Dia cakap, aku dengar....
"Perghh...kuat gila budak tu sepak. Malam tadi mesti tembak kuat!!"
Kawan dia jawab...
"Nak tembak macam mana, sekolah diorang mana ada perempuan."
Dialog terus...
"Bosan gila tak ada perempuan, tak boleh la nak test power. Kesian dorang ni. Tengok kita, anytime boleh nak tembak menembak.Hahaha.."
Aku terfikir, gila ke apa diorang ni. Apa kaitan sepak kuat dengan tembak menembak diorang tu?? Itu apa yang aku fikir awal-awal la. Tapi lepas beberapa perkara lagi berlaku maka apa yang aku fikir ialah "ini kena masuk blog ni!!" Haha...
Dorang perasan aku tengah tengok dorang. Aku pun senyum la tapi dorang buat muka blur. Memang kerek nak mampos!!Haha..Tiba-tiba dengan bangganya diorang bawak keluar rokok dan hisap. Muka bangga beb!! Aku kat dalam hati...
"Bodoh!! Jangan nak buat muka kerek sebab korang hisap rokok. Dah la rokok murah. Rokok seludup korang hisap lepas tu korang nak bangga? Rokok tu satu katen 12 ringgit je la kat Langkawi. Kalau korang hisap rokok yang tembakau dia daun zitun yang bernilai sebatang RM1000 tak pe la jugak nak buat muka macam tu. Hebat la tu hisap rokok? Kitaorang tak hisap rokok so tak hebat?? Bahhalal!!"
Tiba-tiba datang pulak satu kumpulan yang naik moto yang aku boleh katogerikan sebagai "Besi Buruk". Jahat kan? Suka hati aku la..Haha..Dorang pun buat muka yang menggambar kan "Aku hebat aku ada moto, korang tak ada." Maka mesej yang dorang nak sampaikan pun sampai kat pemikiran aku lantas otak aku berputar lagi...
"Naik besi buruk pun nak bangga?? Kalau korang datang bawak Kawasaki Ninja 750cc boleh la aku tunduk hormat sikit sebab aku ada Ninja 250cc je(berangan jap). Ni bawak besi buruk pun nak bangga? Rasa hebat? Sorry bro...Aku tak pandang."
Aku senyum pada diorang yang bangga dengan "kehebatan-kehebatan" serta kemulian yang diorang ada....
"Awek aku punya, Ummmphhh...!!! Tapi aku tengok awek kau, sekeping. Tauke kilang papan la kau ni. tak best langsung. Tengok aku, barulah best bila buat!!Hahaha"
Itu yang dibanggakan??Ohhh...Bangga dengan maksiat? Mereka merasa mulia dengan kemaksiatan yang mereka buat. Jom kita lihat diri kita balik, ada tak sifat ni kat dalam diri kita. Bahaya beb!! Umar al-khattab pernah cakap...
"Kita ini kaum yang dimuliakan dengan islam"
Jangan pulak ada statement yang keluar nanti, "Aku dimuliakan dengan kehebatan aku minum satu botol arak sekali jalan". huuuu..Maka jangan fikir aku hebat sebab follower aku dah 700++ (padahal sikit je tu), jangan fikir hebat sebab buat segmen dan 22 orang masuk. Jangan fikir aku hebat sebab aku hebat.Haha..
Faham tak apa perkongsian yang aku nak sampai kan ni? Aku rasa ayat aku belit-belit. Sorry ya kalau tak faham.Hehe..
Teka teki untuk anda (kalau sudi jawab la): Cuba teka peristiwa ini berlaku di mana??
Mood:Rindu adranalin rush bila naik Ninja di highway!!Yeahhh...
Salam..
ReplyDeleteade benarnya tu...
kebanyakan org suke berbangga dengan 'kehebatan' yg diorang ada padahal ianya mengundang dosa.
if u tak keberatan, come n follow me back k?
aiharas.blogspot.com :))
berlaku di........ ah malas ar nak fikir..hahaha
ReplyDeletegempak sangat story ni ! ^_^
ReplyDeleteanyway,it's fun!
aq taw beb.
ReplyDeletenak skong aq maen pnya pasal lahh. :)
adoiyai..biar je kat diorang..rezeki manusia lain2..nak menunjuk ke hape ke..^^
ReplyDeletefaham.. cik arief :)
ReplyDeletejauhi takabur dan riak kadang2 ibadat tak diterima pun sebab dua benda nie.. takut2.. :( nice entri.
perhh ninja aku punya lah! haha