Mengapa Takut Untuk Berjaya?

Only those who dare to fail greatly can ever achieve greatly. ~Robert F. Kennedy 
AMARAN: Artikel kali ini panjang berjela. Jika anda seorang pemalas dan bodoh sombong,sila jangan mula membaca artikel ini kerana dikhuatiri anda akan berhenti di tengah perjalanan. Maka sesatlah anda! Whoaaaa!

Bismillahirrahmanirrahim...

Sambil ditemani lagu Doaku untukmu sayang by Wali Band (Lagu ni tak ada kaitan dengan Artikel kali ini) dan secawan air jus orange Tropicana Twister, aku mula menulis artikel ini. Ya, artikel kali ini untuk memotivasikan diri sambil memercik sedikit kepada para pembaca. Selamat Membaca! ^^

Beberapa minggu yang lepas aku berpeluang untuk bersemuka dengan saudara Aiman Azlan seorang blogger yang terkenal dan juga vlogger di Youtube. Oleh kerana kami mempunyai jambang dan janggut yang agak seiras maka ramai yang cuba menfitnah(hiperbola) kami dengan mengatakan kami sekeluarga. Tolong jangan percaya. Whoaa! :D

Satu sahaja isi perkongsian Bro Aiman Azlan yang aku nak kongsikan disini. Ini isi yang aku dapat la. Mungkin orang lain dapat macam lain tapi otak aku telah berjaya menapis point ini dari kata-kata beliau. (Jangan risau,aku insan yang normal)

Yang mana satu penulis?


Beranikan Diri Anda Untuk Keluar Dari Zon Selesa!

" Salam bro, macam mana bro hadapi masalah apabila bro ada masalah?"

Seorang pelajar ketika itu bangun dan menanyakan soalan tersebut. Aiman Azlan diam sebentar.

" Yang pertama, Hadapi Masalah Itu! Yang kedua, Hadapi Masalah itu!"

Lebih kurang macam tu la dialog dia yang aku ingat. cuma masa tu brader ni speaking english dan yang tanya tu pun guna english. Aku tak reti la nak tulis balik kat sini sebab aku tak reti bahasa omputeh. ngeee..

Ada makhluk yang bila ada masalah,dia akan lari. Ada juga yang tak rasa itu masalah dan ini makhluk yang ada masalah besar. Makhluk yang normal akan hadapi masalah yang dialami. Ini kerana dia berani untuk keluar dari zon selesa dan berhadapan dengan masalah tersebut. Namun, mereka yang tidak berani untuk keluar dari zon selesa dan hadapi masalah tersebut, maka kekallah mereka berada di dalam masalah dan pada takuk yang sama.

Mengapa Takut Untuk Cemerlang Dalam Pelajaran?

Aku ingat lagi masa aku tusyen addmath dulu. Masa tu masuk chapter differentiation dan cikgu aku suruh aku dan kawan-kawan hafal semua formula yang ada untuk chapter tersebut. Perghhhh.. Apa ingat boleh main copy paste macam kat PC ke?

"Takde takde, korang semua kena hafal jugak. Cikgu bagi 5 minit je. Lepas ni semua kena baca satu-satu formula tu."

Maka bertungkus lumus la makhluk-makhluk itu menghafal formula differentiation yang masing-masing pun tidak tahu apa kegunaan formula tersebut. 5 minit kemudian...

"Fahmi, kau baca dulu apa yang kau dah hafal tu. Sekat,siap kau!"

"Tak ada hal la cikgu. small matter. Haha.. Bla bla bla bla bala.. Dah cikgu. Peace!"

" Kannnnn..bukan susah pun nak hafal formula. Yang membezakan antara kau seorang yang tak tahu apa-apa dalam differentiation dengan yang tahu, 5 minit sahaja! Cuma korang semua ni pemalas! Malas nak keluar dari zon selesa. Betul tak?"

Ya, aku akur dengan kenyataan itu. Smart teacher! :)

Mengapa Takut Untuk Kaya?

Sepanjang aku buat bisnes secara online, aku selalu kongsikan pengalaman aku dengan orang terdekat. Aku kongsikan tips. Aku kongsikan cara. Dan aku rasa perkongsian aku tu sudah cukup dan memadai untuk memulakan bisnes mereka sendiri.

Tetapi sehingga hari ini haram sorang pun tak mulakan bisnes mereka. Haha.. Ada la 2-3 orang yang telah mula menapak dan mereka ini rakan niaga aku buat masa ini.

Mereka sudah ada ilmu tetapi mereka tidak mulakan bisnes. Kenapa?  Sebab kepala otak mereka lebih ligat memikirkan alasan daripada memikirkan pelaksanaan. Mereka takut untuk mula. Mereka takut untuk keluar dari zon selesa!!

Mengapa Takut Untuk Masuk ke Syurga?

Dalam Al-Quran Allah dan tunjuk macam-macam balasan syurga yang sangat mengasyikkan. Kau minta la apa sahaja maka kau akan dapat. Perempuan, lebih dari tu pun kau boleh dapat! Huh! Dalam Al-Quran juga Allah dah siap bagi tips macam mana nak masuk syurga ni. Macam-macam tips dah Allah dedahkan!!

Maka belilah Al-Quran Wanita di sini >>> https://www.facebook.com/AlQuranUntukWanita

Tiba-tiba iklan =,="

Kenapa masih ramai yang tidak mahu amalkan? Masih ramai yang lebih selesa mengabaikan?

Mudah je, mereka tidak mahu keluar dari zon selesa. Mereka lebih khusyuk dan alpa tenggelam dalam keasyikan dunia(asal tetibe ayat novel ni). Mereka terpana dan tertipu dengan ilusi duniawi yang pada hakikatnya tidak kekal abadi. Syurga itu yang hakiki. Whooo!!

Sampai di sini sahaja perkongsian aku kali ini. Kalau korang rasa entry ini bermanfaat, jangan segan silu untuk share. Jangan malas untuk share, keluarlah dari zon selesa anda. Yeaaahh!! :p

Fahmi: Kenapa tak ada orang nak komen kat entry aku yang sebelum ni? T.T

Adakah aku perlu adunkan sekali unsur mistik mastika dan misteri uncle seekers baru pembaca nak lontarkan komentar yang menarik? Whoaaa!! :D (sumber)

Kesimpulannya,sila tinggalkan komen anda di ruangan yang telah disediakan. Boleh kita berkenalan. Kalau taknak komen, baik aku tak payah sediakan ruang. Grrrrr...

ok,dah start merapu. Stop! Pen off!

Dia Sangat Sayang Sama Kamu. Siapa Dia?



Bismillahirrahmanirrahim...

Orang Melayu rayanya panjang. Puasa sebulan maka ranyanya juga ingin sebulan. Betul tak? Maka aku sebagai anak melayu walaupun tidak seberapa jati kerana terdapat kacukan Belanda,Jawa,Siam dan Melayu( Sebab tu aku hensem. WHoaaa!) maka aku pun teringin nak beraya selama sebulan. Keh3.. Oleh demikian, Saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada anda semua. ^^

Muqaddimah nak ucap selamat hari raya pun panjang. Apa nak jadi da... =,="

Setiap insan ada jalan cerita kehidupan masing-masing. Macam movie. Apa genre movie hidup anda? ^^

Semalam aku sembang-sembang dengan ayah aku. Agak panjang jugalah tempoh perbincangan antara anak laki dan si ayah ni. Dari Alor Star sampai ke Kangar.

"Kita tak pernah terfikir pun skript hidup kita jadi macam ni kan? Tak pernah terlintas pun benda-benda macam ni nak jadi kat dalam keluarga kita..."

Aku dengar dengan penuh khusyuk. Menganalisa setiap bait kata dan cuba mengaitkan dengan realiti yang sedang berlaku. Ya.. Aku pun tidak pernah terfikir. Sebelum ini selesa berada dalam kesenangan.

"Dulu kita tengok orang lain yang mengalami keadaan macam ni. Sekarang kita pula yang kena."

Siapa tahu percaturan tuhan kan? Hikmah itu sudah pasti diselitkan sekali. Cuma kita yang perlu bijak mencari dan memahami. Kami anak beranak sedang cuba menghayati peristiwa ini. 

"Bila jadi macam ni,syaitan mesti ambil peluang buat serangan hardcore punya! Start la dia bisik suruh kita persoalkan. Kenapa jadi kat kita? Ramai lagi orang lain,kenapa tak kena kat dorang? Kenapa nak kena kat family kita ni jugak? Kenapa??"

Kenapa aku? Kenapa keluarga aku? Kenapa Ayah aku?

“Apabila Allah telah menentukan bagi hamba-Nya suatu kedudukan yang tinggi, yang tidak mungkin tercapai sebab kurangnya amalan hamba itu, maka Allah akan memberi ujian pada jasadnya atau pada anaknya atau pada hartanya, dan Allah telah memberikan ketabahan, sehingga dengan ketabahan itu, ia dapat mencapai kedudukan yang tinggi yang telah ditentukan ke atas dirinya”. (Hadis riwayat Anas bin Malik)

Khalifah Umar ibn Abdul Aziz, pernah berkata "Keredaan terhadap sesuatu musibah adalah kedudukan yang tinggi. Namun, Allah menjadikan kesabaran sebagai jalan pilihan yang baik." 

Kadang-kadang terlintas jugak bila tengok orang jalan-jalan dengan mak dia," Best la dia shopping dengan mak dia,aku shopping sorang-sorang je.."

Tengok orang update photo raya sambil peluk mak dia, "Best la dia boleh raya dengan mak dia.. Aku dapat ziarah kubur mak aku je.."

Berjuta lagi manusia kat dalam malaysia ni yang masih ada mak, kenapa tak ambil mak dorang? Kenapa ambil mak aku? Amek la mak-mak yang dah tua,mak aku muda lagi. Huhu..


Sebagai seorang yang beriman dan percaya kepada rukun iman, benda-benda macam ni boleh tepis dengan sebelah tangan je. Macam jentik tahi hidung dari jari(perumpamaan takleh blah) je. Sebab dia yakin dengan percaya dengan Qada dan Qadar.

Ya, Aku beriman dengan Qada' dan Qadar!

Allah dah susun cantik setiap ketetapan dalam hidup ni. Ada hikmah semua tu.

Mungkin aku semakin jauh dengan Dia, maka dia nak tarik aku kembali dekat dengan Dia. Sayangnya Dia kat hamba ni. Dia nak suruh aku sayang Dia melebihi segala-galnya. Sebab dia cakap,cinta dia kekal selamanya. Dan Dia pun kekal selamanya..

Mungkin juga Dia nak acah-acah aku. Nak tengok tahap keimanan aku kepada Dia. Selamanya nampak kononnya baik,kuat. Amek kau sikit ujian,tengok lutut ketar tak. Iman tergugat tak. Masa ni baru nampak diri ini pada tahap mana. "Apa kau kira kau dah beriman" "Nah amek ujian yang tak seberapa ni" "Amek kauuu!!"

Mungkin juga dia nak tingkatkan lagi Maqam aku di sisi dia. Naik level.Bagi dekat lagi dengan dia.:')

Aku Insan Terpilih! 

Kenapa aku? Ya,sebab aku insan terpilih. Anda semua tak terpilih.Hehe..

Dia nak uji aku supaya aku menjadi seorang yang tabah,kuat dan macho. Sebab nanti akan ada tanggungjawab yang lagi besar yang aku akan terima. Kira ni macam kursus persediaan la. Ala-ala premedik gitu.Hehe..

Jom jadi mukmin positif dan terus pro aktif! :D


Sebelum nak tutup, selamat melayan rock kapak terbaik dari kumpulan Metallica ini. Fevret aku!

"Dan sabar itu cantik"

Fahmi: Skript dialog ada sedikit unsur tokok tambah. Harap maklum. Hehe..

Gambar 1 : Hari raya pertama. Baju raya aku jubah je. Ayah aku pun jubah. :D

Gambar 2 : Gambar Abah dan Mama aku. Ayah aku hensem. Mak aku comel. Maka dapatlah anak yang hensem dan cute gitu.Whoaaa! :D











Mencari Teman Hidup Untuk Dibawa Ke Mesir



Bismillahirrahmanirrahim..

Seperti biasa aku akan memulakan entry aku dengan ucapan basmallah. Semoga mendapat keberkatan dan dirahmati. :)

Wowowow.. Satu lagi entry yang mempunyai tajuk yang mampu menimbulkan pelbagai impresi awal. Ya, aku memang suka bermain dengan tajuk entry aku. Walaupun kadang-kadang agak melampau,namun masih dalam skop perbincangan lagi. Teruskan membaca!

Dalam masa sebulan setengah dari sekarang aku akan melanjutkan pelajaran aku di mesir. Nun jauh di tengah padang pasir sana. Di kelilingi pak arab dan gadis arab. Ok, itu tak perlu diperkatakan.Haha.. Maka terdetik di lubuk hati aku:

"Perlukah aku mencari pasangan hidup yang baru? Suasana yang mencabar di negeri orang nanti mungkin menuntut aku mencari pasangan yang dapat membantu dan memberi sokongan yang padu kepada aku. Ya.. Aku rasa aku perlu mencari si dia itu!"

Lantas aku terus membuat status di Facebook aku dan beberapa fanpage kepunyaan aku untuk meminta pandangan dari sahabat-sahabat yang prihatin.



Ini handphone model kesayangan admin. Namun begitu, tidak lama lama lagi admin akan melanjutkan pelajaran ke Mesir. Maka admin ingin menukar handphone. Model apakah yang sangat sesuai untuk kegunaan admin sebagai seorang pelajar perubatan?


Mohon cadangan dari anda semua~



p/s: Admin dah ada iPad. Untuk ebook. Hehe

Yes, persoalan anda sudah terjawab! Teman hidup yang aku maksudkan ialah Handphone. Betul la kan? Berapa jam je dalam sehari korang tak bersetubuh(letak dalam poket) handphone korang. Betul tak? Dengan isteri yang halal pun tak sekerap ini. Whoaaa!

Jadi saya ingin menyusun sepuluh jari ini memohon anda semua memberi cadangan yang bernas lagi membina kepada aku. Wajarkah aku membeli smartphone? Ataupun aku teruskan hidup dengan pasangan hidup aku yang cukup tough dan lasak ini? (Jatuh tingkat 2 tak jadi pape)

Pandangan dan komen dari senior-senior yang sedang atau pernah belajar di Egypt amatlah di alu-alukan. :)

Ok, tukar topik!

Kalau dah rasa nak tukar pasangan hidup, maka aku perlulah bekerja keras untuk mencari dana bagi merealisasikan impian tersebut. Aku bukanlah anak bongsu yang manja dan mendapat apa sahaja apabila meminta. Aku seorang yang berdikari dan mampu berdiri sendiri menggunakan kudrat pemberian ilahi (cewaahhhh)

Maka aku pun semak baki duit dalam akaun Says.com aku. Alhamdulillahhhh.. Walaupun tak banyak, tetap membantu!


Jumlah simpanan itu meningkat hari demi hari. Dah cukup RM300 nanti nak cashout. Boleh la beli apa yang patut sebelum pergi ke Egypt ni. :)

Anda tidak tahu apakah itu Says.com?

Says.com ni tempat korang boleh buat duit secara online. Sambil online facebook atau twitter tu, korang share kempen yang ada kat says ni, korang boleh dapat duit dah. Sangat mudah. Nak tahu lebih lanjut, jom daftar dulu

Jom daftar kat sini --->> http://bitly.com/daftarahlisays

Tiba-tiba aku rasa macam jadi duta Says.com hari ni. Promote pasal dorang tanpa mengambil bayaran. Haha..

Sampai sini sahaja entry aku kali ini. Satu je aku minta, tolong beri pandangan tentang Pasangan Hidup aku ni. Urgent! :D




Mufti Perancis Kecek Kelate Sokmo!

Bismillahirrahmanirrahim..

Amaran! Saya akan merapu dan over acting pada entry kali ini. Berwaspadalah! Whoaaa! :D

Kebelakangan ini saya agak sibuk maka saya tidak sempat untuk update blog ini dengan pengisian-pengisian yang membangunkan jiwa pembaca(angkat bakul sendiri). Maaf saya ucapkan. Namun ada beberapa pihak yang menggesa dan mendesak saya untuk update, kata mereka rindu dengan penulisan saya? Erkk.. Maka muncullah entry baru ini. Selamat membaca! Haha..


Nampak gambar kat atas ni? Semua orang tahu kan gambar ni kat mana? Kalau tak tahu, sila muhasabah diri anda. Adakah anda manusia atau katak. Katak yang sedang bertapa di bawah tempurung. Hehe..

Paris bakal menjadi salah satu destinasi honeymoon saya selepas Haramain.(dah start dah~)

Ok kembali kepada tajuk entry ini. Saya nak share pasal talk yang saya dengar tempoh hari. Talk yang telah disampaikan oleh seorang jejaka yang saya kira cukup hebat. Ya, serius hebat dan saya teruja!

Beliau merupakan seorang Mufti di Tanta dan dalam masa yang sama juga merupakan seorang Mufti di Paris. Umur beliau jika tak salah saya ialah 34 tahun. Kalau dah kata mufti, memang hebat la kan? Lagi-lagi mufti di Mesir. Hebat! :')

Yang paling hebat, beliau fasih berbahasa melayu. Itu tak cukup mengujakan. Bahkan beliau sangat fasih berbahasa melayu dengan slang kelantan. Kecek kelate! Perghhh.. masa dia bagi talk, kami yang budak bukan dari kelantan ni ternganga jugak la. sebab tak faham. Haha..


Siapa lagi hensem? Haha.. abaikan quality gambar yang sangat buruk itu. Huhu..
Pengisian Sheikh :

1) Kita perlu ada pengkhususan dalam bidang masing-masing

Saya sangat tertarik dengan point ini memandangkan saya bakal menjadi doktor(insyaallah). Sheikh kata kita perlu pakar dan benar-benar pakar dalam bidang yang kita ceburi. Sebagai contoh apabila saya menjadi doktor, saya perlulah menjadi pakar dan menjadi sumber rujukan. Jika saya pakar sakit puan, maka jika ada apa-apa masalah tentang puan-puan sekalian,sayalah tempat rujukan puan-puan dan cik-cik sekalian. Whoaaa! :p

Jangan jadi doktor biasa sahaja. Ummah memerlukan pakar-pakar dalam setiap bidang. Suatu hari nanti jika kita memerlukan seorang pakar dalam bidang nuklear, kita boleh rujuk dari pakar kita yang merupakan seorang muslim. Ingat, bukan pakar atau raja dalam kampung sahaja, tetapi menjadi pakar yang menjadi tempat rujukan seluruh dunia!

Ini salah satu usaha dan strategy kita untuk membangunkan ummah dan menegakkan khilafah islam semula. :)

Pengisian saya:

Saya ada seorang sahabat. Dia merupakan antara orang-orang hebat yang saya kenal. Beliau merupakan anak kepada seorang pakar bedah Cardiothoracic di HUKM. Kalau tak silap saya ayah beliau juga merupakan pengarah HUKM. Tidak dinafikan darah hebat ayahnya mengalir subur dalam diri sahabat saya ini. Kami antara pelajar cemerlang SPM 2011 di MATRI dulu (nak angkat bakul sendiri jugak aku ni) Haha..

Nak dijadikan kisah...

Sejak kecil beliau ingin menjadi doktor pakar seperti ayahnya. Keputusan peperiksaan beliau sentiasa Tip Top. Memang dahsyat! Tak dinafikan. Huhu..

Setelah selesai SPM, beliau dilanda dilema. Beliau minat bidang perubatan namun dalam masa yang sama beliau juga minat untuk mendalami ilmu Fiqh. Maka beliau meminta khidmat nasihat dari ayahnya. Akhirnya ayahnya mengatakan bahawa:

"Pilih satu bidang dan jadilah pakar dalam bidang itu. Kita boleh nak jadi doktor dan pandai dalam bidang fiqh dalam satu masa yang sama tetapi akhirnya kita tidak mampu untuk menjadi pakar dalam kedua-dua bidang tersebut. Kita hanya biasa-biasa sahaja di dalam bidang fiqh dan perubatan ini. Pilih salah satu dan jadi pakar dalam bidang tersebut. Pakar sehingga menjadi tempat rujukan. Itu matlamat kita!"

Nak dipendekkan cerita, akhirnya sahabat saya ini memilih untuk mendalami bidang fiqh. Beliau ingin menjadi pakar dalam bidang ini. Ya, ummah khususnya Malaysia kekurangan pakar yang benar-benar pakar dalam bidang ini.  Saya mendoakan beliau sukses dan cemerlang. Insyaallah beliau juga akan menjadi azhariyun bersama saya di mesir kelak. :)

Jom layan video Sheikh ni cakap kelantan jap:


Ini zaman beliau masih muda. Saya percaya ramai yang pernah tengok video ini. Mari kita lihat video yang saya record hari tu. Video terbaru beliau. Maaf jika kualiti sangat teruk :

Klik SINI untuk melihat video. Maaf saya tak dapat upload. Huhu..

Sekian sahaja dari saya.

Fahmi: Ini kisah saya dengan Mufti France. Nantikan kisah saya dengan Aiman Azlan dan ramai lagi tokoh-tokoh hebat. Insyaallah saya akan kongsikan dengan anda semua. Semoga diberi kekuatan. :)
Ada satu kelainan dalam entry kali ini. Siapa perasan? Hehe..


Indahnya Ujian


[Repost] Selamat membaca hasil penulisan aku yang tak seberapa ini. :)

Pagi ini sungguh damai dan sedikit hangat. Mentari muncul membawa hangat yang membawa rahmat. Awan di langit tidaklah terlalu tebal tetapi hanya sekadarnya.
Angin penghujung musim sejuk terus membelai lembut pipi aku. Tidaklah terlalu sejuk jika nak dibandingkan dengan angin2 yang sudah menyapa tubuh aku sepanjang
musim sejuk tahun ini. Cuma pada hari ini nyaman angin itu sedikit istimewa dengan pancaran cahaya hangat dari sang mentari. Cahaya matahari itu menyapa sambil
membawa mesej kasih sayang dari penciptanya. Cukup selasa pagi ini. Kelihatan rahmat pagi ini turut juga dirasai oleh penduduk tempatan disini. Mereka sudah mula
menukar style pemakaian mereka. Dari elok seluruh tubuh dibalut kemas tanpa mendedahkan mana-mana bahagian terus kepada tersembul sana dan sini. Mungkin mata akan lebih selesa jika berada di musim sejuk berbanding musim lain. Apakan daya itulah kehidupan mereka yang berkulit putih berbahasa inggeris di sini.


Aku masih duduk di bangku yang bertentangan dengan kedai charity Porthwood. Mataku terus memerhati jalan yang kini mulai sibuk. Kadang-kadang melakukan rutin sebegini dinegara orang memang seronok kerana kita dapat belajar budaya orang tetapi kadang-kadang bahaya juga kerana tanpa diduga rindu pada tanah air turut akan menyerang.

"Bea, im already fed up with my work. baby rase nak berhijrah la. kita bina kehidupan yang lebih seronok. we start it again." aku merungut manja pada hubby kesayangan aku. Harap dia memahami keadaan aku. Stress sangat memandangkan keadaan suasana kerja aku sekarang yang memang teruk. Sudah hampir 5 tahun aku bekerja di sini namun masih tidak mendapat status tetap tapi terus menerus hidup dalam kepompong kontrak. Kontrak dan terus kontrak. Gelap masa depan dan tiada jaminan.vNak cakap aku ni tidak berkelayakan untuk mendapt jawatan tetap itu,aku sudah ada master. Mungkin inilah suratan hidupku yang sudah termaktub untuk aku terus tabah laluinya.

”Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to bella, happybirthday to you..” hampir hilang jantung aku luruh atas lantai porch hari tu. Mengikut penelitian aku selipar yang tersusun kemas di porch hanya ada satu iaitu bibik aku yang punya. Sekali masuk penuh satu rumah buat surprise kat aku. Memang tidak dijangka langsung. Rupa-rupanya hari ni birthday aku. Haru sungguh sampai hari lahir diri sendiri lupa. Inilah bahana kerja yang menggila kat pejabat sana. Kerja bertimbun macam apa je tapi status tetap masih tak bagi. Kejam.

”Bella, happy birthday. We always pray the best for you. Anything happen in our life ada hikmahnya. Kalau kita diuji dengan kesusahan mesti nanti ada sahaja kesenangan yang datang. He knows best. We always with you.” My abang kesayangan wish birthday kat aku dengan nasihat penguatnya. Dia menjadi salah satu sumber aspirasi dalam hidup aku. Walaupun kami pernah kehilangan kakak ipar pertama iaitu isterinya dalam satu kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu namun dia tempuhi dengan penuh tabah. Kuat sunguh abang aku ni. Aku baru diuji dengan ujian yang tidak seberapa ini pun sudah merungut macam ditimpa bala dahsyat. Bella oh bella.

Memang aku akui kehidupan aku sungguh warna warni. Aku mempunyai keluarga yang sangat bahagia. Tiada perkataan yang mampu untuk mengungkap dan mengangkat makna bahagia sebenar dalam keluarga aku. Setiap ujian yang datang terus mengikat dan merapatkan kami bersama. Wahai semua penduduk bumi, aku ada satu family yang wonderful and awesome. Selain itu aku ada seorang pendamping dan teman hidup yang sentiasa cheer up my life,my beloved hubby. Dialah yang bersama aku dalam apa-apa episode perjalanan hidup aku. My hubby comel, handsome, walaupun sedikit tembam tapi dialah yang paling hangat. Bak kata Taylor lautner kat Robet pattinson, ‘one thing u need to know is im hotter than you.” Itulah hubby aku,bukan setakat hotter tapi the hottest.haha..

Kebahagian inilah yang seringkali aku pertimbangkan. Sekiranya aku membuat penghijrahan ini,adakah aku akan hilang semua benda ini. Memang satu percaturan yang amat besar dalam perjalanan hidup aku ini.

“Bea, I dah tak tahan sangat, telinga ni dah panas sangat. Apatah lagi dengan hati ni bea. Sakit yang amat bila makcik-makcik kat luar sana sibuk dengan hal kita ini.” Aku sudah tidak tahan. Memang petang itu air mata aku mengalir laju deras menuruni pipi. Bukan buat kali pertama tetapi dah banyak kali, cuma pada hari ini amat-amatlah sakit.
Rasa macam nak lari ke ceruk-ceruk bumi ni dan bertapa. Lari dari dunia yang menyakitkan. Tengah hari tadi ada sedikit majlis di rumah aku dah ramai kawan-kawan mak aku hadir. Seperti biasa soalan yang menghantui aku adalah ‘bila kamu nak dapat anak ni ?’ Memang soalan nampaknya macam biasa tapi bagi aku ini memang satu penyiksaan jiwa dan raga. Kalau dah belum sampai masa dan rezeki nak buat macam mana. Pakailah teknologi macam mana pun memang tetap tak akan dapat anak. Faham ???!!

Ini lagi satu perkara yang menguatkan lagi tekad aku untuk berhijrah. Tiada siapa yang tahu tentang niat dan perancangan aku ini melainkan my hubby. Kami dah berbincang tentang perkara ini lama dahulu semenjak banyak masalah yang timbul ketika mengharungi kehidupan berumah tangga kami. Bukan masalah keretakan rumah tangga tapi masalah orang sekeliling yang menjadi masalah dalam hidup kami.

” Ya-Allah, engkau berilah kekuatan pada kami dan berilah petunjuk yang terbaik dalam mencari jalan keluar bagi semua masalah yang membelenggu hidup kami” Doa yang tidak pernah aku lupa bukan sahaja pada saat berteleku dalam telekung tetapi setiap masa. Kini aku sudah yakin dan bertekad untuk menyusun langkah aku ini dalam selangkah maju dalam episod kehidupan aku ni.

”Mama, kami dah bertekad akan berhijrah. Kami nak bina kehidupan baru kat sana. Mama redha kan?” My hubby dah membentangkan cadangan usul pada pagi itu dengan penuh yakin dan baik. Memang ada gaya seorang perdana menteri yang berjaya membentangkan usul di parlimen. Usul kita pada pagi ini ialah:
’KAMI PERLU BERHIJRAH KE UNITED KINGDOM’

Setelah beberapa lama berbincang dengan mama, mama hampir setuju tetapi agak keberatan untuk melepaskan kami. Maka sidang pada hari itu terus ditangguhkan dan akan dibincangkan dengan lebih serius dengan kehadiran seluruh ahli parlimen.

Aku sebenarnya amat berat untuk membuat keputusan ini memandangkan akan meninggalkan mama. Mama baru sahaja kehilangan abah dua tahun lepas dan sekarang mama bakal kehilangan kami. Bukan kehilangan abadi tetapi kehilangan sementara sahaja. Abah pergi meninggalkan kami apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya. Abang long iaitu abang ipar pertama aku turut terkorban bersama. Inilah antara perkara yang aku pertimbangkan. Emosi mama yang aku titik beratkan. Aku takuti pemergian aku ini akan memburukkan lagi keadaan mama.

” Jaga diri kamu elok-elok kat negara orang nanti.”

” Islam tetap pegangan utama dalam kehidupan.”

” Kakak selalu-selalulah telefon kami kat sini tau.”

” Baiklah semua, insyaallah bella tak akan lupa semua pesanan ni. Yang penting ialah doa dari korang semua.” Aku terus mengucup lembut dahi mama. Semoga pemergian aku ni penuh keberkatan dan diiringi keredhaan ibu tercinta.

Malam tu KLIA banjir. Kesian kat makcik yang mop lantai kena buat extra kerja. Adegan-adegan sedih pun berlaku dimana kaum hawa menangis berpeluk-pelukan manakala seperti biasa kaum adam akan senyum dan gelak-gelak perli. Yang penting malam itu merupakan antara episod paling bermakna dan tidak akan dilupakan dalam sejarah hidup aku. Satu lembaran baru sejarah tercipta. Satu langkah perubahan dicipta.

Kesilapan pertama yang kami lakukan ialah salah merancang perjalanan. Memang agak gila kerana pertama kali kami meninggalkan tanah air yang berada pada kebiasaan suhu khatulistiwa terus pergi ke negara orang putih pada kemuncak musim sejuk. Keluar sahaja pintu airport Heatrow, beku. Mana tangan dan mana kaki pun dah tak tahu kerana semuanya sudah beku. Dari suhu malaysia lingkungan 30 terus pergi ke -10. memang terkejut besar badan. Itu semua adalah pengalaman. Aku seronok kerana dari pengalaman seperti itulah aku banyak belajar dan terus membesar.

Kini sudah masuk tahun yang ketiga aku berada di negara orang putih ni. My hubby sudah hampir habis menulis tesis untuk PHD dia. Aku pula akan memulakan kelas untuk PHd aku bulan hadapan. Aku sudah serasi dengan kehidupan aku di bumi british ini. Mungkin kerana orang pertama yang menyambut kelahiran aku ke dunia ini ialah orang putih juga maka aku serasi dengan bumi mereka. Sebenarnya hijrah aku ini bukan hijrah yang biasa. Kami klasifikasikan hijrah ini sebagai kembali ke tanah kelahiran. Aku dan my hubby dilahirkan di tanah yang sama Cuma berlainan kawasan. Dia di Manchester manakala aku di London.

Kami lebih bahagia hidup di sini berbanding di malaysia. Namun perasaan rindu pada tanah air tetap tak dapat ditepis terus. Aku tetap rindukan tanah air terutama keluarga aku.

Pagi itu pagi bersejarah. Aku telah dimaklumkan bahawa aku sedang hamil 3 bulan. Gosh!! Aku sujud kesyukuran. Menitiskan air mata kegembiraan. Rupanya selama ini aku muntah-muntah loya adalah kerana aku sedang hamil. Memang rezeki datang melimpah di bumi orang ini. Aku tetap bersyukur dan tidak akan ku lupa untuk bersyukur pada-Nya.

Berita ini disambut hangat oleh keluarga aku di Malaysia. Mereka amat gembira apabila mengetahui aku sedang hamil. Salah satu impian dalam kehidupan rumah tangga aku bakal tercapai. Siapa yang tidak mahu hidup bahagia bersama keluarga. Bersantai di taman sambil anak-anak bermain gembira di halaman rumah. Oh, itu satu nikmat dunia yang indah. Gambaran itu sudah bermain-main di fikiran aku. Bahagianya aku.


Aku kini sudah berpindah rumah kerana ingin mencari rumah yang lebih besar memandangkan bilangan ahli keluarga kami akan bertambah. Satu bilik sederhana besar sudah siap terisi dengan perabut yang serba ringkas untuk menyambut ahli baru telah kami sediakan. My little angel yang dinanti-nantikan.

”Bea, kita nak bagi nama apa kat anak kita nanti?” Aku membuka bicara manja besama suami aku petang itu. Kami dimaklumkan kami bakal mendapat anak perempuan.”Bea nak bagi nama Aisya la. Sempena nama isteri rasullullah. Bea suka sangat dengan nama ni.” My hubby tersenyum sambil memberi cadangan itu. Memang my hubby happy sangat- sangat bila dapat berita ini. Kenapa? Dia gembira sebab aku gembira. Sweet hubby.

Hari ini aku kena pergi hospital untuk temu janji yang ke sekian kalinya. Minggu ini genap kandungan aku berusia enam bulan. Memang dah rasa pergerakan yang aktif dalam perut ni. Nak kata sepak terajang tidak juga sebab dia perempuan. Tak ayu lah kalau perempuan sepak terajang kan. Barangkali sedang main masak2 kot tapi masak2 versi extreme. Aku tersenyum bahagia setiap kali merasai pergerakannya walaupun kadangkala sakit.

My hubby sudah tidak terkata. Walaupun perit menerima tetapi masih maintain muka macho dia. Lelaki memang susah nak tunjuk muka sedih. Berita pagi tadi umpama musibah sebesar gunung yang jatuh menghimpap kami. Mungkin bukan gunung tapi planet zuhal dengan bulan-bulan dia sekali landing jatuh atas kami. Keadaan aku tidak perlu digambarkan lagi. Rebah pitam tatkala mendengar berita itu. Apabila sedar sahaja aku terus menangis tanpa henti. Aku hampir tidak dapat terima hakikat ini.

”Ya-Allah, sebegini sekali berat ujian engkau berikan pada kami. Kuatkanlah kami kerana kami takuti kami tidak mampu melalui ujian sebegini rupa.” Walau sebesar mana ujian dan musibah namun pertimbangan akal masih lagi tidak hilang. Yang pertama akan aku pergi mengadu ialah kepada Dia.

Aku kira cukup dengan ujian demi ujian yang aku terima di Malaysia dulu. Rupa-rupanya masih ada lagi ujian yang lebih berat yang perlu aku tempuhi. Anak dalam kandungan aku mempunyai masalah yang agak kritikal. Bukan masalah pada fizikal kerana berdasarkan pada ultra sound scan yang kami buat, nurse tu cakap anak kami lengkap fizikal dan cantik.Alhamdulillah. Masalah sekarang adalah masalah organ dalaman. Bukan masalah jantung berbentuk petak tetapi masalah susunan organ dalaman. Nama spesifiknya ialah Diaphragmatic Hernia.

Diaphragma anak aku mengalami sedikit masalah iaitu terdapat sedikit kebocoran atau terdapat lubang pada dinding diaphragma dia. Bahagian perut telah menceroboh bahagian paru-paru dan jantung maka posisi organ dalaman dia sekarang ialah jantung ke kanan dan perut menghimpit paru-paru sehingga mengganggu pekembangan normal organ dalaman anak aku. Memang kedengaran amat sukar dipercayai tetapi itulah ujian yang aku terima kala ini.

Aku lari ke negara orang ini kerana aku tidak tahan dengan mulut-mulut orang sekeliling aku yang menyoal tentang zuriat aku. Aku sudah tunggu hampir lima tahun untuk mendapat zuriat. Bella inginkan zuriat!! Jerit memberontak hati nurani ini. Kini aku hamil tetapi dengan ujian yang lebih berat. Aku terima semua ini kerana aku beriman bahawa apa yang terjadi tetap ada hikmahnya dan berkesudahan yang baik.
Anak aku perlu melalui pembedahan yang amat rumit apabila dia lahir ke dunia nanti. Susunan organ dalaman dia perlu diperbetulkan supaya organ-organ tersebut dapat berfungsi dengan normal. Maka hari yang di nanti-nantikan tiba iaitu hari aku akan bersalin.

” Bea, doakan untuk I dan baby kita, doakan apa yang terbaik untuk kita. Kalau kita tak ada rezeki maka kita tetap perlu redha dengan ketentuan-Nya. Maafkan I dan I love u hubby” Aku terus dibawa masuk ke emergency room di hospital Royal South Hampshire. Detik menunggu kelahiran terus dilalui dengan cemas.

Aku bangkit dari bangku dan terus berjalan sepanjang pekan porthwood itu. Sambil menghirup udara aku mengenang kembali kenangan-kenangan dalam kehidupan. Aku singgah sebentar di bank yang terletak bersebelahan dengan kedai bunga. Bank itu terletak di hujung simpang yang menuju ke rumah aku. Aku keluarkan sedikit wang untuk membeli bahan-bahan untuk aku masak tengah hari ini.

Kepulangan aku disambut oleh Aisya, Adam dan Sara. Aku kini sudah mempunyai tiga orang anak. Setiap kesusahan ada pengakhiran yang baik. Aku cukup yakin dengan itu. Pengalaman yang telah mengajar aku. Memang hidup ini tidak lari dari ujian dan musibah tetapi itulah hakikat kehidupan. Kita hidup untuk diuji.

Pembedahan yang dijalankan untuk menyelamatkan Aisya lima tahun lalu amatlah rumit dan memakan kos yang tinggi. Sekiranya pembedahan itu dijalankan di Malaysia, anggaran kosnya ialah sekitar 500 ribu ringgit malaysia. Percaturan tuhan itu amatlah cantik. Aku mendapat layanan istimewa malahan tiada kos yang perlu aku bayar di negara orang putih ini. Aku lahir di sini dan aku mendapat kerakyatan British. Segala kos pembedahan dan pemantauan pakar tidak perlu aku tanggung tetapi kerajaan yang tanggung.

Allah beri ujian pada aku dalam masa yang sama ada rahmat di sebalik ujian itu. Pembedahan tersebut berjalan dengan jayanya dan puteri aku selamat. Kini kehidupan aku terus berjalan seperti biasa cuma kami sekarang kalau nak makan tengah hari, kami perlukan meja yang besar kerana kami perlukan tempat duduk untuk lima orang. Aku, my hubby, Aisya, Adam dan Sara. Tamat. 

Kenapa Aku Benci Perkenalan Dan Pertemuan


Bismillahirrahmanirrahim...

(Entry ini ditulis pada 1.22 am 7 Ogos 2012)


Sila pasang lagu ini sambil membaca entry ini.

Pertemuan Kita Di Suatu Hari

Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci



Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua



Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu



Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini



"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan"



Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu



Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu



Semoga Tuhan Berkatimu

Malam-malam macam ni memang biasanya emosi-emosi kuat bermain dan berkeliaran di dalam diri aku. Waktu malam macam ni la aku nak rindu seseorang. Waktu malam macam ni la aku nak sedih atas sesuatu perkara. Waktu malam yang sunyi macam ni la aku nak gembira akan sesuatu pencapaian. Impak perasaan itu berkali ganda saat malam-malam sebegini. Impak Maksima!!!

Setelah hampir 7 minggu hidup bersama di program premedik yang bertempat di upm ni, akhirnya kami akan berpisah tidak lama lagi. Kami hidup dalam satu keluarga yang besar. Ada abang,ada kakak, ada adik, ada ayah dan kami semua satu keluarga!












Yeaaahhhh.. inilah kami. Satu group yang sangat happening. Kalau berkumpul,memang huru hara. Sangat-sangat rapat! Kami bukan rapat sekadar untuk bersuka ria. Kami bersama-sama dalam pelajaran. Kami bantu saling membantu. Ada yang lemah,kami hulurkan tangan dan bimbing agar dapat berjaya bersama-sama. Ada yang salah, akan ada pihak yang akan menegur. Sebagai contoh macam semalam,ada yang tegur aku sebab asyik cakap pasal kahwin je. tq ye. hehe :)

Namun...

Premedik akan tamat dalam beberapa hari sahaja lagi. Kami akan berpisah. Ya,kami akan berpisah. Tidak ada lagi susasana kelas dimana kami dapat bersama meluangkan masa. Akan ada antara kami akan ke Mansoura University, ada juga yang akan ke Azhar University dan macam-macam lagi seperti Alexandria dan Tanta. Kami akan berpisah. Masing-masing akan terus dengan haluan pilihan masing-masing.

Aku sedih. Haha.. Ya.. Aku mengaku aku sedih. Aku bab sahabat dan keluarga ni agak sensatif. Murah je air mata aku ni nak keluar kalau ada apa-apa peristiwa yang tak indah berlaku dalam keluarga atau sahabat. Ohhh.. jatuh kemachoan aku di situ. :p

"Setiap pertemuan akan ada perpisahan."

Aku pernah cakap kat sorang ni yang aku sedih sebab dah nak berpisah. Tapi dia nasihat aku dengan satu hadis.

Mafhumnya lebih kurang begini:


"Antara yang mendapat naungan arasy Allah di padang mahsyar nanti ialah dua orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah"

Yeaaahhh.. Itu yang aku mahukan. Itu yang kami mahukan. Seronok-seronok jugak. Makan sama-sama. Main CS sama-sama. Belajar sama-sama. Semua sama-sama selama 6 minggu ini. Tapi yang paling best dan indah jika satu hari nanti kami akan masuk syurga bersama-sama. So Sweet.. Nanti kita boleh iftar sama-sama kenny rogers versi syurga firdaus sama-sama kat dalam syurga. Whoaaa! :D

So pesanan terakhir untuk sahabat-sahabat aku sekalian..

"Dunia ini hanya persinggahan. Ayuh kita mengejar Akhirat yang kekal abadi. Kita jadikan Dunia ini jambatan untuk ke syuga sana. Semoga persahabatan kita kekal dunia akhirat. Jangan kita kekurangan ahli ketika reunion di syurga nanti kerana ada antara kita sedang siksa diazab di dalam neraka. Mari kita bergandingan bahu,mengejar cita-cita dunia akhirat kita bersama-sama. Ukhwah till Jannah. :)"

Fahmi : Aku selaku ketua premedik(perasan) menganugerahkan anugerah "Kumpulan Paling Bahagia" kepada kumpulan aku sendiri. wahaha.. Semoga ummi baca entry ini. :p

Sekian dari saya. Pen off. :)

(Tips) Bagaimana Ingin Menjadi Usahawan Berjaya





Tip-tip Usahawan Kecil |Selamat datang ke blog Mindafahmi.com. Selamat membaca saya ucapkan kepada para pembaca blog ini. Saya percaya anda semua merupakan insan yang hebat. Walaupun anda masih lagi tidak hebat tetapi percayalah suatu hari nanti anda akan menjadi hebat kerana anda ada keinginan untuk menjadi hebat! Kenapa saya katakan anda ada keinginan untuk menjadi hebat? Kerana anda tertarik dengan tajuk artikel hari ini. TAHNIAH! :D

Ok,muqaddimah yang bunyinya agak keterlaluan. Dah macam motivator aku rasa. Haha.. Tapi tetap ada kebenaran di setiap bait perkataan di atas. Betul tak? :)

Semalam ada orang cakap kat aku:

"Fahmi, kau nak pergi mesir nanti kau nak kahwin ke nak belajar? Kalau kau nak kahwin,kahwin je kau dapat. Kau tak akan dapat pelajaran. So kau kena niat nak pergi mesir untuk belajar so baru kau akan dapat pelajaran yang kau nak tu."

Aku jawab simple je:

"Aku nak pergi mesir untuk belajar dan untuk kahwin." Whoaaaa!! :p

Jadilah Manusia Yang Berjiwa Besar

Hidup ini singkat. Kalau korang tidak menggunakannya dengan semaksima dan optima mungkin maka pada pengakhiran nanti korang akan terduduk dan berfikir. "Apa yang aku dah capai dalam hidup ini?"

"Anda tidak memerlukan jiwa yang besar untuk menjadi manusia biasa"

Ini kitaran hidup manusia biasa:

1) Lahir ke dunia
2) Masuk tadika dan habis sekolah menengah
3) Masuk university dan hidup mulai sibuk dengan tugasan belajar
4) Grade dari university dan mula mencari kerja
5) Kahwin dan mendapat anak
6) Kerja, kerja, kerja untuk membeli pampers anak.(dan isteri. Opppss..)
7) Hidup sudah selesa dan stabil.
8) Aktiviti hidup ketika berusia 30-an berulang sehingga pencen
9) Tunggu mati dan akhirnya mati.

Maaf.. Aku tidak mahu menjadi manusia biasa macam ni.


Mari Mencontohi Sultan Muhammad Al Fateh

Suka untuk aku kehadapankan di sini satu figura yang cukup hebat. Ini manusia luar biasa. Ini bukan manusia biasa. Ini manusia yang mempunyai jiwa yang besar! 

Al Fateh telah berjaya membuka kota Constantinople ketika beliau berusia 21 tahun. Whaattt? 21 tahun dah mampu menjatuhkan empayar Byzantine!!

Kau yang tengah baca artikel blog ni apa yang korang dah mampu capai semuda 21 tahun? Boxer atau panties korang tu pun beli pakai duit mak ayah lagi. Kalau tak pakai duit mak ayah pun, pakai duit PTPTN. Kalau maju sikit, pakai duit duit biasiswa. Boxer dan panties pun tak lepas, empayar jangan nak sembang la. Please admit it. :)

Agak-agak zaman remaja Sultan Muhammad Al Fatih, dia ni remaja jenis macam mana? Pergi sekolah hanya untuk belajar dan dan cemerlang dalam SPM ketika zamannya? 

Mesti macam-macam perkara yang dia buat ketika zaman remaja. Bukan sekadar pergi ke sekolah dan berniat untuk belajar dan cemerlang dalam pelajaran semata-mata. Ada banyak lagi agenda dan perancangan yang bermain-main di dalam kepala baginda. 

Ehhhh.. Wahai Sultan Muhammad Al fatih, pergi sekola niat nak belajar je tauu!! Jangan fikir benda lain. Nanti tak dapat pelajaran tu. Jangan nak fikir ,berangan menjadi seorang panglima tentera terbaik di dalam sejarah manusia (janji Rasulullah) nanti takut kau tak dapat cemerlang dalam pelajaran tu.

Rileks je Al Fatih jawab :

"Aku nak menjadi pelajar cemerlang di sekolah aku dan aku juga nak jadi Panglima tentera yang terbaik dalam sejarah manusia sepertimana yang telah dikatakan oleh bagina Rasulullah. Aku berjiwa besar! :D"

So nampak permainannya? Haha..

" Jadilah saudagar niat. Satu niat tidak tercapai, berjuta lagi niat yang telah engkau pasangkan"

Pemergian aku ke Mesir bukan sekadar perjalanan seorang pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Tetapi satu perjalanan untuk berusaha meletakkan diri pada maqam yang lebih tinggi di sisi Allah 'azzawajalla. Besar kan cita-cita ini? :)

Insyaallah pelajaran yang merupakan sedikit sahaja dari agenda hidup itu dapat digenggam apabila agenda yang lebih besar di kehadapankan. Percayalah!


Terapkan sahaja jiwa besar ini di dalam apa-apa bidang perniagaan yang anda ceburi. Letakkan satu wawasan yang luas serta cita-cita yang tinggi didalam syarikat dan organisasi anda. Sila buka pintu minda anda seluas-luasnya dan nantikan berjuta-juta idea akan terbang masuk ke dalam diri anda! :D

Jangan lupa terapkan nilai ini kedalam setiap diri ahli organisasi anda(jika ada) jika tidak ada, cukup anda sahaja terlebih dahulu mempunyai nilai ini.

Bukan Angan-angan Mat Jenin

Yeaahhhh.. itu sudah menjadi kepastian. Cita-cita dan wawasan anda tidak akan membuahkan hasil sekiranya tidak disusuli dengan perancangan dan usaha yang mantap. Maka berusahalah! 

Salah satu cita-cita aku sebelum aku fly ialah, aku nak ada pendapatan sebanyak 4 angka setiap bulan dan Alhamdulillah aku berjaya lakukannya. Cabaran sekarang ialah aku nak maintain pendapatan itu sambil aku berjaya dalam pelajaran aku di Mesir sana. Bagaimana? Sedang menyusun strategy...

Fahmi : Semoga anda mendapat manfaat. Maaf jika ada yang tersinggung. Cuma ingin kongsikan apa yang terbuku di hati.  ;) Ada beberapa elemen tambahan yang aku gaulkan bersama didalam artikel kali ini untuk menjadikannya lebih menarik dan mudah difahami.

Sila like atau share artikel Tip-tip Usahawan Kecil ini di Facebook jika anda rasakannya bermanfaat. :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...