Entry kali ini bukan luahan perasaan aku. Namun ia lebih kepada perkongsian. Entry kali ini tentang duit. Kerana duit manusia sanggup lakukan apa sahaja. Kerana duit ada yang masuk neraka. Kerana duit ada yang masuk syurga. Kerana duit dia berjaya dan kerana duit dia merana. Hebat bukan Duit ini?
Pesan aku: Jangan berlagak seperti ada duit saat anda tidak mempunyai duit yang mencukupi.
Bila kau tidak ada duit namun kau ingin terus berlagak seperti kau punya duit maka situasi itu akan memakan diri kau kelak.Percayalah! Macam mana kau nak berlagak seperti orang yang berduit padahal ketika itu kau tak ada duit sebenarnya? Kau nak beli makanan seperti orang yang berduit menggunakan apa? Macam mana?
Mungkin sampai satu tahap, situasi itu telah menjadi gaya hidup kau maka sesungguhnya kau berada dalam bahaya! Kau sentiasa nak hidup dalam keadaan mewah seperti hari pertama kau dapat gaji padahal pada ketika itu duit gaji kau tinggal RM100 untuk buat makan selama 2 minggu. Untuk meneruskan gaya hidup macam tu apa akan kau lakukan? Semakin luas pintu kejahatan,semakin galak syaitan cucuk dengan hasutan.
Jangan menggunakan jalan yang haram untuk hidup mewah!!!
Aku dah merasai situasi tidak mempunyai duit yang cukup. Semenjak memulakan bisnes sendiri,duit sangat terhad. Tidak lagi dapat hidup seperti dahulu. Mungkin ini sunnah alam bagi mereka yang baru memulakan bisnes..
Tahan segala-galanya untuk melangkah kaki ke tutti frutti untuk makan aiskrim. Sebab apa? Kalau aku beli aiskrim yang mahal tu,bajet akan lari dan mungkin duit aku akan habis sebelum hari yang sepatutnya. Setiap hari lalu depan kedai,kuatkan azam untuk tidak mengalah. Simpan sahaja hajat tu,sampai masa baru boleh makan.
Malam semalam pergi futsal. Lepas main rasa sangat dahaga. Air tin 100plus dah melambai-lambai untuk minta dibeli. Aku tahan. Kat rumah ada air kosong,tak perlu beli 100plus. Selagi boleh jimat,maka berjimatlah.Sepanjang dalam kereta,terkilan sebab tak dapat minum 100plus tersebut. Namun kuatkan hati, sekarang aku tak ada duit!
Sedang berehat dalam kelas, tiba-tiba rasa dahaga. Nak air! Kat bawah ada kedai tapi aku fikir dah tak lama nak sampai waktu habis sekolah. Ok, tahan rasa dahaga tu. Sampai rumah nanti baru minum air. Bukan mati pun kalau tak minum air waktu tu kan?Hehe..Selamat duit.Selagi boleh jimat,berjimatlah!
Tapi kadang-kadang agak sedih bila mengenang tak ada duit yang cukup. Nak pergi program seperti usrah daurah atau jaulah yang memerlukan kos pun fikir banyak kali. Kalau boleh taknak drive sorang-sorang sebab duit minyak terpaksa tanggung sendiri. Namun perkara ini satu keperluan! Guna juga duit itu,mungkin perlu mengikat duit pada urusan lain.
Duit pada hari ini sangat penting!
Jadilah orang yang berduit terutamanya para da'ie. Nak masuk syurga senang. Tak ada duit nak masuk neraka senang. Aku bukan main cakap je. Nabi pernah cakap kan yang 'kemiskinan menghampiri kekufuran' kan? So renung-renungkanlahh..
Kesimpulannya, kalau kau tak ada duit jangan berlagak nak hidup mewah macam orang ada duit. Gaji seribu je sebulan tapi kasut kau nak pakai Clark. Setahun 2-3 kali tukar kasut dan handbag. Datang mana semua kemewahan tu? Berhati-hati!
Kalau dah rasa kekurangan duit,ikhtiar jalan yang halal untuk tambah duit tu. Jadi pada kesempatan ini, aku ingin mempromosikan jalan halal untuk mendapat atau menambah pendapatan anda semua. Jika berminat,sila tekan SINI.(sempat lagi promot.haha)
Fahmi: Jom tengok koleksi status update aku semenjak bergelar bisnesman.Haha
- Chief Operating Officer in the house.
- Bila kau merasai sendiri baru kau reti nak menghargai!
- Bila tidak ada duit,jangan berlagak seperti ada duit.
- Bukan mudah nak run bisnes!!
- Agak-agak ok tak kalau aku bagi Sheila majid pakai Telekung Thaiyibah? Haha..
betol2..aku penah kot..pehhh...ikat perut bai..ehh...ehem3..pak ustad!..hihihi
ReplyDelete