Bila Dr Ginekologi Berbicara




Dr,
Saya ingin berkahwin awal,maksud saya dalam lingkungan umur 22-23 tetapi keluarga saya tidak menyokong hasrat saya ini. Boleh Dr kongsi dengan saya Kajian-kajian saintifik yang membuktikan kahwin pada sekitar umur ini bagus? Kongsikan apa-apa artikal yang boleh membantu saya mecari jawapan....


Dr Harlina Siraj membaca salah satu helaian kertas yang dia terima. Semua orang khusyuk mendengar beliau membaca perkataan demi perkataan bagi melengkapkan soalan pertanyaan tersebut..


Sebenarnya soalan yang kat atas ni aku yang ajukan kepada Dr harlina. Korang kenal tak Dr harlina Siraj? Dia ni adalah pakar perunding obstertiks dan ginekologi. Beberapa hari lepas dia datang kat sekolah aku untuk beri sedikit ceramah.


Memang best gak la ceramah dia. Dari benda-benda yang aku tak tahu tentang ehem-ehem, ada gak la ilmu baru yang aku dapat. Dah kata pakar Ginekologi, best la kan?hahaha..


Tah macam mana soalan yang kat atas ni keluar pun aku tak tahu tapi ape aku kisah, dia pakar benda-benda ni so mesti ada gak la kaitan untuk tips-tips nak kahwin awal kan?


Tapi aku frust akhirnya...Jawapan yang aku cari tak aku jumpa. Dia cakap kalau kahwin dalam lingkungan umur macam ni kajian mengatakan jodoh bersama tu panjang berbanding mereka yang kahwin umur 25 keatas.


Aku berharapa sangat aku dapat artikal yang pasal kajian tu. Bila aku dapat,aku nak usulkan kat mak aku biar dia baca. Harap-harap lembut hati dia..haha..


Aku nak kongsi tips nak lembutkan hati mak biar dapat kahwin awal...


1. Baca Quran banyak-banyak depan mak ayah. Biar nampak baik sikit. Nanti dorang fikir kita akan mampu bimbing isteri kita lepas kahwin nanti.


2. SElalu pergi solat jamaah kat masjid. Mak ayah akan sejuk hati bila fikirkan cucu mereka yang bakal lahir dari perut seorang wanita yang bersuamikan seorang lelaki yang solat lima waktu di masjid. Mereka pasti berangan dapat cucu yang cerdik dan baik.


3. Tolong mak memasak kat dapur. Mak akan yakin kita pandai jaga diri bila isteri pergi outstation. Tak adalah makan Maggi je.


4. Pagi-pagi sapu sampah kat depan rumah. kebersihan sudah terjamin dan kesihatan pun akan terjaga. Mak tidak akan risau lagi tentang kita.


5.Ni paling penting, Beli rumah sebijik dan kereta sebuah. Kalau tak mampu,tak payah kahwin la weyhh!!hahahaha... Lepas SPM, plan lah buat bisnes kecil-kecilan. Biar ada income walau sikit. bila dah sampai umur nak kahwin mesti la bisnes tu dah berkembang so memang tanpa ragu dan segan mak ayah bagi kita kahwin awal..


Maaf sebab entry kali ini memang mengarut dan merepek habis.HAHAHA..


KAlau ada yang baik hati, tolong-tolonglah kongsi dengan aku apa-apa artikal pasal kelebihan kahwin awal ni. HAsil kajian mana-mana badan ke. kongsi ye. Aku malas cari sendiri.hehe..


Terima kasih daun keladi yang sudi berkongsi...=)
Comments
5 Comments

5 comments:

  1. yup betul la tuh.. dah betul la tuh... mengarut dan merepek.. hek3..

    ReplyDelete
  2. rep dah ade calon ke??

    ReplyDelete
  3. calon tak penting.Dimana ada keinginan,disitu ada calon.hahaha

    ReplyDelete
  4. haha yg beli kereta ngn rumah tu mmg best.

    ReplyDelete
  5. http://ayuhkitamaju.wordpress.com/2009/06/15/tips-meyakinkan-ibu-bapa-tentang-perkahwinan-awal/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...