Bila dah update,memang rasa nak update lagi. Bila dah lama tak update,nak update pun dah rasa malas.Betul atau tidak? Haha.. Oleh kerana hari ni aku baru update,so malam ni aku nak update lagi. Entry kali ini lebih islamic dan keagamaan. Kepada yang tidak berapa suka kepada agama sila tekan pangkah dan pergi ke blog lain. Aku cakap ni sebab memang ada yang tidak kisah sangat dengan hal agama ni.Betol tak? Tengok tajuk pun dah tau kita nak bincang pasal apa kan? :)
Tadi aku ada tengok satu video dari Youtube. Tajuk dia Kisah Benar di X Fresh FM. Apa yang menarik minat aku untuk tulis pasal entry ini ialah untuk nak kritik perempuan di dalam video ini. Tapi aku bukan nak kritik perempuan itu tetapi perangai perempuan ini. Perangai spesies ni memang bersepah dalam masyarakat kita hari ini. Jadi selepas baca entry ini, boleh la masing-masing cermin diri sendiri ye.
Cuba tengok tv, artis A kahwin dengan Datuk S. Bila wartawan tanya, 'kenapa memilih A sebagai isteri?'
Jawapan yang akan Datuk S beri, 'A seorang yang memahami, penyayang, cantik, baik, sedap mata memandang, blablabla..'
atau bila wartawan tanya 'apa keistimewaan Datuk S?'
jawapan yang konfem-konfem artis A bagi, 'dia setia, pandai mengambil hati, hormat orang tua blabla..'
agama jadi nombor berapa eh?? tak cukup jari nak kira..
Dah tengok video yang aku letak kat atas tu belum? Ada rasa nak bagi kaki sebijik kat perempuan jenis macam tu tak? Mesti nak kan? Haha..tapi kita tak sedar,mungkin perangai macam tu sebenarnya ada dalam diri kita. Kita nak kahwin dengan seseorang tu,harta menjadi kayu ukur. Bukan hanya sebagai suami atau isteri sahaja, bahkan ada sesetengah manusia ni,nak pilih kawan pun nak pilih yang berharta sahaja. Setuju?
Agama itu dimana?
Baru-baru ini juga ada kecoh pasal gambar si A yang cukup sensasi. Riuh satu Malaysia! Tapi aku taknak buat entry pasal dia sebab tak menarik langsung. Haha..Cuma kebetulan entry aku kali ini ada sedikit kaitan dengan isu tersebut maka aku teringin untuk kaitkan sedikit. Ada satu kata-kata dia yang menarik minat aku.
"Jangan risau,saya masih tau batasan saya. Emak saya sudah mengajar ilmu agama yang patut saya tahu kepada saya. Jadi walau apapun saya lakukan,saya masih tau batasannya."
Kepala kau! Ambil sebijik. Dalam kes ini, aku nak salahkan siapa? Mungkin aku boleh salahkan minah ni sebab tak menuntut ilmu agama yang membakwa maksud sebenar agama yakni Islam sebgai jalan hidup. Apa yang dia maksudkan ilmu agama tu pun aku tak tahu. Mak dia hanya ajar rukun Islam ke? Ohhh..rukun islam bukan suruh tutup aurat pun kan?
Nak salahkan mak dia? Aku tak nak komen apa-apa sebab aku pun takut. Suatu hari nanti aku juga akan mempunyai anak. Aku tak tahu anak aku akan jadi macam mana. Manusia atau binatang. Yang terbaik,kita ambil pelajaran dari perkara-perkara sebegini dan kita cuba sebaik mungkin untuk tidak terjerumus dalam lubang yang sama seperti mereka.
Jadi dimana dia letakkan agama dalam hidup dia? Ramai sekarang bertuhankan selain tuhan yang Esa. Mereka bertuhankan fesyen."c'mon babe..this is fasion!" ok masuk nerakalah kau dengan fesyen kau tu.Hoho..Ada juga yang bertuhankan Wang! seperti minah dalam video tu. Dia pandang,hanya wang yang mampu memberikan kebahagian kepada dia. Ada dia sebut lelaki yang baru itu soleh orangnya? Selalu solat di masjid? Setiap hari subuh berjamaah? Tak ada kan..
Jangan meninggikan perkara lain lebih dari Islam!
"Islam itu tinggi dan tiada apa yang lebih tinggi darinya."
Jom kita muhasabah kembali dimana kedudukan Islam dalam diri kita. Neraca apa kita gunakan dalam kehidupan seharian. Adakah neraca iman atau nafsu. Kita membuat sesatu keputusan untuk kepentingan apa dan siapa. Gunalah neraca Islam. Macam mana nak guna? Belajarlah islam. Bukan hanya belajar Islam macam minah yang sampai masuk berita tu!!
Fahmi: Kenapa aku buat bisnes NI? Sebab wang ke?
bile agama dibelakangkan, tu jadinya pilih pasangan berdasarkan paras rupe dan harta semata....betul tu...segalanya harus kerana Allah s.w.t...kita hidup diatas muka bumi ni pun kerana Allah s.w.t...
ReplyDeleterenung-renungkan ~
ReplyDeletetq !! ^^
ish ish, perempuan tuuu..
ReplyDeletekesian pulak denga nya -,-
ini lah bila duniawi semata -..-
Dalam bnyk2 tiqa trtrik dgn kata2 kamu sndri shbat...berminat dengan wang,,yupp memang kan dunia skarang memerlukan wang untuk mmprcptkn urusan khasnya tapi apa yang penting dlm entry kali ni,memang spatutnya pun rasa amarah tu ada,tiqa sndri trsinggung bahkan terasa apa tiqa jg punya pribdi demikian dlm diri.ya allah,minta dijauhkan lah.. dulu tiqa juga trtarik dgn lahiriah hingga trlupa yg pling penting iaitu aspek agma. Apa dia mampu memimpin umah tangga nanti,apa dia mampu mnjd iman dan apa kita mampu sama2 bergerak ke landasan yg bertunjangkan islam...tak dinafikan kpntingan dunia amat di perlukan..tp seimbangkan keduanya kan lbih baik.
ReplyDeletekomen ni untuk diri kamu juga siti khatijah,,hhehhehe.Maaf andai trasa ya sahabat,,tiqa cuma mmcri nilai dlm suatu pnulisn yg mmpu sama2 mrubah diri tiqa mnjd lbih baik. Amin