Idea Dan Tip-tip Usahawan Kecil

Idea | Tip-tip Usahawan Kecil



Idea Dan Tip-tip Usahawan Kecil | Berapa ramai kenalan-kenalan saya yang berminat untuk memulakan pernigaan sendiri sebagai usahawan kecil. Minat kepada bidang keusahawan dan juga faktor menambah duit poket telah mendorong mereka untuk berkecimpung di dalam bidang ini. Namun ada satu persoalan besar yang sering menjadi tembok besar bagi mereka untuk melangkah ke alam ini. Apa yang ingin dijual?

Tip-tip mencari idea bagi usahawan kecil

Kita perlu peka dalam aktiviti seharian kita. Apa yang berlaku pada diri kita dan juga apa yang berlaku pada persekitaran dan aktiviti orang di sekeliling kita. Perhatikan dan berfikir. Mungkin hobi kita itu boleh menjana duit hanya dengan sedikit pengetahuan berkenaan dunia bisnes. Mungkin juga hobi kawan-kawan kita boleh dijadikan idea untuk berbisnes. Mari saya kongsikan beberapa idea bisnes mudah yang boleh menjana duit walaupun sedikit.

1) Saya merupakan pelajar yang sedang belajar di negara timur tengah, maka untuk memiliki tv di rumah merupakan suatu perkara yang kurang berbaloi. Kos beli tv dan bayaran bulanan untuk siaran agak tinggi. Bahkan jika kami langgan siaran,hampir 80% kami tidak faham apa yang orang dalam tv cakap.haha..

Maka saya dan ahli rumah pernah terfikir untuk memiliki LCD projector di rumah kami. Sambil melayan nafsu masing-masing bermain PES dan FIFA di skrin layar besar, kami juga boleh gunakan untuk layan live streaming EPL dan el clasico secara berjamaah.Whoaa! Sudah pasti rumah kami akan menjadi tumpuan rakan-rakan dari rumah lain untuk layan match bola bersama. Sekadar seringgit dua untuk dikutip dari setiap penonton apa la sangat kan? Skrin besar dan suasana rumah yang kondusif!


2) Kami juga sering bermain futsal pada hujung minggu. Ini merupakan antara aktiviti mingguan kami. Jadi bola futsal itu sendiri merupakan benda wajib yang perlu ada. Jika tak ada, sepak angin la jawabnya.hehe. Namun begitu, masalah yang saya lihat pada kawan-kawan saya ini, mereka 'segan' untuk mengeluarkan duit yang kelihatan besar jumlahnya dalam satu masa. Jadi saya dan ahli rumah bercadang untuk beli bola menggunakan duit kami dahulu dan apabila setiap minggu ada match,maka kami akan kutip duit ekstra 50 sen untuk setiap orang yang bermain pada hari itu. Jika sekali main yang hadir 20 orang? Anda kira sendiri..

Facebook alat ramalan buat usahawan kecil

Saya gemar membaca update-update terkini dari sahabat-sahabat facebook saya di 'newsfeed' Facebook. Namun begitu, baca bukan sekadar baca mengisi masa lapang atau saja membuang masa. Dalam membaca itu, akal perlu mentafsir dan berfikir. Apakah trend masyarakat pada ketika itu? Apa yang sedang dicari-cari oleh masayarakat umum? Apakah masalah yang trending pada saat itu? 

Soalan terakhir, apakah penyelesaian yang boleh saya tawarkan buat mereka?

Sudah beberapa kali membuat pemerhatian, hasil dari pemerhatian saya tepat! Apa yang saya duga,maka dalam beberapa ketika sahaja selepas itu, produk tersebut meletup-letup di pasaran. Masyarakat terkejar-kejar ingin memiliki produk tersebut. 

Ya, saya banyak belajar ilmu bisnes dengan memerhati. :)

Cukup sampai sini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Saya tau ilmu saya tidaklah tinggi mana dalam dunia bisnes ini. Contoh-contoh yang saya berikan diatas mungkin kelihatan terlalu kanak-kanak. Namun begitu, saya harapkan artikel Idea Dan tip-tip usahawan kecil ini bermanfaat untuk anda. Insyaallah. 

Mukmin Itu Ironman




Ajaibnya perihal seorang mukmin itu. Sesungguhnya semua urusannya baik-baik belaka. Dan tiadalah memiliki ciri yang seperti ini melainkan hanya kepada seorang yang mukmin. Sekiranya dia diuji dengan kesenangan, lalu dia bersyukur. Maka syukur itu adalah yang terbaik baginya. Sekiranya dia diuji dengan kesusahan, lalu dia bersabar. Maka sabar itu adalah yang terbaik baginya. [Riwayat Muslim]

Saya menulis artikel kali ini rentetan peristiwa yang baru sahaja menimpa saya. Juga peristiwa yang menimpa sahabat saya. Ini cerita kehidupan. Ini cerita iman.

Islam itu agama fitrah. Setiap sisi agama pasti akan meraikan fitrah manusia itu sendiri. Tidak ada satu pun pensyariatan dalam agama ini yang bertentangan dan berlawan dengan fitrah penganutnya, jika benar-benar difahami dan dipraktiskan. Saya akan membawakan satu aspek yang cukup mudah tetapi besar peranannya pada artikel kali ini.

Sebagaimana hukum hudud itu menjaga,meraikan serta memelihara fitrah manusia, sebegitu juga bagaimana iman itu berperanan dalam menyempurnakan psikologi orang islam. Tidak ramai yang sedar bahawa seorang mukmin itu seharusnya mempunyai psikologi dan mental yang sangat teguh dan kukuh. Lihat sahaja bagaimana mereka berhadapan dengan keadaan yang sulit. Respon mereka sungguh mengagumkan jika kita nilai dan perhatikan.

Rasulullah pernah bersabda:

"Ajaibnya perihal seorang mukmin itu. Sesungguhnya semua urusannya baik-baik belaka. Dan tiadalah memiliki ciri yang seperti ini melainkan hanya kepada seorang yang mukmin. Sekiranya dia diuji dengan kesenangan, lalu dia bersyukur. Maka syukur itu adalah yang terbaik baginya. Sekiranya dia diuji dengan kesusahan, lalu dia bersabar. Maka sabar itu adalah yang terbaik baginya." [Rw Muslim]

Kita telah dididik dengan iman agar sentiasa positif dan optimis dalam apa jua keadaan. Apabila kita ditimpa kesusahan maka kita akan bersabar dan terus optimis dengan masa hadapan yang lebih cerah. Apabila kita diberikan dengan kesenangan maka kita akan bersyukur lantas menyalurkan pada jalan-jalan yang positif.



Berapa ramai manusia yang masih mampu tersenyum dan mengucapkan syukur di atas ujian yang diberikan kepadanya? Reaksi pelik ini hanya ada pada mereka yang beriman sahaja kerana mereka telah menerima surat-surat cinta dari pencipta mereka. Mereka telah dipujuk dan dibelai dengan kasih dan sayang Allah s.w.t.

Lihat sahaja berapa banyak ayat-ayat motivasi dari kekasih kita :

Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira. – al-Zumar (39) : 10

Allah ‘Azza wa Jalla telah berfirman: “Apabila saya menguji seorang hamba-Ku dengan buta kedua matanya, kemudian dia sabar, maka Aku akan menggantikannya dengan Syurga. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari (no: 5653)

Sesungguhnya Allah menyertai(membantu) orang-orang yang sabar. – al-Baqarah (2) : 153

Tidak ada satu kaum di atas muka bumi setenang dan se'cool' kita yang memiliki iman ini. Inilah sepatutnya nilai yang berada didalam diri kita. Psikologi yang sempurna dan pegangan yang kukuh. 



Kita sering diingatkan bahawa ujian itu bukan dalam bentuk kesusahan sahaja bahkan kesenangan itu juga merupakan suatu ujian dari Allah s.w.t. Bagi mereka yang tidak atau lemah imannya maka amat mudah untuk hanyut dalam kesenangan. Namun Sang pencipta yang memahami fitrah manusia yang lalai itu telah mengingatkan kita dengan nada sayang namun tegas. 

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintah-Nya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. – al-Munaafiquun (63) : 11

Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan. “  (Hadith riwayat Imam Tirmizi)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikit pun.”  (Hadith riwayat Imam Tirmizi)

Terlalu banyak ayat-ayat sebegini jika ingin disenaraikan semuanya disini. Cukup sahaja beberapa contoh ayat saya kemukakan pada artikel ini. Cukup sahaja ayat-ayat ini membuktikan bahawa peranan iman itu cukup besar dalam penyempurnaan psikologi seorang mukmin yang beriman. Datangkan sahaja ribut badai ataupun pelangi,segalanya baik buatnya. Ajaib bukan orang yang beriman itu?

Saya telah kehilangan ibu tercinta. Saya kira ianya sangat berat bagi seorang seperti saya untuk menanggung kehilang sebesar ini pada usia sebegini. Namun Allah telah memujuk dan meyakinkan saya dengan firman-Nya yang berbunyi : 

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.(Surah AlBaqarah (2) : 286)

Lantas saya bangun dan berkata dengan penuh semangat, "Saya kuat! Saya Ironman!"


Tips Untuk Usahawan Kecil

Tips Untuk Usahawan Kecil


Bagaimana ingin menjadi usahawan, Tips menjadi usahawan berjaya, usahawan kecil, tips usawahan kecil, cara menjadi usahawan, usahawan online


Tip-tip Usahawan Kecil | Insyaallah saya akan kongsikan beberapa Tips untuk Usahawan kecil pada hari ini berikutan penyertaan saya dalam contest SEO yang telah dianjurkan oleh blog Usahawankecil.com. Ini merupakan kali pertama saya menyertai contest sebegini. Mungkin juga saya tertarik untuk menyertai kerana saya juga merupakan usahawan kecil online. Yeehaaa!



Niat usahawan kerana Allah

Perkara paling asas dalam kehidupan kita sebagai hamba Allah ialah NIAT! Niatkan segala perbuatan kita untuk mencapai keredhaan Allah. Niatkan langkah kita untuk menjadi usahawan kecil ini kerana Allah. Niatkan dengan kita melakukan perniagaan ini dan apabila kita berduit maka kita akan sumbangkan ke jalan Allah. Insyaallah jalan kita akan dipermudahkan olehNya kerana Allah telah berjanji bahawa siapa yang membantu agamaNya,maka Allah akan bantu urusan hambaNya. Tak percaya? Cubalah!


Target dan Rancang

Anda perlulah meletakkan target yang jelas untuk dicapai. Setelah mempunyai target yang jelas maka mulalah menyusun strategy dan perancangan untuk mencapai target tersebut. Tidak guna ada target namun tidak melakukan peracangan yang rapi. Pastikan target anda itu jelas dan specific supaya gerak kerja anda juga tersusun dan padu. Setelah anda merancang dan usaha, maka letakkan tawakal 100% kepada Allah s.w.t.

Ilmu dan Tip-tip usahawan

Jangan menjadi orang buta yang teraba-raba sepanjang perjalanan. Persiapkan diri anda dengan ilmu yang mencukupi untuk melangkah ke gerbang keusahawanan ini. Laburkan sedikit duit untuk menghadiri seminar-seminar yang berbincang mengenai ilmu-ilmu keusahawanan. Dengan ilmu, anda akan melangkah dengan lebih yakin bahkan dengan penuh bergaya dan macho. Whoaaa!

Bagaimana ingin menjadi usahawan, Tips menjadi usahawan berjaya, usahawan kecil, tips usawahan kecil, cara menjadi usahawan, usahawan online


Last but not least, berdoalah dan mohon bantuan dari Allah s.w.t. Jaga hubungan kita dengan Sang pemberi rezeki. Siapalah kita tanpa Dia. 

Ayuh menjadi usahawan kecil yang bertaqwa!

Semoga entry saya ini bermanfaat buat anda semua. Jom sertai contest awesome  Peraduan Keyword ContestUsahawan Kecil #1 2013.

*Anda ada pengalaman ataupun tip-tip usahawan yang berguna? Jangan kedekut untuk kongsikan diruang komen. Sumbangan anda PASTI diganjari oleh Allah s.w.t






Budaya Bertanya Yang Membunuh


Dalam belajar, budaya bertanya itu bagus. Namun perlu diseimbangkan dengan budaya research.

Jangan suap dan telan. Jangan menjadi pengikut yang taklid buta.



Antara Pancing dan Ikan

Jika ada seseorang menawarkan kepada saya untuk memilih antara pancing ataupun ikan yang telah siap dibakar dengan rempah maka saya lebih gemar untuk memilih pancing tersebut. Dia hanya mampu menawarkan Ikan Talapia Bakar Petai dari Ana Ikan bakar Bangi sahaja. Selesai makan, tidur kekenyangan. Esok terus menagih ikan lagi.

Saya mahukan hari ini ikan talapia, esok ikan siakap, lusa ikan arowana dan begitulah seterusnya. eh, saya ada Pancing!

4 Bukan Hasil 2+2 sahaja

Saya betul-betul berminat untuk belajar matematik! Pada suatu hari saya berjumpa dengan guru saya dan bertanya kepadanya, 

"Cikgu, bagaimana saya nak dapatkan angka 4?" Lebih kurang begitulah saya bertanya.

"Soalan mudah je ni.. 2+2 jawapan dia 4." Belum sempat apa-apa, saya terus berlari keriangan dan kedengaran "Terima kasih cikguuuu.." dari jauh. Semangat sungguh saya mendapat ilmu baru!

Rupa-rupanya dua kali dua juga jawapannya empat. Lapan bahagi dua juga jawapannya empat. Alangkah lebih banyak info yang saya perolehi jika saya membuat kajian dahulu dan jika betul-betul perlu disuap baru saya meminta jawapan. 

Mulai hari itu,saya cuba membumikan budaya research di dalam kehidupan harian saya. Ya, cikgu kesayangan tetap menjadi penyuluh jalan!

"Fahmi, macam mana nak tulis blog ye?"

"Errkkkkk...."

Jawapan ada disini ---> JAWAPAN


Kahwin Lari : Mentaliti Masyarakat

Kredit to blogger yang hensem



"Jangan masuk dalam hutan tu! Bahaya dalam hutan tu. Kita pun tak tau ada apa dalam hutan tu. Tah2 ada Aragog. Kena makan sia-sia je hidup"

Harry masih berdegil dan bertekad untuk masuk juga kedalam hutan tersebut. Setelah membuat percaturan dan persediaan yang sepatutnya, Harry kira dia insyaallah mampu menghadapi risiko dan cabaran sepanjang pengembaraan tersebut. Maka beliau pun melangkah masuk ke dalam hutan itu.

Pakciknya ,Dumbledore menggeleng kepala.

Apakah tindakan yang sepatutnya pakciknya lakukan pada ketika itu?

1) Memberikan Elder Wand yang mana merupakan the most powerful wand in the world sebagai kit bantuan kepada Harry untuk menempuh alam yang mencabar itu. Atau..

2) "Pergi mampus kau dalam hutan itu! Jangan jumpa aku dah lepas ni. Aku taknak cakap dengan kau dah! Puihhhhhh!!"

Malangnya masyarakat hari ini lebih selesa memilih pilihan kedua apabila berhadapan dengan situasi ini. Emosi dan Ego menang!

Mesti ramai yang tak faham apa yang saya cuba sampaikan bukan? Dengan segala hormat dipersilakan baca sehingga akhir.

Suka untuk saya bawakan analogi ini apabila melihat salah satu realiti mentaliti masyarakat kita terutamanya masyarakat melayu. Saya tidak menghukum secara total kepada masyarakat melayu tetapi keadaan ini dominan di dalam kehidupan seharian kita. Saya sendiri pernah berhadapan dengan situasi begini!

Kenapa watak-watak dari novel bersiri Harry Potter seperti Harry,Aragog dan Dumbledore yang menjadi pilihan? Kerana tidak guna tonton macam-macam jenis movie tapi tak dapat nak relate dengan persekitaran kita. Whoaaa!!
Peah telah melarikan diri dari rumah untuk mengikut Karim apabila kedua-dua ibubapa Peah dan Karim menentang keras hasrat mereka untuk menikah. “Kalau kau nak sangat kahwin dengan Karim tu, keluar kau Peah dari rumah ini”.Maka berlakulah adegan-adegan lari rumah dan kahwin di siam. Haiihhh.. kenapa mesti contoh kahwin je kau ni Fahmi oi? Haha.. Sebab banyak drama-drama Melayu mengenengahkan kes sebegini. Ia sedikit sebanyak memberi gambaran bagaimana masyarakat kita hari ini.

Mengapa tidak dari menghalau anak keluar dari rumah atau mengugut dengan pelbagai ugutan yang mengganggu emosi anak,sebaliknya orang tua memberi dan membantu anak-anak itu?Kerana mereka tetap berdegil untuk berkahwin maka persiapkan mereka sehingga mereka mampu mendirikan rumahtangga. Sekurang-kurangnya kita ada disisi mereka untuk menyokong.
Ini contoh sahaja. Tidak ada kaitan dengan penulis. HAHA
Wahai tentera-tentera Allah, masih banyak lagi kerja kita. Ayuh sinsing tangan dan ubah masyarakat kita. Persiapkan segala jenis kemahiran dan kelengkapan untuk mengubah mentaliti masyarakat ini. Semoga kita terus thabat di atas jalan Dakwah dan Tarbiah ini. Ameen!

Ini sekadar pendapat peribadi penulis. Tidak ada desakan atau ugutan untuk para pembaca menerima pandangan ini. Jika anda kurang bersetuju atau ingin menambah apa-apa, sila kritik kaw-kaw di ruangan komen dibawah. Penulis tak letak ruang komen sebagai hiasan! Whoaaaa!

Memoir 2012


Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah kita telah menjejakkan kaki ke tahun 2013. Kita telah Berjaya melalui tahun 2012 dengan penuh jayanya,mungkin. Macam-macam perkara telah kita lalui sepanjang tahun 2012. Ada yang gembira,ada yang sedih,ada yang seram, ada yang lawak, ada yang mematangkan, ada yang menggilakan,ada yang membunuh. Fuhh..

Jadi entry kali ini aku nak gak la buat entry-entry macam blogger lain, kunun-kununnya Memoir 2012.Haha..

Tujuan aku membuat entry ini ialah sebagai mendokumentasikan nota kehidupan aku dimana pada tahun 2050 nanti aku boleh baca semula dan eh, 2012 aku kisah dia macam ni la. Terus menitiskan air mata mengenang zaman muda-muda dulu. Cewahhh..

2012 merupakan tahun yang sangat mencabar buat aku. Tahun yang besar. Tahun yang keras. Tahun yang lembut. Tahun yang membuai, tahun yang menggoncang. Kerana itulah aku meluangkan sedikit masa aku untuk mencatat nota-nota 2012 aku. Yang mana aku rasa aku sendiri dapat mengambil pelajaran dan pengajaran begitu juga para pembaca dapat merasai bersama. Ayuh kita mulakan!



Habis sahaja SPM 2011, aku terus balik ke Bangi. Dalam kepala, semenjak awal 2011 lagi aku dah berazam nak jadi cikgu sementara tunggu keputusan SPM. Maka Sri Ayesha Islamic School menjadi target aku. Aku pilih sekolah ini kerana ia dekat dengan rumah aku dan budak-budak sini majority speaking English. Maka objektif aku selain dari memupuk rasa kasih sayang terhadap anak-anak dan membelai amarah panas baran aku ini ialah ingin memantapkan English aku. Tercapaikah objektif aku ini? Haha..

Oh ya, aku mengajar budak-budak sekolah rendah. Dalam gambar ini ialah anak aku kat nursery yang aku selalu pergi main dengan dia selepas aku habis mengajar. Comel kan? Ok, aku rindu semua anak-anak aku kat Sri Ayesha. :’)


Setelah sekian lama kami tidak membuat family gathering dan pergi berjalan makan angin sama-sama, akhirnya kalau tak silap aku cuti tahun baru cina 2012 kami berkesempatan pergi ke Cameron Highland, Alhamdulillah. Aku kira ini merupakan family gathering yang terakhir buat selama-lamanya.(sebabnya anda akan tahu sebentar lagi) Ops, kami tidak dapat berhimpun bersama didunia tapi insyaallah di syurga kelak kami akan berhimpun dan bersama buat selama-lamanya. Ameen..


“ Uishh.. kenapa peluk kuat sangat ni mama?”

“ Saja nak peluk, takut nanti ada orang ambil anak mama..”

Alhamdulillah 2012 juga aku berkesempatan keluar dating bertiga dengan abah dan mama. Kami pergi makan seafood di salah satu persisiran pantai Thailand. Pagi itu keluar rumah dan terus menuju ke destinasi yang katanya seafoodnya sedap. Kami lunch di sana. Oh, rumah saya dekat dengan sempadan Malaysia-Thailand. So kami driving sahaja. Hehe.. Sempat la ambil beberapa shot gambar dengan mama dan jalan-jalan sebentar di tepi pantai.

“Ini kalau bawa aiman iman ni, mesti diorang seronok main lari-lari. Nanti lain kali kita sewa chalet dan bermalam family kat sini la. Seronok juga” mama ingat akan cucu-cucunya. Tapi hajat tak kesampaian…

*Muka aku lain gila. Nampak tua. Berkerut sebab tak bawa spek dan silau yang amat.


Alhamdulillah. Ini gambar aku dan mak aku selepas aku mengambil keputusan SPM 2011. Nampak muka aku gembira? Nampak muka mak aku bangga? Alhamdulillah mama sempat tengok aku Berjaya walaupun sekadar SPM sahaja. :’)


Aku kira selepas aku tamatkan kontrak bekerja di Sri Ayesha dua bulan awal, maka aku ingin habiskan masa di Perlis dan dan bersama-sama dengan parent aku. Ya lah, September akan datang aku akan pergi sambung belajar jadi inilah sahaja sisa-sisa masa bersama di Malaysia. Tiba-tiba abah dan mama nak ke UK pula. Aku frust gak la awal-awal tu. Rasa macam kena tinggal. Hehe..

Rupa-rupanya inilah honeymoon mereka yang terakhir didunia ini. Abah redha mama. Mama bahagia bersama abah. :D


Ini kenangan bersama sahabat-sahabat saya yang awesome pula. Tidak lama selepas mendapat keputusan SPM, kawan aku offer satu pass VIP untuk melihat F1 2012. Dah la tak pernah g Sepang circuit tu! Fuhhhhhh! Walaweehhh!! Aku melompat-lompat,dalam hati. Haha.. Untuk tau kisah panjang tentang ini korang boleh baca kat SINI. Dalam gambar ini saya dan kawan saya sedang mengambil makanan di dalam bilik aircond dan kami menikmati lunch kami bersama COO Petronas Dagang. Whoaaa!!


Ya, tahun 2012 tahun yang menggoncang emosi aku dengan goncangan yang dahsyat. Emosi, mental, rasional aku terganggu. Kami dikejutkan dengan pemergian mama tercinta. Sangat tiba-tiba. Pagi itu aku sembang dengan mama seperti biasa namun pada tengah hari mama sudah tidak sedarkan diri. Tidak sakit apa-apa. Comel sungguh mama ni. :’D

Gambar atas ni gambar selepas pengebumian mama. Untuk baca kisah tentang mama aku boleh baca di :



Walau tidak cemerlang mana tapi tah macam mana aku telah disenaraikan sebagai salah seorang pelajar cemerlang SPM 2011 di MATRI. Misteri sungguh. Haha.. Gambar ini aku sedang bersalaman dengan Prof Dr Zamrin, pakar Cardiothoracic di HUKM. Insyaallah suatu hari nanti aku akan jadi pakar Cardiothoracic seperti dia juga. Mama tidak sempat tengok aku naik pentas pada hari kecemerlangan. Haiiihhh..


Raya Aidilfitri 2012. Raya pertama tanpa mama. Senyum seribu rasa.






2012 langkah bermula. Meneruskan perjalanan hidup menuju ke hadapan. Aku meninggalkan Malaysia pada oktober untuk menyambung pelajaran di Egypt. Aku disini menimba ilmu perubatan. Mencari pengalaman meluaskan pandangan. Terus maju atas jalan dakwah ini. Insyaallah.

Walaupun aku selalu down di Egypt ini, mohon sahabat sahabat ikhwah-ikhwah sentiasa disisi membantu. 2012 tahun aku kuat dan lemah. Tahun aku di atas dan dibawah. Tahun 2012 tahun rojak.


Pengantin rasa selamat. Asal tiba-tiba gambar ini boleh masuk? Whoaaa!!




Tahun 2012 aku membesar. Menjadi seorang ayah,guru,anak dan suami.eh.

Ayuh bungkus kemas-kemas memori 2012. Jadikan bekalan untuk terus menempuh tahun-tahun mendatang. Semua perkara ini membuatkan kita kuat dan kental.

What doesn’t kill you makes you stronger! Hoyeaahhhh!!

Yang terakhir, mama dan abah aku comel. Kbai


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...