Cuti sekolah dah bermula. Akhirnya masa untuk aku bersantai dah tiba. Macam-macam plan dah ada kat dalam kepala aku ni. Nak buat tu nak buat ni. Semua jenis rancangan ada...Exited gler ni weyh!! Lagi-lagi nak balik Selangor.huuuuu....
Dalam cuti seminggu ni aku fikir aku nak...
1.Makan semua benda yang boleh dimakan.
2.Tido selagi mana mata ni mampu untuk tertutup.Jangan tertutup buat selmanya sudah.huhu..
3.Aku nak Qada semua movie yang aku tak tengok selama aku bertapa kat sekolah aku hampir sebulan.Yang penting, aku nak tengok Hikayat Merong Mahawangsa.Sapa nak tengok dengan aku Jom..aku nak pergi tengok kat Alamanda,Haha..
Sebenarnya apa yang aku fikir setakat ni ialah aku nak duduk depan laptop 24 jam. Aku nak tulis entry sepanjang hari. Nak buat entry banyak-banyak macam Abg Ben buat.Haha..
Idea kat dalam kepala ni dah melimpah ruah.Kalaulah idea itu boleh diibaratkan umpama cecair,nescaya cecair itu sudah mengalir keluar dari hidung dan telinga aku.Hahaha...Dahsyat kan?
Dengan makanan di kiri dan kanan. Aku bersila dihadapan laptop aku. Aircond dibuka supaya pesekitaran yang kondusif terhasil.Baru cecair idea boleh meleleh dengan deras dari lubang telinga..Haha..
Tengah-tengah aku menulis entry. Setelah beberapa jam bertapa kat depan laptop ni..Tiba-tiba.....
Ketukkk!!! Aduhhhh....
Rupa-rupanya mak aku ketuk kepala aku..
"Hampeh punya anak,kau nak mengadap laptop 24 jam? Nak makan semua benda yang boleh dimakan? Nak tidur selama yang boleh? Nak Qada tidur?"
Ketukkk!! Sekali lagi...
Rupa-rupanya mak aku baca entry yang korang tengah baca ni. Rupa-rupanya ibuku seorang ibu yang pandai baca blog. Diam-diam dia baca blog aku.huhu...
"Kamu tu nak SPM tahun ni,jangan nak mengada enjoy cuti ni.Pergi tusyen buat study group!!"
Hahaha..Hancur semua impian. Tapi aku nak realisasikan juga walau sedikit impian aku untuk cuti kali ini. Harap-harap termakbul.huhu...
Entry kali ini hanya sekadar mainan imaginasi aku sendiri.Pesanan buat diri aku. Juga kepada pelajar di luar sana terutamanya calon SPM 2011. Manfaatkan cuti dengan baik. Buat perkara yang bermanafaat. Nak enjoy berpada-pada.Study jangan lupa. Cuci pinggan mop lantai rumah jangan malas. Haha...
SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA PELAJAR SEKOLAH
Mood: Aku tetap akan pergi tengok wayang.Haha..sapa nak ikot? JOm,aku memerlukan sponsor tiket ni.Hahaha
apa kau merepek ni?Haha
ReplyDeletemak ai, neh baru bdak2 sekolah, kang dh masuk u, entah apa yg nak Qada` tuh..huhuhuhu
ReplyDeleteyeayyyy cutiiiii
ReplyDeletemerong mahawangsa! oyeah! :)
ReplyDelete