Melahirkan Generasi Berkaki Besi

Tadi masa aku nak keluar dari rumah pergi swiming, aku terserempak dengan budak-budak baya aku. Aku bawak kereta tapi dorang naik Basikal je. Itu menunjukkan aku ni pemalas.Haha!! Ramai kumpulan berbasikal ni. Jadi aku pun terlintas, sekarang ni musim main basikal ke??

Semalam aku jumpa kawan aku. Dia pun naik basikal. Basikal baru beb!! Aku tanya berapa harga? Dia dengan rendah diri menjawab "RM1000". Perghhh...Apa mahal sangat basikal? Basikal anak buah aku seratus setengah je. Murah je. Hehe..So setelah aku buat pemerhatian yang lebih mendalam, ternyata sekarang ni musim budak-budak berbasikal. Ni kat tempat aku la iaitu Bangi. Kat tempat korang ada jugak ke??

Basikal yang kawan aku naik macam gambar kat bawah ni...






Bagi aku budaya berbasikal ni sangat bagus untuk remaja sebab ia adalah satu budaya yang sihat. Daripada keluar merempit, baik keluar berbasikal kan? Aku rasa bukan remaja je kot yang semangat berbasikal ni sebab aku ada seorang kenalan ni. Dia berumur lingkungan 40-an. Oleh kerana perut dia yang kelihatan mengandung 7 bulan padahal tak mengandung pun maka dia ambil keputusan nak berbasikal. Maka berbasikal la dia dengan suami dia di petang hari...Romantik kan??

Sambil korang berbasikal korang boleh menghirup udara segar. Boleh tengok pemandangan indah. Jangan mengorat awek kat tepi jalan sudah. Sebab apa? Sebab korang tak akan dilayan. Kenapa tak dilayan? Haaaa...fikirlah sendiri..Haha..
Dan Yang terakhir ialah seperti yang aku letak sebagai tajuk entry ni. Kalau kuat berbasikal maka kaki korang akan keras sekeras besi. Betul tak? Haha..Jangan berkuku besi sudah!! Pesanan penaja, kalau jadi pemimpin suatu hari nanti,jangan jadi macam si kuku besi Muammar Gadif dan seangkatan dengannya. Yeahhh!!

Mood:Lepas ni aku tak nak bawak kete dah, nak bawak basikal je boleh tak?Haha..
Comments
4 Comments

4 comments:

  1. last naik basikal masa umur 15 tahun..sekrg dah nak masuk 24 tahun...
    huhhuhuhu...
    agk goyang jgk la nak naik basikl balik....
    may be dh kwin t kot..da skit aktiviti ngan suami..
    ngeeeee~~~~~~~~~~

    ReplyDelete
  2. hohoho.. nak juga jadi macam member ko, romantik semacam naik basekal ptg2 hari tapi apakan daya, aku tak reti nak main..

    ReplyDelete
  3. rara folow sini ;)

    morning ,klu rajin singah blog rara n folow jugak hee

    eh rara suka jugak berbasikal ni skg ni ngh kumpul duit nk beli fixie teehee:))

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...