Cinta Itu Memberi

Cinta, Cinta Manusia, Cinta Allah, Cinta Dunia, Cinta Akhirat

"Ini cinta manusia bukan cinta dewa"

Amaran: Sila baca artikel kali ini sehingga ke titik terakhir supaya anda tidak tersasar dalam menilai erti cinta. Segala kepincangan dalam memahami erti cinta sebenar saya tidak bertanggungjawab!

Bismillahirrahmanirrahim..

Tiba-tiba kali ini saya tertarik untuk berbicara tentang soal hati,Cinta. Tajuk ini sentiasa mendapat perhatian orang ramai terutamanya remaja. Dan makna cinta itu sering disalah tafsir oleh golongan remaja ini bahkan orang dewasa juga masih keliru,kebanyakkan.

Kenapa saya tiba-tiba berminat nak tulis artikel berniche cinta ini? Oh tidak ada apa-apa pun cuma baru-baru ini saya telah dilamar untuk menjadi kolumnis di salah satu website berniche cinta islamik di Malaysia ini. Jadi ini kira macam latihan la.Haha.. (mungkin lepas artikel ini,saya sudah tidak ada modal untuk tulis tentang cinta dah. LOL!)

Cinta itu memberi

Jika anda benar-benar sayang dan cintakan seseorang maka anda akan memberi dan terus memberi. Pemberian anda ini langsung tidak mengharapkan pembalasan. Anda memberi tapi anda tidak meminta dibalas pemberian anda itu. Anda beri coklat kepada si dia tapi anda tidak meminta dibalas dengan hadiah lain.

"Didalam cinta tiada istilah Give and Take "

Ya,di dalam cinta tidak anda istilah anda beri dan anda menerima. Tidak boleh mengharapkan dengan pemberian anda,si dia mesti membalas. Jika anda melakukan sesuatu untuk si dia tapi anda mengharapkan balasan, maka itu masih tidak mencapai makna cinta. Anda masih tidak mencintainya sepenuh hati! Cinta anda hanya berpaksikan kepentingan diri.

Dalam erti kata cinta yang sebenar, hanya wujud istilah "Memberi-Memberi". Jika benar anda benar-benar mencintai si dia maka anda akan memberi sepenuh hati dan semampu boleh dan dalam masa yang sama, jika benar si dia juga benar-benar mencintai anda maka dia juga akan melakukan perkara yang sama,memberi. Masing-masing tidak mengharapkan balasan. 

Kelihatan seperti anda memberi dan anda menerima tetapi disebalik itu, sebenarnya ia Memberi dan memberi. Ini baru cinta sejati!

Jika anda beriman dengan definisi cinta ini maka tidak akan wujud rungutan sebegini :

"Haaiiihhh.. Asyik aku je yang memberi. Dia tu tak pernah nak memberi. Penat la kalau hubungan satu hala macam ini je. Baik aku putus je dengan dia!"

Lihat! Cinta anda bermasalah. Mungkin bagi pihak anda kerana tujuan anda memberi ialah untuk menerima sesuatu balasan dari si dia. Dan si dia juga mungkin bermasalah kerana tidak berterima kasih dan tidak berniat untuk membalas. Jelas, dua-dua masih belum benar mencintai antara satu sama lain! Setuju?

" Di dalam cinta sejati, hanya wujud memberi-memberi"

Keluarga, Keluarga bahagia, Keluarga islam, Keluarga idaman

Benarkah kita benar-benar mencintai ibu dan ayah kita?

Ayuh kita muhasabah kembali perjalanan hidup kita. Adakah benar kita mencintai dua insan ini dengan sebenar-benarnya? Adakah kita telah membuktikan cinta kita kepada mereka? Apa yang telah kita lakukan yang boleh dijadikan bukti cinta kita? Nah, apa yang kita lakukan kepada mereka selama ini hanya untuk menerima sesuatu dari mereka. Kita kemas rumah bukan kerana kita sayang mereka tetapi kerana inginkan wang saku lebih. mengakulah!

Memberilah kepada mereka. Mungkin sedekahkan surah alfatihah setiap hari kepada mereka yang sudah tiada sudah memadai untuk membuktikan cinta kita kepada mereka? :')

Benarkah kita benar-benar mencintai Allah?

Apa yang sudah kita lakukan untuk membuktikan cinta kita kepada Allah? Cukupkah sekadar update status di Facebook "saya sayang Allah" dan like status Facebook yang berbunyi "Jika anda sayang Allah,sila like"? *Menangis...

Sampai sini sahaja artikel kali ini. Banyak lagi perihal cinta yang ingin saya coretkan disini terutamanya perihal cinta dunia remaja zaman kini. Cinta yang langsung tidak membina tetapi memusnahkan. Cinta itu sepatutnya membina tetapi kegagalan dalam memahami dan hidup dalam makna cinta yang salah membuatkan ramai yang kecundang. Ayuh hidup dalam cinta sebenar! (Sebenarnya taknak tulis semua sebab nak buat modal untuk artikel akan datang. :p)

Sebelum itu,saya ada satu soalan untuk anda. Jom ramai-ramai cuba jawab soalan ini. Kita tukar-tukar pandangan! :)

"Allah kan sayang kita,kenapa kita tak BALAS cinta Allah,kenapa kena BURU cinta Allah?"

Sila tulis jawapan anda di ruangan komen agar lebih ramai manusia boleh baca. Jangan tulis di kotak fikiran sahaja kerana tidak ramai manusia yang mampu membaca fikiran orang lain. Whoaaa!!






Comments
6 Comments

6 comments:

  1. Btul tu..cinta buatkan kita jdi gila nk mampus..
    Kena nangis tiap2 malam,aahhh.. teruk btul.

    ReplyDelete
  2. Kita terleka mengejar cinta di dunia... Bila kita tersungkur baru kita terjaga dri leka yg slama ni kita telah salah mencintai yang seharusnya kita harus lebih mencintai tuhan daripada memberi segala jiwa dan raga kepada insan yang bukan mahram.

    ReplyDelete
  3. saya tertanya2...salahke menyintai sesama manusia??? bukankah Allah beri rase cinta kpd manusia terhadap manusia yg lain?? bukan salah cinta tapi mungkin salah kita dalam mengaplikasikan cinta...andai cinta kita sesama manusia mampu meningkatkan cinta kita kpd Allah mengapa cinta tersebut dipersalahkan??? semuanya terletak pada diri masing2...

    ReplyDelete
  4. cinta is undescribeable .. :) tapi apa yg penting ,,kejar cinta yg Hakiki..jadi kita takkan terluka

    ReplyDelete
  5. manusia merancang dengan cita-cita,sedangkan Allah merancang segala-galanya dengan rahmat dan cintaaNya. cinta manusia xsalah krna fitrah,ttp manusia yg salah bertindak dgn cinta. dan kita layak menerima cinta manusia jika kita lebih mencintai pencipta Cinta.

    AO

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...