Idea Dan Tip-tip Usahawan Kecil

Idea | Tip-tip Usahawan Kecil



Idea Dan Tip-tip Usahawan Kecil | Berapa ramai kenalan-kenalan saya yang berminat untuk memulakan pernigaan sendiri sebagai usahawan kecil. Minat kepada bidang keusahawan dan juga faktor menambah duit poket telah mendorong mereka untuk berkecimpung di dalam bidang ini. Namun ada satu persoalan besar yang sering menjadi tembok besar bagi mereka untuk melangkah ke alam ini. Apa yang ingin dijual?

Tip-tip mencari idea bagi usahawan kecil

Kita perlu peka dalam aktiviti seharian kita. Apa yang berlaku pada diri kita dan juga apa yang berlaku pada persekitaran dan aktiviti orang di sekeliling kita. Perhatikan dan berfikir. Mungkin hobi kita itu boleh menjana duit hanya dengan sedikit pengetahuan berkenaan dunia bisnes. Mungkin juga hobi kawan-kawan kita boleh dijadikan idea untuk berbisnes. Mari saya kongsikan beberapa idea bisnes mudah yang boleh menjana duit walaupun sedikit.

1) Saya merupakan pelajar yang sedang belajar di negara timur tengah, maka untuk memiliki tv di rumah merupakan suatu perkara yang kurang berbaloi. Kos beli tv dan bayaran bulanan untuk siaran agak tinggi. Bahkan jika kami langgan siaran,hampir 80% kami tidak faham apa yang orang dalam tv cakap.haha..

Maka saya dan ahli rumah pernah terfikir untuk memiliki LCD projector di rumah kami. Sambil melayan nafsu masing-masing bermain PES dan FIFA di skrin layar besar, kami juga boleh gunakan untuk layan live streaming EPL dan el clasico secara berjamaah.Whoaa! Sudah pasti rumah kami akan menjadi tumpuan rakan-rakan dari rumah lain untuk layan match bola bersama. Sekadar seringgit dua untuk dikutip dari setiap penonton apa la sangat kan? Skrin besar dan suasana rumah yang kondusif!


2) Kami juga sering bermain futsal pada hujung minggu. Ini merupakan antara aktiviti mingguan kami. Jadi bola futsal itu sendiri merupakan benda wajib yang perlu ada. Jika tak ada, sepak angin la jawabnya.hehe. Namun begitu, masalah yang saya lihat pada kawan-kawan saya ini, mereka 'segan' untuk mengeluarkan duit yang kelihatan besar jumlahnya dalam satu masa. Jadi saya dan ahli rumah bercadang untuk beli bola menggunakan duit kami dahulu dan apabila setiap minggu ada match,maka kami akan kutip duit ekstra 50 sen untuk setiap orang yang bermain pada hari itu. Jika sekali main yang hadir 20 orang? Anda kira sendiri..

Facebook alat ramalan buat usahawan kecil

Saya gemar membaca update-update terkini dari sahabat-sahabat facebook saya di 'newsfeed' Facebook. Namun begitu, baca bukan sekadar baca mengisi masa lapang atau saja membuang masa. Dalam membaca itu, akal perlu mentafsir dan berfikir. Apakah trend masyarakat pada ketika itu? Apa yang sedang dicari-cari oleh masayarakat umum? Apakah masalah yang trending pada saat itu? 

Soalan terakhir, apakah penyelesaian yang boleh saya tawarkan buat mereka?

Sudah beberapa kali membuat pemerhatian, hasil dari pemerhatian saya tepat! Apa yang saya duga,maka dalam beberapa ketika sahaja selepas itu, produk tersebut meletup-letup di pasaran. Masyarakat terkejar-kejar ingin memiliki produk tersebut. 

Ya, saya banyak belajar ilmu bisnes dengan memerhati. :)

Cukup sampai sini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Saya tau ilmu saya tidaklah tinggi mana dalam dunia bisnes ini. Contoh-contoh yang saya berikan diatas mungkin kelihatan terlalu kanak-kanak. Namun begitu, saya harapkan artikel Idea Dan tip-tip usahawan kecil ini bermanfaat untuk anda. Insyaallah. 

Comments
4 Comments

4 comments:

  1. main SEO dah nampak :D hehe bagus ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya masih hingusan bro. minta tunjuk ajar kau yang otai. :D

      Delete
  2. terima kasih bro untuk perkongsian ni :)

    ReplyDelete
  3. Haiiiii..Cakkk!!
    done follow sini no.792
    sudilah kiranya follow me back yea..
    he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

    http://tengkubutang.blogspot.com/

    dan my 2nd blog
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...