Februari2012-Cameron Highland |
Assalamualaikum..
Dulu aku menulis blog untuk mengejar traffik. Setiap hari aku akan update blog dua hingga tiga kali. Semata-mata untuk mendapatkan traffik yang tinggi. Blogwalking jangan cakap lah! Dah pernah sampai ke hujung dunia(aku suka hiperbola). Semuanya untuk mendapatkan traffik blog yang tinggi. Hari ni prinsip aku menulis sudah berubah. Aku menulis untuk memberi pembaca inspirasi. Semoga anda semua mendapat inspirasi apabila membaca penulisan aku. :)
Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ayah kamu.”
Semenjak aku kehilangan ibu aku yang tercinta,ramai yang berusaha untuk memberi kata-kata semangat kepada aku. Aku sangat berterima kasih kepada mereka yang prihatin dengan keadaan aku. Cuma dalam ingatan mereka itu,ada satu perkara yang menggerakkan aku untuk tulis entry ini dan kongsikan dengan semua pembaca.
" Sabar arief,aku faham perasaan kau. Aku jugak pernah hilang insan tersayang."
Benda ni aku nak cerita sikit. Perkataan insan tersayang. Ya! Aku tak nafikan ibu tu seorang insan tersayang. Siapa yang tak sayang ibu kan? Kucing pun sayang mak dorang. Anjing pun sama. Kalau korang tak sayang mak korang,anjing lagi baik dari korang. Betul tak? Hoho..
Ada yang maksudkan insan tersayang tu nenek dorang. Ada yang maksudkan makcik dorang. Ada yang maksudkan atok dorang. Ada juga yang maksudkan pakwe dorang. Ada jugak yang maksudkan tunang dorang bahkan ada juga yang maksudkan suami ataupun isteri dorang.
Aku tak pernah menafikan kecintaan mereka kepada insan yang mereka maksudkan. Ya,mereka itu insan-insan tersayang yang memang secara kebiasaannya dan fitrahnya akan mendapat tempat yang istimewa di dalam hati setiap orang.
Tetapi dalam kes ini, Perkataan "Insan tersayang" itu tak mampu memujuk hati seorang yang baru sahaja kehilangan seorang insan bernama IBU. Ibu dan "Insan tersayang" itu tidak sama. Totally different!
Pertama sekali,aku nak jemput kepada yang belum baca,untuk baca entry ni dulu.---->
Tanpamu Ibu, Aku Miskin
Aku tidak perlu mengemukakan banyak bukti untuk membuktikan tingginya martabat seorang ibu dihati seorang anak. "Insan tersayang" tidak mampu berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan insan bernama Ibu. Setuju dengan aku?
Seorang sahabat bernama Jahimah radhiallahu 'anh datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallammeminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspedisi Jihad.
Rasulullah bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ibu?”
Jahimah menjawab: “Ya.”
Lalu Rasulullah bersabda: “Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.”
Jom aku kongsikan luahan hati seorang insan yang juga baru kehilangan ibu:
"Alfatihah. Kehilangan insan tersayang memang amat memilukan."
"Ya, Allah,kuatkanla semangatku.hanya org yang kehilangan ibu sahaja akan memahami apa yang aku rasai..."
"haz memahami perasaan irah bila org kesayangan telah meninggalkan kita"
"tq semua atas ucapan. kehilangan ibu sgat2 terasa berbanding kehilangan org yang tersayang.sbb ibu bukan sekadar tersayang tp xboleh diungkap dengan kata2..."
Tak sama kan? So lepas ni kalau korang nak wish takziah kat orang lain,fikir la idea lain ye. Haha.. cari yang lebih mendamaikan dan dekat dihati. Bagi ayat Quran ke? :D
Fahmi: Selagi anda ada ibu,berbaktilah. Pesanan ikhlas dari seorang insan yang lemah yang sudah tidak mempunyai ibu. :')
Allahu Allah.
ReplyDeleteOrang yang bagi ucapan tu tak tahu betapa beratnya ujian yang orang tu hadapi. Sometimes akak pun kadang-kadang nak cakap sesuatu bila dengar pasal kematian, rasa teragak-agak.
Tapi satu je, teruskan berdoa. Doa anak soleh peneman kat sana :)
Yup,dulu kalau ada kematian je,saya selalu speechless. Taktau nak ucap apa kat ahli keluarga yang kehilangan tu. Sebab kita takut lebih memberatkan perasaan mereka.
DeleteSekarang baru saya rasa. So lepas ni berhati2 dalam meberi ucapan takziah.:)
Amalan yang tak putus,doa anak soleh.
Selamat datang blogger mesir ke blog ini.^^
HAHA syukran. Best baca, teruskan menulis ye. Mana tau harapan nak jadi pemberi inspirasi pada orang tu tercapai kan :D
Deleteassamualaikum dik..
ReplyDeletedisini kakak nak kongsi skit and juga nak respon entry fahmi. dari pemahaman kakak berkaitan entry tersebut, insan tersayang itu satu ungkapan yang subjektif..dan juga ungkapan yang senang disebut dan tercapai maksudnya.. memang benar kita tak boleh samakan ibu dengan apa2 pun yang ada didunia ini..itu tak dapat disangkal lagi..tetapi bila orang ucap takziah atau simpati pada kita, tiap2 orang ada cara dan pentaksiran sendiri...yang paling penting ialah keikhlasan dik...maksudnya orang tu ingat pada fahmi, sayng pada fahmi..dan orang tersebut rasa terpanggil untuk berkongsi rasa dan kesedihan dengan fahmi..kakak minta maaf jika fahmi terasa...sekadar pandangan...assalamualaikum
Waalaikumussalam akak..
DeleteYup,insan tersayang tu subjektif dan membawa pelbagai maksud. Cuma entry saya ini saya nak bawak kepada semua pembaca untuk memaksimakan keprihatinan kita kepada orang lain. Alangkah indahnya kita berjaya membuatkan sahabat kita rasa diingati dan ditambahkan lagi dengan peringatan yang dekat dihati. Kan? :D
Btw,terima kasih atas respon akak. Saya sangat hargai.saya budak kecik,banyak yang tak tahu lagi.hehe.peace.
You will meet her again, there. You know where it is.
ReplyDeleteSo, cheer up. She'll keep looking on you.
Dan, doa jangan lupa.
Maybe dah ada orang nasihat benda nih. Aku tak baca komen-komen pada entry kau yang lagi satu tuh.
Just, don't be sad for too long. I never being on your place so I don't know how it feels. But, some advice and nice words probably can help right?
Be a good son.
hi,
ReplyDeletepertama kali sy baca blog kamu ialah tentang jenazah yang berpeluh.itu pun dari facebook dtg ke sini.then bila saya dapat tahu yang orangnya ialah ibumu, saya rasa saya dapat connect dengan perasaan tu.
memang bila orang kehilangan orang yang tersayang : mak cik, pak cik, nenek, etc... perasaannya lain bila kehilangan ibu.sbb ibu yang selalu bersama kita dari bayi lagi.ibu saya telah meninggal 3 tahun yang lalu.sampai ke hari ini, saya akan rasa pilu bila terdengar atau nampak orang bercakap tentang ibu mereka.
masalahnya bila kita sampai ke funeral orang, kita tak tahu sangat apa yang nak cakap melainkan kita tahu hubungan orang yang telah meninggal dengan kawan/saudara kita.then kita akan faham kekosongan itu.and dari situlah kita akan tahu macam mana nak sampaikan our condolences.
but then again, sometimes orang just tak pandai sangat nak melegakan hati orang dan mereka akan sampaikan the norm of condolences iaitu... i'm sorry for your lost.we have all lost a loved one...just be strong :)
just so mereka tak tersalah cakap... :D