Budaya Bertanya Yang Membunuh


Dalam belajar, budaya bertanya itu bagus. Namun perlu diseimbangkan dengan budaya research.

Jangan suap dan telan. Jangan menjadi pengikut yang taklid buta.



Antara Pancing dan Ikan

Jika ada seseorang menawarkan kepada saya untuk memilih antara pancing ataupun ikan yang telah siap dibakar dengan rempah maka saya lebih gemar untuk memilih pancing tersebut. Dia hanya mampu menawarkan Ikan Talapia Bakar Petai dari Ana Ikan bakar Bangi sahaja. Selesai makan, tidur kekenyangan. Esok terus menagih ikan lagi.

Saya mahukan hari ini ikan talapia, esok ikan siakap, lusa ikan arowana dan begitulah seterusnya. eh, saya ada Pancing!

4 Bukan Hasil 2+2 sahaja

Saya betul-betul berminat untuk belajar matematik! Pada suatu hari saya berjumpa dengan guru saya dan bertanya kepadanya, 

"Cikgu, bagaimana saya nak dapatkan angka 4?" Lebih kurang begitulah saya bertanya.

"Soalan mudah je ni.. 2+2 jawapan dia 4." Belum sempat apa-apa, saya terus berlari keriangan dan kedengaran "Terima kasih cikguuuu.." dari jauh. Semangat sungguh saya mendapat ilmu baru!

Rupa-rupanya dua kali dua juga jawapannya empat. Lapan bahagi dua juga jawapannya empat. Alangkah lebih banyak info yang saya perolehi jika saya membuat kajian dahulu dan jika betul-betul perlu disuap baru saya meminta jawapan. 

Mulai hari itu,saya cuba membumikan budaya research di dalam kehidupan harian saya. Ya, cikgu kesayangan tetap menjadi penyuluh jalan!

"Fahmi, macam mana nak tulis blog ye?"

"Errkkkkk...."

Jawapan ada disini ---> JAWAPAN


Comments
5 Comments

5 comments:

  1. Fahmi, macam mana nak tulis blog ye? :p

    ReplyDelete
  2. Suka dengan analogi 4 bukan hasil 2 + 2 sahaja.

    Baru sedar, dlm kehidupan kita camtu jugak. Nak berjaya ada banyak cara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergghhh.. otai blogger datang blog ni. PAP!*tampar pipi.. Ok,ini bukan mimpi.hahaha..

      Lagi kita berani explore tanpa menunggu disuap,semakin banyak benda baru kita "terserempak' :D

      Delete
  3. Dang, I merely entered a protracted plus complete remark, however when Incredibly more so that you
    can send that my own Traveler failed. Was it for some reason preserved or perhaps
    should i replace them?
    Here is my weblog :: Cheap Car Insurance For Young Drivers

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...