Si Boroi Bermain Bola baling?TIdakkkK!!!

Dari belakang aku kelihatan tidak gemuk,jangan percaya!!

"Siapa yang tak pernah main bola baling sila duduk di sana" Si jurulatih memberi arahan. Maka aku dan seorang kawan aku yang memang tak pernah main duduk di penjuru kanan padang. Dalam hati aku, memang kompem tak terpilih la untuk nak main untuk sekolah. Bola baling pun firsttime sentuh nak berangan main untuk sekolah?Peerahhh!!

"Kamu yang tak pernah sentuh bola, meh sini. Kamu terpilih!!!"

Aku ingat sebab aku tak pernah main bola tangan maka aku tak akan terpilih. Aku ni pulak bukan main jujur mengaku tak pernah main. Tapi Allah dah ingatan aku tentang satu perkara. Kejujuran membawa kepada kejayaan yang manis.

Ada sorang budak tu tak pernah main dan memang tak reti main tapi bajet cool mengaku pernah main dan reti main.Tak jujur langsung! Akhir sekali tak terpilih, kenapa? Sebab tangan tak cukup inci kot.Haha..

Aku memang tak pernah main bola baling. Tapi mungkin sebab masa selection tu aku main bersungguh-sungguh. Aku cuba tunjuk yang terbaik yang aku mampu pergi jauh. Dengan berbekalkan perut aku yang bulat ni, ada la dua tiga kali pihak lawan kena body. Tersungkur! Jangan disangka perutku yang comel ini tidak bermakna.Haha...

Pengajarannya, tak perlu nak main tipu untuk nak berjaya. Tak perlu nak sogok sana sini untuk ke puncak. Tak perlu batu api sana sini untuk jatuhkan orang dan kita naik atas. Cukup bekerja keras dan berusaha, Kejujuran pasti memberi kepuasan. Bila kita berjaya maka kemanisan itu kita dapat rasa. Kalau main tipu je memnajang,nak rasa manis apa kan?Haha..

Usaha penting. Maka aku sekarang sedang berusaha untuk nak fit kan badan. Biar berketul-ketul. Sekarang seketul. Nak lari pun tak larat. Haha..Dah Game dah dekat ni.Fuhhhh

Mood:Ambil pita ukur, lilit keliling lengan.Ada pertambahan saiz?Haha
Comments
5 Comments

5 comments:

  1. AesyaZealous:Aku gemuk tapi rajin,tak macam kau,gemuk tapi malas.Hahaha

    ReplyDelete
  2. wahaha... terharu rase nye..
    ni yang nak berry puas2..

    ReplyDelete
  3. hik3...xpew..mula2 je boroi, nnti dh ari2 maen, x boroi dah...
    tukar jd 6spack lak...

    ReplyDelete
  4. hope dpt ilangkan 'boroi' anda

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...