Blog Anda Membawa Manusia Kemana?


Aku selalu buat blogwalking. Itu satu kebiasaan bagi seorang yang bergelar blogger kan? Kalau tak blogwalking menjaja blog kita sana sini memang susah la orang nak datang blog kita untuk baca entry yang kita penat-penat buat. Melainkan blog kau dah top tahan langit kelapan. Haha..ataupun nama kau bermula dari Tun. Seperti Tun Mahathir,dia tak perlu blogwalking pun untuk nak ajak orang baca blog dia.Kan? Haha..

Berjam-jam,berhari-hari,berbulan-bulan kita blogwalking nak ajak orang baca blog kita. Itu suatu usaha yang memenatkan dan membosankan. Kau perlu keluarkan tenaga,masa dan wang untuk buat semua usaha itu. Yang penting, ada orang baca blog kita dan tinggalkan komen. Bahkan ada spesies yang buat blog untuk menagih orang klik iklan dia.Oh mannn..

Untuk apa anda mengajak mereka membaca blog anda?

Traffik? Wang? Popular? Kepuasan?

Apa mereka dapat bila baca blog korang?

Ilmu? Kepuasan? Keghairahan? Keseronokan?

Masa awal-awal aku buat blog ini,ada seorang abang tanya kepada aku. Kemana kau nak bawak pembaca blog kau? Aku terkedu. Aku senyap. Jawapan apa yang paling patut keluar dari mulut seorang yang mengucap dua kalimah syahadah dan telah berjanji untuk menyebarkan kalimah ini beserta hikmahnya keseluruh alam. Aku tak mampu jawab...

Kalau aku nak buat duit, dengan mengejar traffik berjuta-juta, itu bukan kerja yang susah. Bagi aku la sebab benda itu luas pasarannya dalam ummat zaman sekarang, Apa susah? Kau buat blog gosip artis, gosip ustaz itu sesat lagi menyesatkan maka datanglah berjuta manusia nak baca tentang itu. Kau buat blog peribadi pun ok. Kau tulis pasal pengalaman sendiri tapi buat ayat lawak-lawak sikit pastu masukkan la perkataan lucah-lucah sikit, konfem ramai yang tertarik dengan penulisan kau!

Tetapi berapa ramai manusia yang tertarik untuk membaca blog macam blog aku ni? Pengisian membosankan. Ayat skematik robotik. Nasib baik aku tak guna saya anda,saya awak kalau tak dah memang skema habis. Haha..

Kemana blog aku ingin membawa manusia? Soalan ini biarlah aku jawab sendiri. Korang rasa aku nak ajak korang ke mana?

Ummat sekarang langsung tidak beragenda. Lahir--> masuk tadika--> masuk sekolah rendah--> masuk sekolah menengah--> masuk universiti--> bekerja dan berkahwin--> kumpul harta untuk beri kesenangan kepada keluarga--> pencen--> MATI. Dimana agenda hidup anda? Andakah itu??? Itu fasa hidup!!

Didiklah ummat untuk hidup dengan beragenda. Bukan agenda seorang kanak-kanak di tadika. Bila dihulur lolipop sudah berpuas hati. Beragendalah dengan perkara yang agung dan besar. Agenda apa yang perlu dan sepatutnya diagendakan dalam hidup? Itu kita bincang di lain hari.

Kau tulis pasal artis,kau nak ajak pembaca kemana? Sembah artis? Kau tulis pasal awek kau,kau nak ajak manusia kemana? Sembah amalan tersebut? Kau tulis pasal orang lain,mengumpat sana sini,kau nak ajak orang buat apa? Hidup dalam dosa mengumpat? Kau tulis pasal hiburan,kau memang nak manusia hidup dan mati dalam hiburan!

Muhasabah blog anda. Anda ingin manusia yang baca blog itu menjadi siapa? Hamba tuhan atau hiburan.:)

entry ini sekadar peringatan buat tuan blog. :)

Fahmi: 901 ingin mengajak manusia kemana?
Comments
4 Comments

4 comments:

  1. " Kau buat blog peribadi pun ok. Kau tulis pasal pengalaman sendiri tapi buat ayat lawak-lawak sikit pastu masukkan la perkataan lucah-lucah sikit, konfem ramai yang tertarik dengan penulisan kau! "

    suka ayat anta yang ni.. hehe.. cam dulu punya blog erkkkk..

    "membina ummat beragenda" - ayuh!

    ReplyDelete
  2. Muaz faris: Sebab tu tukar blog baru. Biar jelas sikit matlamat kita. Taknak sogok ummat dengan hiburan dah. Hiburan itu tidak salah namun ia bukan agenda.:)

    ReplyDelete
  3. haha. kau nak cakap aku skema la ea ? haha. yup. aku setuju dgn kau. Dan yang paling aku myampah bukan setakat media elektronik - esp TV da peno dgn gosip artis, ni medium blog mjadi wahana baru dieorang, meluat. Then, pasal blog peribadi yg yang gune perkataan 18 and above tu amatlah merosakkan anak bangsa. Wallahualam. Da lama da tpk psal benda nih. Bagus2, harap anda selari dengan ikrar sebagai mukmin.

    ReplyDelete
  4. Asalkan penulisan tu bertujuan ke arah kebaikan, insya'allah, tulislah macam mna pn, psti bermanfaat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...