Ajaibnya perihal seorang mukmin itu. Sesungguhnya semua urusannya baik-baik belaka. Dan tiadalah memiliki ciri yang seperti ini melainkan hanya kepada seorang yang mukmin. Sekiranya dia diuji dengan kesenangan, lalu dia bersyukur. Maka syukur itu adalah yang terbaik baginya. Sekiranya dia diuji dengan kesusahan, lalu dia bersabar. Maka sabar itu adalah yang terbaik baginya. [Riwayat Muslim]
Saya menulis artikel kali ini rentetan peristiwa yang baru sahaja menimpa saya. Juga peristiwa yang menimpa sahabat saya. Ini cerita kehidupan. Ini cerita iman.
Islam itu agama fitrah. Setiap sisi agama pasti akan meraikan fitrah manusia itu sendiri. Tidak ada satu pun pensyariatan dalam agama ini yang bertentangan dan berlawan dengan fitrah penganutnya, jika benar-benar difahami dan dipraktiskan. Saya akan membawakan satu aspek yang cukup mudah tetapi besar peranannya pada artikel kali ini.
Sebagaimana hukum hudud itu menjaga,meraikan serta memelihara fitrah manusia, sebegitu juga bagaimana iman itu berperanan dalam menyempurnakan psikologi orang islam. Tidak ramai yang sedar bahawa seorang mukmin itu seharusnya mempunyai psikologi dan mental yang sangat teguh dan kukuh. Lihat sahaja bagaimana mereka berhadapan dengan keadaan yang sulit. Respon mereka sungguh mengagumkan jika kita nilai dan perhatikan.
Rasulullah pernah bersabda:
"Ajaibnya perihal seorang mukmin itu. Sesungguhnya semua urusannya baik-baik belaka. Dan tiadalah memiliki ciri yang seperti ini melainkan hanya kepada seorang yang mukmin. Sekiranya dia diuji dengan kesenangan, lalu dia bersyukur. Maka syukur itu adalah yang terbaik baginya. Sekiranya dia diuji dengan kesusahan, lalu dia bersabar. Maka sabar itu adalah yang terbaik baginya." [Rw Muslim]
Kita telah dididik dengan iman agar sentiasa positif dan optimis dalam apa jua keadaan. Apabila kita ditimpa kesusahan maka kita akan bersabar dan terus optimis dengan masa hadapan yang lebih cerah. Apabila kita diberikan dengan kesenangan maka kita akan bersyukur lantas menyalurkan pada jalan-jalan yang positif.
Berapa ramai manusia yang masih mampu tersenyum dan mengucapkan syukur di atas ujian yang diberikan kepadanya? Reaksi pelik ini hanya ada pada mereka yang beriman sahaja kerana mereka telah menerima surat-surat cinta dari pencipta mereka. Mereka telah dipujuk dan dibelai dengan kasih dan sayang Allah s.w.t.
Lihat sahaja berapa banyak ayat-ayat motivasi dari kekasih kita :
Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira. – al-Zumar (39) : 10
Allah ‘Azza wa Jalla telah berfirman: “Apabila saya menguji seorang hamba-Ku dengan buta kedua matanya, kemudian dia sabar, maka Aku akan menggantikannya dengan Syurga. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari (no: 5653)
Sesungguhnya Allah menyertai(membantu) orang-orang yang sabar. – al-Baqarah (2) : 153
Tidak ada satu kaum di atas muka bumi setenang dan se'cool' kita yang memiliki iman ini. Inilah sepatutnya nilai yang berada didalam diri kita. Psikologi yang sempurna dan pegangan yang kukuh.
Kita sering diingatkan bahawa ujian itu bukan dalam bentuk kesusahan sahaja bahkan kesenangan itu juga merupakan suatu ujian dari Allah s.w.t. Bagi mereka yang tidak atau lemah imannya maka amat mudah untuk hanyut dalam kesenangan. Namun Sang pencipta yang memahami fitrah manusia yang lalai itu telah mengingatkan kita dengan nada sayang namun tegas.
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintah-Nya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. – al-Munaafiquun (63) : 11
Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan. “ (Hadith riwayat Imam Tirmizi)
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikit pun.” (Hadith riwayat Imam Tirmizi)
Terlalu banyak ayat-ayat sebegini jika ingin disenaraikan semuanya disini. Cukup sahaja beberapa contoh ayat saya kemukakan pada artikel ini. Cukup sahaja ayat-ayat ini membuktikan bahawa peranan iman itu cukup besar dalam penyempurnaan psikologi seorang mukmin yang beriman. Datangkan sahaja ribut badai ataupun pelangi,segalanya baik buatnya. Ajaib bukan orang yang beriman itu?
Saya telah kehilangan ibu tercinta. Saya kira ianya sangat berat bagi seorang seperti saya untuk menanggung kehilang sebesar ini pada usia sebegini. Namun Allah telah memujuk dan meyakinkan saya dengan firman-Nya yang berbunyi :
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.(Surah AlBaqarah (2) : 286)
Lantas saya bangun dan berkata dengan penuh semangat, "Saya kuat! Saya Ironman!"

No comments:
Post a Comment