Memberi Dengan Kasih Sayang


Maaf kerana sudah lama tidak mengemas kini blog ini. Mungkin kerana kesibukan yang menghimpit masa. Memang,sungguh tanggungjwab dan kerja itu melebihi waktu.Huhu..Satu perkara yang anda mungkin sedar atau tidak,tetapi saya sedar. Bahasa penulisan saya kini sudah tidak seperti dulu lagi. Tiada lagi gila-gila. Maaf jika tulisan sebegini agak membosankan.:)

"Aku tak boleh la fahmi. Aku penat sangat kerja macam ni. Stress gila!"


"Kenapa pulak kau nak stress ni? Aku kerja rileks je. Enjoy siap walaupun penat nak pengsan.huhu.."

Dialog ni masih segar di minda aku, minda fahmi. Bahkan sangat menyentuh hati aku. Seorang sahabat di tempat kerja aku datang mengadu kepada aku. Dia sudah tidak tahan dengan kerja ini. Mengajar dan mendidik anak-anak sekolah rendah. PENAT! Perangai budak-budak sangat nakal. Sekejap muncul Ultraman, sekejap lagi pula muncul Power Rangers. Kita si cikgu ini sewajarnya  ingin muncul sebagai apa pula?

"Kenapa kau tak tahan sampai teruk macam ni? Tak enjoy ke dapat tengok budak-budak? Allah bagi kita peluang untuk mendidik pemimpin masa hadapan ni. Bukan semua dapat peluang ini"


"Masalahnya, aku susah nak ikhlas la jaga budak-budak ni. Perangai macam apa tah.Arghhh..Tension!"

Aku terkedu sekali lagi. Tak ikhlas pulak Ustaz kita seorang ni. Mula-mula tension stress. Sekarang aku dah semakin menjumpai punca masalah dia ini. Semakin mendalam aku cuba mendekati. Apa masalah dia sebenarnya. Tak ikhlas ye ustaz?

"Kau kena la ikhlas. Kau tengah buat benda besar ni. Tengah didik anak-anak. Anggap la ni anak-anak sendiri. Tak sayang diorang ke?"


"Masalahnya lagi..Budak-budak ni bukan anak aku. Macam mana aku nak ikhlas. Kalau betul-betul anak aku, ada la rasa ikhlas tu sebab anak sendiri. Aku tak boleh la fahmi..."

Kali ini memang betul-betul aku terkejut. Aku hilang kata-kata buat seketika. Memang terkejut,sedih,kecewa dan macam-macam lagi perasaan yang datang. Kenapa sampai tahap macam tu? Apa matlamat hidup kau? Apa tujuan kau nak mengajar sebenarnya? Jangan kau tidak tahu kerja ini sangat mulia!!

Baru aku sedar satu perbezaan antara aku dan dia...

Aku memberi dengan penuh rasa kasih akan anak-anak itu. Aku ingin melihat mereka membesar dengan kefahaman islam yang betul. Aku ingin melihat mereka tersenyum gembira apabila belajar tentang agama sendiri. Aku ingin melihat mereka semakin hari semakin semangat untuk hidup dengan Islam. Aku ingin melihat mereka menjadi anak-anak yang berguna!

Sungguh, mereka motivasi terbesar bagi aku untuk terus hadir ke sekolah pada keesokan harinya. Senyum mereka. Ketawa mereka. Tangis mereka. Rengek manja mereka. Sentuhan mereka. Segala-galanya tentang mereka. Mereka tidak punya dosa. Siapa sahaja yang memandang dengan pandangan yang bersih maka pasti sejuk hatinya.

Aku berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menunjukkan rasa kasih dan sayang aku kepada mereka. Tidak kira mereka anak siapa. Ibu dia siapa. Ayah dia siapa. Mereka semua sama. Mereka semua ialah anak aku. Siapa yang tidak mahu memberi yang terbaik untuk anak mereka sendiri bukan? Maka belajarlah memberi dengan penuh kasih dan sayang, nescaya engkau akan bahagia.

Jam 4.10 tamat sesi persekolahan. Aku terus bergegas ke bangunan sebelah. Buka sahaja pintu itu terus aku terpandang kepada sekumpulan anak-anak yang masih suci dari kekotoran. Aku mencari ketenangan disitu. Aku melepaskan penat lelah aku disitu. Aku luangkan masa 20-30 minit bersama mereka. Menyanyi bersama mereka. Membaca buku bersama mereka. Lap hingus, suap makan. Ternyata,terapi ini merupakan antara terapi yang paling berkesan.


Aku cuba luahkan rasa sayang aku kepada mereka dengan cara apa pun. Asalkan mereka tersenyum gembira itu sudah melapangkan dada aku. Memberilah dengan penuh kasih dan sayang. Nescaya kau akan bahagia. Aku jamin! :)

Macam pernah dengar kan ungkapan 'memberi dengan kasih sayang'? Aku dapat ungkapan ni selepas aku baca salah sebuah buku tulisan Ustaz Hasrizal. Kebetulan pula Saiful Islam(Yop) dan Naurah bersekolah di sekolah tempat saya mengajar. Betul kata Ustaz! Memberi dengan kasih sayang.:)

Bagi aku,mengajar antara medan memberi yang besar dalam hidup ini.Kerana itu aku begitu teruja untuk terjun sebentar ke dalam medan ini. Aku ingin merasai nikmat memberi itu. Lagi-lagi memberi dengan kasih dan sayang yang mendalam kepada penerima. Lazat rasanya. Percayalah!

Namun jika kasih dan sayang itu tidak ada, nescaya azab yang akan kau rasai. Segalanya engkau rasakan beban yang menghimpit hidup engkau. Setiap langkah dan kata yang ingin digunakan dalam mendidik dan memberi ilmu kepada mereka sangat terpaksa rasanya. Ohhh..itu satu azab!

Sekarang, pilhan ditangan anda. Inginkan bahagia atau terseksa? Hanya satu sahaja perkara yang memisahkan antara dua perkara yang besar bezanya ini. Antara ada kasih dan sayang itu atau pun tidak ada. Maka,selitkanlah rasa kasih dan sayang itu dalam apa jua perkara yang ingin engkau lakukan. Memberilah dengan penuh kasih. Dengan penuh sayang kepada penerima itu.

"Memberilah dengan kasih dan sayang,nescaya engkau akan bahagia. Jikau tidak ada kasih dan sayang itu,kelak engkau akan terseksa"

Fahmi: Ustaz Hasrizal kata rumahtangga ialah medan memberi yang paling mulia.Betul ke? Nak terjun dalam medan tu pula la.:p

Comments
5 Comments

5 comments:

  1. untung sebab berpeluang mengajar, dan memiliki anak murid. Bila kita mengajar sebenarnya secara tanpa sedar kita mendapat kepuasan yang susah untuk di gambarkan dengan kata-kata. Soal penulisan, al maklumlah orang nak masuk alam puluhan mmg skem skem sikit. haha. btw, itu adalah realiti kehidupan :). wallahualam.

    ReplyDelete
  2. wah, tahniah. Ruang masa yang ada ni jangan di sia-siakan.. memang untung kalo guna betul2. cayo la ustaz

    ReplyDelete
  3. wahhh tersentuh syabb bace ni... tanggungjawab beso n xde benda yg mudah hidup ni kekdang Allah bg beban sbb Allah tau kita mampu memikulnya...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...