Gunung Sesal (Edisi PMR)





Matanya terus khusyuk tertumpu pada skrin komputer berjenama Dell bersaiz 24 inci itu. Hanya sesekali matanya berkelip apabila matanya terlalu kering dan pedih kerana terlalu tumpu pada skrin tersebut. Jari jemari kasar itu terus laju berlari di atas papan kekunci. Ruang itu hanya dihiasi bunyi yang keluar hasil dari jari yang menekan butang-butang yang tertera huruf di papan kekunci itu. Dia berhenti seketika. Mungkin kerana terlalu letih dan perlukan rehat kilat supaya konsentrasi itu dapat kembali bersama.

Gelas mug yang tertera tulisan ‘reunion batch 3’ cepat dicapai. Masih berasap isinya. Sebelum dia menghirup perlahan, dia menarik nafas dalam-dalam dan lepaskannya perlahan. “ahhh…” tiada yang mampu ramal isi di sebalik bunyi itu. Mengeluh? Barangkali ada sesuatu yang lebih besar sekiranya terus diamati teliti raut wajah itu. Ada perkara yang tidak kena. Danial terus menghadap skrin itu semula. Sesaat kemudian tertunduk dan terus tersandar pada kerusi yang empuk itu semula. Ada sesuatu yang mengganggu ruang fikirannya.

Empat tahun lalu….

“Bangun…” ketua kelas berdiri dan memberi arahan agar semua orang turut berdiri. Seorang lelaki berbadan agak besar dan tinggi sederhana melangkah masuk.”Assalamualaikum cikgu..” dari berpuluh-puluh kotak suara, suara berpadu dan hanya menjadi satu bunyi yang padu. Cikgu tadi terus melangkah dan berpusing-pusing seluruh kelas. Meneliti setiap susuk muridnya. Sampai sahaja di barisan belakang sekali dia terhenti seketika dan matanya terus melirik pada salah seorang muridnya yang berada di tengah-tengah antara tiga pelajar.

“ Kesian awak kan? Miskin sangat mak ayah awak sampai tak mampu beli kasut untuk awak. Pakai selipar je. Kesian-kesian.” Tanpa berlapik terus dia tegur Danial yang sedang memakai selipar. “ Cikgu, jangan salah faham. Kasut saya kena curi pagi tadi.” Terkial-kial Danial menjawab kembali teguran cikgu Fauzi tadi. Siapa yang mahu dipersalahkan sekiranya tindakan itu pada dasarnya bukan atas kesalahanya. Seisi kelas mula sedari yang muka Danial sudah mula merah kemerahan. Siapa yang tidak kenal Danial dengan sikap panas barannya. Namun balas pertahanannya sebentar tadi tidak diendahkan langsung oleh cikgunya itu.

“ Sumpah aku bengang giler dengan mamat gemuk pendek tu. Sesedap mulut dia je nak sound aku macam tu. Macam la dah berbilion kali aku tak pakai kasut pergi ke kelas. Ini adalah pertama kali aku pakai selipar pergi kelas. Aku tak puas hati dengan dia!!!” pelbagai sumpah seranah terus meluncur laju keluar dari mulut Danial. Isi hatinya itu terus diluahkan kepada kawan baiknya,Adam. Peristiwa pagi tadi memang suatu yang amat memalukan dan menjatuhkan maruahnya di khalayak ramai. Sebelum ini hubungan antara Danial dan cikgu Fauzi tiada masalah. Kejadian 16 mei itu terus membara.

“Danial, aku rasa kau lupakan ajelah peristiwa tadi. Tak guna pon kau nak berdendam dengan cikgu sendiri. Ada jugak yang ilmu dia kat kau yang dia tak redha.” Adam kurang bersetuju dengan pendirian Danial. Dia terus menasihati kawan baiknya itu. Namun semua itu ibarat masuk telinga kanan dan keluar di telinga kiri. Syaitan terus menguasai diri Danial.

Danial masih ingat lagi peristiwa 16 mei itu. Hari dimana mengubah haluan hidupnya. Pertembungan yang mengorbankan satu ikatan yang tiada masalah pada awalnya. Mencetus bara permusuhan antara insan. Namun bukan antara dua insan yang saling benci membenci tetapi seorang insan membenci cikgunya tanpa pengetahuan cikgunyaitu. Persengketaan itu terus melarat. Agaknya peristiwa 16 mei inilah yang seringkali mengganggu hidup Danial.

Hari ini hari jumaat. Ini membawa maksud bahawa subjek pertama kelas pada pagi ini ialah bahasa melayu dan ini juga membawa erti bahawa muka cikgu Fauzi ialah muka pertama yang akan melangkah masuk ke kelas 4 Anggun. “what a s**k day” getus hati Danial. Dalam diari hidupnya semenjak peristiwa 16 mei itu, hari jumaat merupakan hari yang paling malang dan membosankan. Ada pepatah arab yang mengatakan ‘ futur selepas berusaha adalah berpunca dari permulaan yang teruk” maka pada setiap hari jumaat Danial akan mengklasifikasikan subjek bahasa melayu atau lebih tepat muka cikgu Fauzi sebagi permulaan yang teruk. Hari jumaat akan terus di lalui dengan bayangan wajah cikgu Fauzi yang menjengkelkan.

“Danial, kamu sihat?” Ramah cikgu fauzi menyapa Danial pagi itu. Namun Danial terus melakukan kerja sendiri tanpa mengendahkan sapaan cikgu bahasa melayunya itu. Pada tafsiran pihak Danial, Danial menyangka yang cikgu Fauzi tidak menyukainya kerana teguran yang amat pedas yang di lemparkan oleh cikgu tempoh hari namun dalam masa yang sama cikgu Fauzi langsung tidak bermaksud sedemikian. Cikgu Fauzi juga tidak mengetahui bahawa Danial tidak menyukainya. Salah faham.

“Cikgu, saya bawakan air untuk cikgu. Saya nak minta maaf kalau cikgu ada terasa hati dengan kelakuan saya.” Danial menghulurkan segelas air kepada cikgu Fauzi. Kepalanya menghadap ke lantai kerana takut untuk bertentangan mata dengan cikgu Fauzi.
“Alahai, susah-susah kamu aje ambilkan air untuk cikgu. Cikgu tak pernah terasa hati dengan kamu pun. Kalau ada pun cikgu sudah memaafkan.” Tangan cikgu Fauzi terus menyambut gelas yang dihulurkan oleh Danial sebentar tadi.

Danial ketawa terbahak-bahak di tempat duduknya. Sedaya upaya dia menahan ketawanya agar tidak didengari seisi kelas. Merah padam mukanya kerana ketawa yang keterlaluan. Puas sungguh hatinya. Hari ini hari Danial.

Genap sepuluh minit masa berlalu untuk kelas bahasa melayu pada pagi itu, cikgu Fauzi tergopoh gapah meminta diri dan berlalu keluar dari kelas. Pada gayanya seperti ada kecemasan yang amat mencemaskan. Kecemasan itu turut dirasai oleh seisi kelas. Semua tertanya-tanya apa yang sedang berlaku. Tersenyum lebar hati Danial pada masa itu. Hanya dia yang mampu rasai senyuman itu. Memang mencemaskan.”HAHA….”

Tanpa pengetahuan sesiapa, sepaket julap yang telah dibeli oleh Danial di kedai berdekatan dengan rumahnya pada hari sebelumnya telah dia campurkan kedalam air yang telah dia hulurkan kepada cikgu Fauzi pagi tadi.

“Rasakan kau cikgu, hari itu aku sakit hati dan hari ini kau sakit perut. Selamba mak bapak kau je nak libatkan mak ayah aku dalam hal aku tempoh hari.” Puas hati Danial dapat kenakan cikgu Fauzi pagi itu. Dia terus bermonolog sendiri. Peristiwa 16 mei itu amat menyakitkan hatinya. Danial anak yatim. Ayahnya telah meninggal dunia semenjak dia kecil lagi dan selama itu dia dibesarkan oleh ibunya. Masakan dia tidak sakit hati apabila mak dan ayahnya dilibatkan bersama dalam dialog kata cikgu Fauzi tempoh hari. ‘Terlajak perahu dapat diundur kembali tetapi terlajak kata binasa’. Giginya digetap kemas. Geram.

Danial merupakan pelajar yang amat cemerlang di dalam batchnya. Setiap kali peperiksaan,beliau antara lima pelajar cemerlang dalam batch. Walaupun berasal dari keluarga yang agak susah namun semangat itulah yang mendorong dia untuk terus berjaya. Dia masih termenenung sendiri. Ada sesuatu yang dia rasakan tidak betul pada hari ini. Dia tidak sedap hati.

Sehingga ke hari ini cikgu Fauzi tidak mengetahui angkara siapa perbuatan aniaya tempoh hari. Justeru itu dia juga tidak mengetahui apakah yang terpendam di lubuk hati danial. Harinya berlalu seperti biasa. Pernah juga dia disuruh oleh rakan-rakan gurunya untuk menyiasat tentang perkara tersebut tetapi dia menolak dan hanya menganggap perkara tersebut bukan perkara khianat. Itu mungkin kerana dia tersalah makan pagi itu. Pelik juga cikgu Fauzi ni, dah sakit perut tak ingat masih menyangka salah makan.

Semalam sekolah gempar lagi dengan kes baru. Dah semacam ada konspirasi besar-besaran yang terlindung kat sekolah ni. Cikgu Fauzi sekali lagi dikenakan. Tetapi kali ini dengan cara yang lebih baik namun cara itu amat ganjil dan menimbulkan persoalan di kalangan pelajar dam guru-guru. Apakah motif sebenar semua perkara ini?

‘UNTUK DIJUAL.15K. SILA HUBUNGI 012-3456789’

Kertas manila yang dilipat kemas berbentuk tiga segi diletakkan di atas bumbung kereta cikgu Fauzi. Sebuah Kereta Mitsubishi Lancer berwarna merah terparkir kemas di bahu jalan. Kebetulan hari ini cikgu Fauzi meletakkan keretanya di luar kawasan sekolah kerana hari ini dia lewat tiba ke sekolah dan kawasan parkir di dalam kawasan sekolah sudah pun penuh. Peluang ini tidak disia-siakan oleh Danial.

“Maafkan saya, saya tidak berniat untuk menjual kereta saya pun.’

“Maaf, itu cuma salah faham. Ada masalah teknikal tadi. Saya tidak mahu jual kereta saya pun.”

Hari itu cikgu Fauzi menerima berpuluh-puluh panggilan telefon. Siapa yang tidak mahu membeli Mitsubishi lancer tahun 2005 pada harga 15 ribu ringgit. Berebut-rebut orang menghubungi cikgu Fauzi untuk berunding. Habis masa cikgu Fauzi. Hari itu hari dia menjadi operator telefon. Kerjanya hanya menjawab panggilan telefon. Danial puas.

Kejadian itu sedikit sebanyak menimbulkan curiga cikgu Fauzi kepada Danial. Dia masih tidak mahu bertindak kerana dia tidak mempunyai bukti yang danial yang lakukan perbuatan itu. Sebagai cikgu yang dedikasi dan berintegriti dia perlulah menyiasat terlebih dahulu. Lebih baik tersalah maaf dari tersalah hukum. Dia masih tidak dapat menghidu dendam kesumat yang sudah subur dibaja di hati danial.

Danial tersenyum seorang. Peristiwa itu sekiranya difikirkan semula sememangnya agak lucu. Apa punya cara aniaya dia guna masa itu. Tampal notis ‘untuk dijual’. Kesian juga cikgu Fauzi masa itu. Tidak cukup tangan menjawab panggilan. Itu satu hal, kesian juga kepada pembeli-pembeli yang berminat. Habis kredit mereka menelefon cikgu Fauzi. Cawan Mug itu di tarik rapat ke bibirnya. Sudah tidak berasap. Masa terus berlari.

Setelah bertungkus lumus belajar bermati-matian akhirnya danial berjaya mendapat straight A’s untuk trial SPM. Walaupun dia agak nakal dan sangat aktif dalam kolkurikulum namun dia tidak lupa untuk belajar bersungguh-sungguh. Keputusan itu amat membanggakan ibunya di kampung.
Cikgu Fauzi datang menghampiri. Danial tidak selesa dan tidak suka.

“Tahniah Danial, jadikan keputusan ini sebagai kamu punya bahan ransangan untuk terus berusaha. Jangan pula kamu rasa selesa dengan keputusan percubaan SPM kamu ni.” Tersenyum manis cikgu Fauzi kepada Danial. Danial masam.” Apahal mamat ni bajet baik dengan aku ni. Rimas giler…” Danial terus bermonolog sendiri.

Senyuman cikgu Fauzi tempoh hari terus terngiang-ngiang ruang minda Danial. Dia masih gagal menafsir maksud disebalik senyuman itu. Syaitan terus memainkan peranan. Hasutan demi hasut bertubi-tubi tiba.” Dia perli kau tu.” “Dia cabar kau tu.” “Dia senyum sebab nak buat kau sakit hati tu. Dia peril sebab kau anak miskin tapi boleh berjaya.”

“Arghhh…..” Danial sudah tidak keruan. Bertarung dengan prasangka sendiri. Ego terus menguasai diri. Syaitan mengambil peluang memecah belahkan anak-anak adam. Salah faham berterusan.
Setiap tingkah laku Cikgu Fauzi dirasakan salah. Ada sahaja yang tidak kena dan tidak serasi dengan dirinya. Memang syaitan dah kuasai diri. Ada sahaja yang dia tidak puas hati dengan cikgunya itu. Hari ini dia bertekad untuk membuat jahat yang lebih dahsyat bagi memuaskan dan mengubat hatinya yang sakit.

Hari ini sudah dua bulan cikgu Fauzi terlantar di hospital. Dia telah mengalami kecederaan yang parah pada kemalangan dua bulan lepas. Cermin hadapan Lancer kesayangan cikgu fauzi pecah secara tiba-tiba ketika dia memandu. Dia hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan.BAAAMM…..

Danial meletakkan sebiji gula-gula Hacks yang sedikit basah pada bahagian hujung sebelah kanan cermin hadapan kereta cikgu Fauzi. Matahari pada tengah hari itu cukup terik. Keadaan ini secara langsung membantu operasi danial pada hari ini. Dalam masa beberapa jam lagi cermin kereta cikgu Fauzi akan pecah. Ilmu ini dia dapat dari senior dia pada tingkatan satu lagi. Hari ini dia cuba untuk mempraktikkan. Rasakan cikgu!!

Salah percaturan masa. Cermin pecah semasa cikgu dalam perjalanan pulang ke rumah. Kemalangan yang berlaku itu sebenarnya berpunca dari sebiji gula-gula Hacks itu. Hanya danial yang tahu punca sebenar. Pada awalnya dia agak kesal dan menyesal namun dendam tetap dendam. Akibatnya cikgu Fauzi terlantar di Hospital Serdang hampir dua bulan.
Keputusan SPM telah keluar. Danial melangkah dengan penuh yakin untuk mengambil keputusannya. Namun semuanya bertukar kelam. Suatu yang tidak di jangka.

” 12 A1 1E”

Hampir jatuh tersungkur danial pada ketika itu. Apa yang sudah terjadi dia tidak tahu dan yang pasti dia sudah gagal dalam mata pelajaran bahasa melayu. Segalanya sudah berlalu. Tiada apa yang mampu berputak kembali. Masa telah pergi jauh. Peperiksaan SPM sudaah lepas jauh dan yang dekat kini hanya keputusannya.”TIDAAAKKKK!!!” Danial meraung sekuat hati.

Danial tersentak. Pintu bilik di ketuk beberapa kali.”Masuk.” masuk melangkah seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan 30-an.” Encik Danial, ni ada sepucuk surat untuk encik.” Dia dating menghulurkan sepucuk surat yang berwarna putih.

Air matanya gugur berderai. Segala salah fahamnya selama ini kepada cikgu Fauzi hanya permainan syaitan sahaja. Dia tidak faham apa sebenarnya yang dia dendamkan selama ini. Apa yang cikgu Fauzi telah lakukan kepadanya selama ini sehingga dia menyimpan dendam seteruk itu. Apa maksud dendam itu pun dia tidak fahami. Yang dia tahu sakit hati dan balas dendam dengan sakiti cikgunya itu.

Kini dia sudah tahu segala-galanya. Cikgu Fauzi tidak pernah membencinya walau sedikit pun. Dia yang berprasangka buruk selama ini. Dia memang benar-benar menyesal. Kerana itulah dia gagal dalam subjek bahasa melayu. Tiada apa ilmu itu tanpa berkat guru. Semuanya sudah terlambat. Cikgu Fauzi sudah tiada.

Danial tidak tahu bahawa baru-baru ini cikgu Fauzi dikejarkan ke hospital. Dia mengalami implikasi yang teruk pada bahagian paru-parunya yang pernah tercedera pada satu kemalangan dulu yang sebenarnya direncana oleh anak muridnya sendiri. Rupa-rupanya kecederaan itu tidak sembuh sepenuhnya. Rasa menyesal it uterus menyelubungi seluruh tubuh Danial. Ini semua salah dia. Dia terus menangis teresak-esak.

Cikgu fauzi yang selama ini dia benci telah meninggal dunia kerana diri dia sendiri. Baru berumur 30-an cikgunya itu. Dendam buta menghancurkan masa depannya. Syaitan ketawa riang. Berpesta dan berparti atas kejayaan memecah belahkan cucu cicit Adam. Danial pula menyesal bukan kepalang. Itulah hakikat hidup ini. Beronak berduri. Yang baik boleh menjadi buruk di mata. Manakala yang buruk juga boleh dipandang baik. Tanpa panduan senang sangat manusia terus ditipu. Danial telah ditipu bisikan hatinya sendiri. Terjerumus dalam perangkap kebencian yang dicipta sendiri.

Sehingga ke petang pejabat itu terus dihiasi sesak nangis Danial. Penyesalan tiada guna. Hilang cikgu yang selama ini dibenci. Akibat itu gagal bahasa melayu dan tidak mendapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih jauh. Tiada guna dia terus menangis. Dia terus melakukan kerjanya sebagai kerani di syarikat DELLY holding. Petang itu dia terus ke rumah cikgu Fauzi namun semuanya hanya tinggal kenangan.

KOMEN LA SIKIT WOIII!!! :p
Comments
16 Comments

16 comments:

  1. Replies
    1. Haha.. aku tulis sendiri der. 2 ke 3 tahun lepas. :)

      Delete
    2. *ganas* agak sentap bila baca

      Delete
  2. fail BM kan ade paper Julai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tulis cerpen ni masa zaman budak2 dulu so taktau ada paper julai. LOL

      Delete
  3. itu pasal la anak murid takleh derhaka ngan cikgu.

    ReplyDelete
  4. Haiii I nak nombor fon u boleh takk malam2 leh mesej <3

    ReplyDelete
  5. Padat. X bosan baca :)

    ReplyDelete
  6. good story..
    keep writing.. :)

    ReplyDelete
  7. huhuhu... penah rase dndam dkat cgu... Alhmdulillah smpat mntak maaf dan halalkn ilmu sblum exam besar... dri GAGAL dpt B...
    sjak ari tu thu la bhaya brdndam ngn cikgu.. huhu

    ReplyDelete
  8. cerpen yang bagus.. boleh jadi pengajaran kepada anak2 yg sedang belajar d sekolah. Tahniah!. Teruskan boleh jadi iktibar n dakwah,

    ReplyDelete
  9. Form 3..? Nice story for a form 3 student.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...