia cakap nak try mintak kerja kat sini. Mana la tau ada rezeki kan?
Masuk je main campus aku dah kagum gila. Tak ada la besar sangat kampus dia tapi bila aku fikir ni semua hasil duit Billionaire Syed Mokhtar tu, lagi bertambah kagum aku. Bayangkan la,betapa pemurah dia ni dan islamic sampai buat satu university yang bertemakan kebajikan dan Islam.
Semua reka bentuk bangunan kat situ bertemakan seni bina Islam. Jom kita tengok sikit gambar kat bawah ni.
Kat atas ni antara contoh bangunan yang mereka ada. Cantik kan? Itu baru sikit derrr...
Yang paling aku kagum ialah semua pelajar di Uni di fully sponsored! Semua ditanggung beres oleh pihak universiti. Jangan risau pasal duit dah,korang hanya perlu fikir pasal belajar sahaja. Duit semua ditanggung oleh pihak universiti. Memang masyuk gila la Pak Mokhtar ni! Haha..
Hakikat entry kali ini bukan bertujuan untuk menceritakan ketaksuban aku kepada kampus universiti ini. Aku cuma sedikit kagum,ehh..banyak kagum kepada seorang jutawan yang bernama Syed Mokhtar Al Bukhary.
Seorang jutawan, bumiputra yang paling kaya di malaysia. Namun sangat pemurah. Serius aku cakap, aku masuk dalam kampus universiti tu, aku terus dapat rasa aura pemurah dia. Dia bina universiti tu semata-mata nak tolong orang yang susah. Semuanya untuk kebajikan ummah. Tengok vision dorang pun dah cukup..
"To become a model university characterised by high quality education and humanitarian values aimed at empowering underprivileged and disadvantaged students."
Jadi kepada mereka yang bercita-cita ingin menjadi jutawan pada suatu hari nanti, jadikanlah beliau sebagai salah seorang model jutawan yang pemurah. Jangan lupa jadikan abu bakar,abdur rahman auf dan sahabat-sahabat kaya yang lain sebagai role model juga.:D
Sampai sini sahaja perkongsian aku. SIapa yang teringin nak masuk universiti ini, sila tekan SINI untuk maklumat lanjut.
Fahmi: Doakan aku untuk interview Mara 10 Mei ini. Semoga dapat yang tebaik.:D
3 Comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wah , serius ana pun tabik hormat kat Syed Mokhtar ni. Susah nak jumpe insan pemurah seperti beliau ..
ReplyDeletekalo dpt masuk U tu lagi best kan.. haha
weyh, besa dgaq je,,,bleyh apply ke ??? seri0usly, insan yg sgt baek, byk jasa dia =)
ReplyDelete:) of course bley apply kat albukhary international university ^_^ saya pelajar bachelor (hons) in computer science year 1 di sana..:) selamat belajar ^_^
Deletehttp://ww.facebook.com/SlashTheAnswer