Seorang Ibu Mati Ditembak Anak

Dia dilahirkan dalam satu keluarga yang cukup bahagia. Dia ada ibu yang sangat penyayang dan sentiasa mengambil berat tentang diri dia. Ayahnya pula bekerja siang dan malam demi menyara keluarga dia. Semua orang sayangkan dia. Semua orang sentiasa cuba mendampingi dia dan juga sentiasa ingin memberi perlindungan kepada dia..Tapi...

Dia tidak bersyukur dengan anugerah tuhan yang dia perolehi ini....

"Kau pekak ke ha? dah berapa kali aku cakap jangan kejut aku pagi-pagi buta macam ni. nanti aku solat la. tut laaa..."

"Kau ketepi lah..aku boleh buat benda ni sendiri.." ibu dia yang datang untuk menolong dia yang sedang cedera teruk di bahagian kaki terus dia tolak dengan kasar. Terduduk ibu bila diperlakukan sebegitu.

"Aku nak bagi last warning kat kau, kau jangan nak masuk campur hal aku, aku nak keluar malam balik pagi ke, aku nak bawak perempuan balik rumah ke, suka hatilah..kalau kau nak rasa benda ni lagi cuba lah ya halang aku lagi ..." Paangg!! satu penampar dari tangan yang cukup kasar dan besar melayang ke pipi si ibu. Menangis teresak-esak si ibu. Apa nak jadi dengan anak aku ni...

Dia bukan tidak tahu yang si tua itulah yang membesarkan dia dalam pelukan penuh kasih sayang.

Bukan dia tidak tahu bahawa si perempuan yang rambutnya kian memutih itu lah yang memberi dia makan dari sekecil-kecil tapak tangan sehingga dia sebesar bapa orang sekarang..

Bukan dia tidak tahu saat dia terlantar sakit, wanita itu lah yang berjaga malam demi memantau perkembangan kesihatan dia..

Dan bukan dia tidak tahu yang si ibu itulah yang melahirkan dia kedunia ini. setelah sembilan bulan sepuluh hari mengusung dia kesana kemari..

kenapa si ibu memberi kasih dan sayang tetapi dia balas dengan memberikan benci dan nestapa??

Kenapa si ibu memberi madu tetapi dia balas dengan racun tikus??

Kenapa si ibu memberi bunga tetapi dia mengangkat M-16 lantas terus melepaskan tembakan yang tidak berperikemanusiaan kepada si ibu itu??

Apakah manusia seperti ini masih lagi layak untuk digelar manusia? Anak jenis apakah ini? Tidak reti menghargai kurniaan tuhan apabila dianugerahi seorang ibu yang baik bahkan sebuah keluarga yang bahagia....

Dunia terus berputar mengikut paksinya. kali ini pandangan corong teropong jatuh pula kepada seorang remaja di sebuah daerah yang bernama XY...

" Apa masalah kau ni ha? jangan kacau hidup aku lagi boleh tak?"

"Jangan nak bajet caring kat sini ok, aku tak perlukan kau.."

Setelah beberapa kali dia didatangi oleh seorang perempuan yang dia sendiri tidak tahu dari mana asal usul, yang seringkali menawarkan pertolongan kepada dia, dia sudah mula rasa resah. Dia tidak suka hidupnya diganggu oleh wanita itu..

"Aku dah bagi berjuta-juta kali amaran kepada kau. apahal kau masih nak ganggu hidup aku ha?" perempuan itu diterajang. dia sudah tidak tahan. maaflah makcik, saya tidak suka makcik nak campur hal kehidupan saya macam ini.

Walaupun ketika dia sakit, perempuan itulah yang cuba mendekati dia dan cuba untuk memberi rawatan kepada dia tetapi dia tetap tidak mengiktiraf kehadiran perempuan itu.

Mungkin kerana dia menganggap perempuan itu asing. Dia tidak kenal siapa perempuan itu. Mungkin kerana itulah dia berasa kurang selesa dengan kehadiran perempuan itu.

Namun satu hakikat disebalik peristiwa-peristiwa itu masih belum dia ketahui. Dia tidak tahu bahawa wanita itu merupakan ibu kandung dia...

Assalamualaikum semua pembaca sekalian...

Aku nak tanya korang semua, budak yang pertama atau yang kedua lebih jahat?

Si A tahu bahawa yang perempuan itu ialah ibu dia. dia tahu siapa perempuan itu tetapi dia tidak mahu menerima dan menghargai perempuan itu.

Manakala Si B pula tidak tahu siapa perempuan yang tiba-tiba datang kat dia dan bajet caring pasal hal ehwal kehidupan dia. Maka atas ketidak selesaan itu, dia pun kurang ajar dengan minah tu..

aku nak tulis pasal kisah ni pun sebenarnya sayu je aku rasa. Ada ke anak-anak yang jenis macam ni? aku harap sangat-sangat kita semua tidak jadi manusia yang berperangai seperti binatang macam ni. Binatang pun reti sayang mak oiii...

sebenarnya aku nak cakap pasal menghargai kurniaan tuhan je. ini sebagai peringatan kepada mereka-mereka yang beragama islam termasuk jugak diri aku. kita semua ada agama dalam diri. Kita semua kenal dengan agama kita iaitu islam. Agama kita itu indah, umpama seorang ibu yang ingin memberi perlindungan kepada anaknya..

Kalau kita kenal agama kita dan kita sedar kita ni beragama tapi masih bertindak seperti orang yang tidak beragama maka kita dah seperti Si A yang kenal dan tahu itu ibu dia tetapi dia kurang ajar dengan ibu dia.KEJAM!!

Kalau yang tergolong dalam golongan Si B maka saya nasihatkan untuk sama-sama kita mengkaji siapakah perempuan itu, perempuan itu adalah islam. Jika kita tahu islam maka kita akan menghargainya. Jangan lah jadi seperti Si A yang dah ada islam tapi tidak pandai menghargai. Nerakalah pengakhirannya....
ini mungkin pendapat aku dan buat peringatan buat diri aku je kalau ada yang tidak bersetuju maaflah ye..dan kalau ada yang terasa bagus lah ye..hehehe..=)

Fahmi: Aku sangat busy sekrang. Sebab tu aku tak sempat nak update blog.Ni aku copy dari blog lama aku. Siapa yang tak bacaa lagi,selamat membaca. Siapa yang sudah baca,ini peringatan kedua.:)

Hukum Wish Merry Christmas


Apa hukum wish Merry Christmas?

We wish you a Merry Christmas?

Sekadar perkongsian.:) 

 Updated!

Soalan: Dr MAZA, kita negara yang berbilang agama. Ramai yang mempunyai kawan pejabat, jiran dan lain-lain yang bukan muslim. Apabila tiba hari raya kita mereka mengucapkan selamat hariraya. Masalahnya, apabila tiba giliran hari raya agama mereka pulak, kita rasa macam serba salah. Bolehkah seorang muslim berikan ucapan selamat hari raya agama lain. Saya takut rosak akidah, tapi ramai pemimpin dan kawan-kawan muslim yang lain ucapkan. Saya pun risau juga kawan-kawan bukan muslim kecil hati, tapi saya pun nak jaga akidah saya. Bolehkah Dr Asri berikan pandangan?

 Untuk mengetahui jawapan lanjut sila rujuk Sini

Question: Dear scholars, as-salamu `alaykum. Would you please shed light on the ruling of congratulating non-Muslims on their festive occasions. Please explain this issue in detail, such as congratulating them for their different festivities including national ones as well as exchanging gifts. Jazakum Allah khayran. 

Ini jawapan dari European Council for Fatwa and Research.

 Untuk bacaan lanjut sila rujuk SINI


Fahmi: Berapa ramai yang tahu tentang hukum wish merry krismas?Berapa ramai yang mengucapkan Merry Krismas tapi tidak tahu makna disebalik merry krismas. Apa hukum ucap Merry Krismas?Mungkin entry kali ini entry aku main copy past je. Namun disebalik aktiviti ini, aku melihat ada besar manfaatnya yang dapat kita kongsi bersama. Aku letak link rujukan ye.hehe

Tips Mengorat Anak Orang

Nak mengorat pon muka masam ke? kompem tak bahagia pasangan ni.haha


Dila jalan melilau sekitar persisiran pantai itu. Matanya liar beralih arah. Kiri, kanan dan ke kiri semula. Dari geraknya seperti sedang mencari sesuatu. Dia singgah ke sebuah kedai makan yang berada di tepi jalan.



"Pakcik, kat kawasan ni ada kedai yang jual topup tak?" Dila bertanya kepada seorang pakcik yang berumur lingkungan 40-an. Pakcik itu merupakan tauke kedai yang sederhana besarnya itu.



"Adik cuba jalan sikit lagi, kat depan sana ada satu kedai jual surat khabar. Mungkin kat sana ada jual topup."



"Terima kasih pakcik." Dila ucapkan terima kasih dan dia berlalu pergi...



Dalam 5 minit kemudian dia ternampak sebuah kedai berwarna hijau muda yang berada di persimpangan jalan. Dalam hati Dila amat berharap kat kedai itu ada jual topup. Harap-harap ada...huhu..



"Abang, kat sini ada jual topup tak?" bersinar-sinar mata Dila bertanya. Abang kacak, katakanlah "ada". Kacak jugak brader ni.lalala~



"Ala dik,tak ada la kat sini, baru habis tadi" aduhhh...frust tak hingat.."tapi ada satu kedai ni dorang jual, nak abang tunjuk kan tak kat mana kedai tu?" Lawa la, masih ada harapan ni. Kenal tak kenal brader ni redah je la. Asalkan ada topup. Nasib baik brader ni hensem jugak..hehehe..



Sambil dalam perjalan ke kedai yang brader tu cakap ada topup, Dila dengan brader tu ada la sembang sikit-sikit. Larhh..rupanya tak adalah brader sangat rupanya sama umur dengan aku jugak. Ish, Dila oo Dila, kau nak cari topup ni sebab ape? Sebab nak telefon dia kan? so kau jangan nak menggatal dengan brader ni..Dila tersedar..huhu..



Dah lama berjalan..



" Jauh lagi ke bang kedai tu?" Dila dah sedikit resah. Brader ni nak tunjuk jalan ke nak bawak aku jalan-jalan makan angin..



"Hehe..sebenarnya tak ada pon kedai yang ada jual topup kat area ni. Abang saje je nak jalan-jalan dengan awak. Tapi kalau awak nak topup, abang boleh topupkan. Bak sini number awak, nanti abang topup kan then boleh la kita sms."



Perghh....asap stim terus keluar berbondong-bondong dari telinga, hidung dan ada sedikit api dari mulut Dila. Hampeh punya mamat. Tak ada cara lain ke nak ngorat aku? SHTI sungguh...



Kisah 2



Pop sound produced.. Haziq melihat di skrin PC dia ada keluar messange dari tetingkap IMnya.



"Hai, nama awak Kamarul Haziq kan?" si Dia membuka topik perbualan.



"Ye saya, kau ni siapa?" Haziq lebih selesa membahasakan Aku Kau kerana si Dia ni lelaki. Barulah brutal kan..



Setelah berAwak Saya seketika waktu, Haziq berasa kurang selesa dengan si Dia ni.



"Kau ni nak apa ha sebenarnya?"



"Saya nak berkenalan dengan awak la. saya nak jadi kawan rapat awak. Sudikah awak jadi teman saya? Saya kesepian ni. IM MR LONELY. Boleh kan? Plzzz..."



Sentap!! Apa mamat ni nak? Nak ngorat pergilah cari pompuan Hot mana-mana, ni cari laki....Tahi gajah sungguh!!



TAMAT....


HAri ni aku nak kongsi dengan korang dua perkara.


1. Dalam cerita pertama adalah cara-cara mengorat terhormat..


2. Dalam cerita kedua adalah cara-cara mengorat yang bangang tahap tahi gajah.


Kesimpulan...


Korang semua dah sedia maklum pasal "Saya GAy, Saya Ok" kan? Itulah dunia akhir zaman. Allah dah cipta smart-smart laki berpasangan dengan perempuan tapi tah ape masalah golongan-golongan ngeng ni nak cari pasangan sejenis. Aku betol-betol tak faham...


So, janganlah golongkan diri kita semua dalam golongan mereng ni. Jadilah insan yang normal. Kalau nak ngorat, korang semua boleh guna cara yang macam dalam kisah pertama. Dijamin normal tetapi hukumnya tak terjamin lagi.(haram jugak) Korang tanyalah ustaz-ustazah yang korang kenal. Aku bab-bab ni tak berani nak cakap.hehe..


Tapi kalau korang nak ngorat orang yang macam dalam kisah kedua, aku sumpah korang jadi tahi gajah nak?hahaha...Mintak jauh semua fitnah-fitnah akhir zaman ni. Amin~
 
Fahmi:Aku publish semua entry-entry lama aku. Aku tak ada masa nak buat entry baru.Sekian

Kebaikan PMR Di Mata Aku

PERINGATAN: Entry kali ini hanya sesuai dibaca oleh mereka yang materialistik. Kepada mereka yang tidak materialistik, boleh juga membacanya tetapi jika anda terpengaruh dengan idea ini, sebarang tuntutan ganti rugi tidak akan dilayan.


"Kau dapat berapa A?"


" Ayah aku bagi hp kat aku, iPhone lagi tu.hahaha.."


" Nak tau ayah aku bagi ape? Boleh ke aku dapat straight A, lepas tu dia bagi kamus kat aku..chitt.."


" Bulan depan aku nak pergi Italy jap, mak aku nak belanja aku rasa angin kat sana."


"Alhamdulillaahhh.. Bulan depan aku lak akan pergi Mekkah.."



Baru lepas dapat keputusan apa-apa peperiksaan besar mesti ada dialog-dialog macam kat atas. Tak kira lah PMR,UPSR ataupun SPM. Masing-masing akan bincang apa yang akan dorang dapat ataupun tentang idea-idea yang bernas untuk kikis mak ayah.hahaha..


Jadi aku nak kongsi satu perkara iaitu pendapat aku yang aku pegang selama ni..


PMR ataupun UPSR tidak boleh dimansuhkan sama sekali!!!


Dua sebab kenapa aku cakap macam tu...


1. Kalau tak ada peperiksaan besar ataupun dikurangkan sebagai contoh pemansuhan PMR maka lubang-lubang untuk kita nak demand benda hebat-hebat kat mak ayah kita akan tertutuplah. Ada ke mak ayah yang nak bagi kat anak dia laptop kalau hanya cemerlang dalam peperiksaan sekolah, atau akhir tahun? Kalau ayah aku jenis macam tu, setahun dua kali lah aku bertukar-tukar laptop.cehh..hahahaha.. Maka, dengan adanya peperiksaan macam ni, bila dapat result best, jangan lepaskan peluang untuk paw mak ayah korang kaw-kaw punya..hahaha..


2. Katakanlah..Kalau kita dapat result UPSR cikai-cikai cukup makan je, lepas tu tak dapat apa-apa tapi kawan yang sama-sama main snooker pulak dapat score UPSR, pulak tu dia dapat iPhone, tak ke menyangap jugak nak iPhone tu? Maka, kita akan terlintas untuk nak belajar bersungguh-sungguh untuk nak dapat result gempak untuk PMR nanti. Siap nak mintak kat ayah dua bijik iPhone sebab nak lawan kawan yang dapat iPhone tu. Dia dapat satu tapi aku dapat dua..hahahaha..


Tidakkah UPSR PMR dan SPM itu perkara yang amat menarik?HAHAHA..


haaa,kau yang tengah baca ni, kau ni materialistik kan?kantoi sudaa...hahahaha...

Fahmi: kalau ada yang terluka,ampun maaf ku pinta...

Tentang Cinta

 
"semua dah siapkan graf?"


semua orang masih tekun menyiapkan graf masing-masing. Hari ni kelas anggerik belajar topik linear law dalam subjek matematik tambahan.

Tiba-tiba cikgu bersuara.....

"Semalam ada seorang student ni datang kat cikgu. Dia tanya apakah maksud cinta sejati."

shuuu~

Apahal cikgu ni, mabuk cinta ka?

" Kalau nak tau cinta tu cinta sejati atau tidak kita lihat bagaimana tindakan kita apabila orang yang kita cintai tu mencintai orang lain."


Semua orang terdiam. Cikgu, kami masih budak-budak. Hal cintan cintun ni kami tak faham...


"Kalau orang yang kita cinta tu tidak cinta kepada kita namun sebaliknya mencintai orang lain, maka kita akan merelakan si dia bersama dengan orang yang dia cintai asalkan si dia happy. Kau happy, aku turut happy."


" Habis tu kita yang tak dapat cinta yang diidamkan tu macam mana? Tak ke frust menonggeng?"


"Kau yang kena reject tu, terima je la. Sape suruh muka macam mangkuk.hahaha"


Hampeh punya cikgu. Nasib baik kau cikgu, kalau tak aku dah sumpah jadi tahi gajah kering dah...


"Kalau dia tak balas cinta kau, terima je la. Kau buat lah keputusan yang menggembirakan dia. Contohnya kau lepaskan dia dan biar dia bersama orang yang tersayang. Kalau kau kacau dia, mesti dia rasa tak selesa dan tak happy. Kau biarkan dia hidup dengan happy. Kalau betol kau cinta dia, dengan kau nampak dia happy, kau pun akan turut sama happy."
"Kalau kita nak jugak dia cikgu?"

"Itu namanya kau mangkuk simen yang tamak."
Semua pelajar yang tengah buat latihan terhenti. Memang menarik topik hari ni.


"Ni kaum lelaki dengar sini, cikgu nak bagi pesanan sikit."


"Kalau kita nak tau isteri kita betol-betol sayang kita macam mana?"


Soalan tu memang menarik perhatian semua orang. Ada yang cakap isteri tu akan patuh segala arahan yang kita bagi. Isteri tu akan selalu masak untuk kita. Ada jugak yang cakap isteri tu akan tunggu disisi kita sepanjang waktu kita sakit. Siap urut urut badan lagi.


"Semua tu betol tapi ada satu jawapan yang paling tepat iaitu..."

"Isteri kita akan bagi kita kahwin dua."


Perghh..semua ternganga..Ape kejadah cikgu aku mengarut tengah hari macam ni..


"Kalau betul isteri kita tu sayang betul kat kita, bila kita nak kahwin dua mesti dorang bagi. Sebab bagi dorang, selagi suami bahagia,mereka pon akan turut merasa kebahagian tu."

"Tapi cikgu, kalau dorang tak nak bagi kita kahwin dua?"

"Haaa..itu masalah mangkuk tamak jugak la. Nak semua benda milik dia sorang je susah la kan?"

"Tapi korang kena ingatlah..Kalau isteri kita bagi kita kahwin dua, itu bermaksud dia sayang gila-gila kat kita so, kalau dah ada bini yang dah sayang tahap macam tu, buat apa nak cari lagi sorang kan?haha.."


Semua orang angguk. Memang betul juga apa yang cikgu aku cakap ni..

Kisah Note Kertas Ringgit Malaysia Baru 2012

Tiba-tiba aku rasa nak update pasal note baru kertas ringgit Malaysia. Ni aku letak gambar duit kertas Malaysia 2012.  Kenapa aku terlintas nak buat entry pasal benda ni? Faktor mata duitan tu ada la sikit-sikit.Haha..Tapi ada benda lain yang lebih besar selain faktor tadi. Nak tau? Jom baca sampai habis..

 Model Penting
 
 Rindu duit RM20 yang lama
Bank Negara tak ada pekerja lelaki ke?

Bila kita nak buat sesuatu perkara biar sampai kepada tahap luar biasa. Kalau kau nak jadi Doctor, biarlah sampai jadi pakar. Tak cukup dengan itu sahaja, letakkan matlamat yang lebih tinggi. Aku nak jadi menteri kesihatan suatu hari nanti! Berapa ramai yang berfikiran sebegini? Bahkan, si tukang sapu sampah, bercita-citalah untuk menjadi ketua tukang sampah suatu hari nanti.

"Apa posisi anda pada umur 40 tahun nanti?"
"Saya nak jadi Gabenor bank negara!"

Dialog di atas baru sahaja berlaku beberapa hari yang lepas. Aku mengikuti satu program dan aku berkesempatan mendengar satu talk dari Dr Zainur rasyid Zainuddin. Dia mengajak untuk aku dan kawan-kawan menjadi manusia luarbiasa. Sebab tu aku teringin untuk update entry pasal ni.

Kepada sahabat-sahabat aku yang bakal melanjutkan pelajaran dalam bidang yang berkaitan dengan duit-duit ni, selamat maju jaya. Jadilah manusia yang luarbiasa. Yang cakap nak jadi gabenor tu jangan sekadar cakap ye. Kita berusaha kearah tu. Ni bukan atas dasar duit. Tapi ini untuk Ummah. :)

Fahmi: Aku nak jadi Doktor. Tapi aku taknak jadi menteri kesihatan. Aku nak jadi Perdana Menteri. Aku nak ambil sains politik selepas habis belajar nanti. Ohh..aku tidak mendapat inspirasi dari Tun Mahathir(untuk jadi perdana menteri) tapi aku mendapat inspirasi dari Ibnu Sina. Sorry Tun.Hehe..




Mengapa Cikgu Lebih 'Manis'


Kenapa aku nak jadi Doktor? Itu bukan persoalan yang aku nak jawab hari ini. Untuk sebab kenapa aku nak jadi doktor tu aku akan cerita pada entry yang khas. Tapi kali ini aku nak cerita kenapa aku nak jadi cikgu. Haa..memang dah macam keling. Sekejap doktor, sekejap cikgu. Haha..Teruskan membaca ya.

Pagi tadi aku ada pergi interview di satu sekolah ni. Sekolah agama swasta. Alhamdulillah aku diterima untuk menjadi guru disekolah tersebut. Sekolah apa? Aku mengajar apa? Ohh..itu terpaksa aku rahsiakan atas faktor-faktor keselamatan.Haha

Kenapa dan kenapa?

Kesabaran
Memang kalau jadi cikgu ni perlukan kesabaran tahap giga. Bahkan tahap Tera. Maksudnya memang kena gila bersabar. Sabar dengan perangai anak murid, Sabar dengan perangai pengetua yang tah pape(tak semua pengetua). Sabar dengan pakcik jaga yang busybody dan sebagainya. Tapi kat sini sebagai guru aku lebih focus kepada kesabaran melayan perangai anak-anak. Macam mana nak bertindak bila mereka bertindak? Mari belajar~

Mendidik
Aku ingin menjadi seorang pendidik. Semua orang ingin menjadi seorang pendidik. Aku tidak mahu sekadar menjadi cikgu yang mengajar tapi yang mendidik. Apa beza didik dan ajar? Itu korang fikir-fikir sendiri. Makna yang sangat berbeza dari segi falsafah adn praktikalnya. Jangan mengajar anak tau. Didiklah anak. Macam mana nak didik? Sebab tu aku nak jadi cikgu jap. Dapat didik anak orang sekejap pun jadi la. Nanti boleh praktikkan kat anak sendiri.hehe


Mulia
Bila kita menjadi pendidik, kita nak didik anak-anak tu kearah mana? Mestilah untuk didik mereka jadi anak-anak yang taat dan patuh kepada Allah dan Rasul kan? Nak tengok dorang jadi muslim dan mukmin yang baik. Perkataan mana yang lebih baik dari yang mengajak kepada Allah kan? Jadi agak-agak kerja sebagai cikgu ni mulia tak?


Pengalaman
Kalau korang diberi pilihan untuk memilih sekantung emas dan permata dengan pengalaman mana satu yang korang akan pilih? Baik pilih emas dan permata. Korang ada duit boleh buat macam-macam,lagi banyak pengalaman. Haha..(merapu)

Masa Lapang
Korang diberikan cuti selama 9 bulan. Apa yang korang akan lakukan? Qada' tidur, qada' movie, qada' drama korea, qada' tv series dan apa lagi? Awal-awal memang boleh isi dengan perkara baik tapi lama-lama percayalah anda mampu kecundang. Ramai yang akan tewas. Akhir sekali isi perkara dengan perkara bukan-bukan. Kalau penuh dengan perkara harus ok lagi, kalau perkara haram yang jadi agenda?

Duit $$$
Ini memang tak bagus langsung. Kau kerja ikhlas tak ni? Ke sebab nak duit je? Haha..Memang kerja itu kena ikhlas baru Allah terima tapi duit itu juga merupakan satu keperluan. Jangan sampai kononnya ikhlas bekerja kerana Allah lepas tu tak ambil gaji. Percayalah, lama-lama keikhlasan itu akan pudar! Kau ada gaji pun lama-lama setan hasut boleh hilang keikhlasan, ni kalau tak ada gaji lagi besar ruang untuk setan hasut. Mana la tau korang malaikat kan? whoaa!



Setakat ini sahaja kot perkongsian aku. Entry kali ini macam serius kan? Tak ada lawak-lawak(hakikatnya sebelum ni pun tak ada).Tapi inilah dari hati aku. Kenapa aku nak jadi cikgu. Aku nak isi masa aku dengan ilmu dan pengalaman yang bermanfaat. Doakan kejayaan aku.

Fahmi: Sepuluh,dua puluh tahun lagi walaupun selepas aku sudah bergelar Dr.Fahmi(insyaallah) mungkin mereka tetap akan memanggil aku dengan gelaran cikgu. Jika mereka masih cam aku.Manis bukan?:)

Solusi Gejala Homoseksual (Gay)


Sekarang sedang hangat tentang isu Gay di malaysia ni. Gambar Gay berkahwin, gambar gay bercium, gambar pelajar malaysia gay dan sebagainya. Buka FB memang bersepah entry pasal gay ni yang bloggers ping. Aku juga merupakan salah seorang dari mereka yang tertarik untuk mengulas isu ini. Tetapi aku taknak la upload gambar mamat tu sarung cincin, kiss sana kiss sini. Geli aku! Aku taknak sebut nama sesiapa. Pak karim kahwin dengan Pak Samad ke. Ini aku tak focus kepada mana-mana individu ye.

Macam mana nak atasi masalah ni makcik-makcik dan pakcik-pakcik sekalian?

Yang pertama, korang jangan dedah diri korang kepada dunia ni. Kalau muka korang macam justin bieber yang kalau mamat gay usha buat dorang stim, maka carilah jalan untuk bagi mamat-mamat gay ni usha korang dorang tak stim dah. Haha..

Kalau dah betis peha dan bahagian yang comel-comel itu gebu putih melepak je janganlah anda menayang kepada manusia lain. Ia boleh menjadi ransangan kepada orang lain untuk dari tak gay jadi gay. Korang tahu kan banyak benda bermula dari mata? Dari mata turun ke imaginasi. Dari imaginasi turun ke? Jeng3..Kesimpulannya kat sini, silalah jaga aurat anda dengan sebaiknya. Kau mandi pakai boxer, mana kawan kau tak teringin nak test.Whoaa!

Pengunguman: Jangan tiru aksi ranjang di bawah ini. Ini juga boleh menyumbang kepada penambahan bilangan ahli persatuan gay Malaysia. Haha..


Yang kedua. Kepada meraka yang masih straight dimana masih mempunyai naluri seks yang normal, tolong jangan tengok bahan-bahan lucah. Anda tengok aksi lincah gay di ranjang dan kemungkinan perasaan teringin untuk meniru itu boleh berputik. Kan aku dah cakap, mata ni banyak penyebab kepada maksiat. So jagalah pandangan anda.

Yang terakhir untuk sesi kita pada hari ini ialah..Iman. Pemaksiat tidak melakukan maksiat ketika mana ada iman dalam diri dia. So, kita kembali kepada asas. Didiklah hati untuk benci kepada perkara-perkara maksiat. Perkara yang membawa kepada kemurkaan Allah. Kalau kita ada iman yang kuat, jauh benda-benda ini dari kita. Insyaallah..

Yang masalahnya sekarang, kita nak beriman dengan apa? Kalau ilmu tak ada macam mana iman nak kuat? Baca majalah kreko, mangga, remaja dan sebagainya. Ada ke ilmu-ilmu yang mampu membangkitkan iman yang disajikan dalam majalah sedemikian?  Tepuk dada, tanya jiwa.

Fahmi: Bak kata pak hamka(kereta mayat), kalau kau rasa nak jadi gay. Kau bayangkan je macam mana kenikmatan gay kat syurga nanti. Kau pilihlah mana-mana bidadara yang muka amrad habis. Layanlah mereka 70 hari 70malam tak siapa nak halang. Haha.. tapi kalau kau dah buat aksi tu kat dunia, nerakalah kau. Jangan Gay dengan ular berbisa kat dalam neraka sudah.HAha..

Pesan Aku Untuk Para Ayah


Anak satu anugerah tuhan. Juga penyejuk mata dan hati kita dikala berada dalam resah gelisah. Lihat sahaja telatah mereka sudah cukup untuk menenangkan kita. Segala beban kerja akan hilang dalam sekelip mata. Siapa yang ingin menyangkal hakikat ini?

Aku pernah bertanya kepada seorang yang agak rapat dengan aku, seronok tak kahwin dan dapat anak? Dia jawab dapat anak nanti serabut. Nak fikir kewangan lah. Perangai dia. Malam-malam nak susu, nak tukar lampin dan sebagainya. Semak kepala! Aku senyum. Memang sesetengah manusia ni sanggup menyembunyikan hakikat demi perkara yang aku kira tidak begitu penting.

Aku tanya dia. " Tapi anak ni penyejuk hati kan?". Dia terus terdiam. Memang mereka penyejuk hati. :)


Jangan sia-siakan anugerah agung itu! Tapi hari ini ummat semakin membuatkan aku sedih. Sayu aku lihat ibu bapa yang dikurniakan permata hati ini namum mereka tidak menghargai. Permata itu dilayan dan dijaga persis batu biasa. Kemana keadilan? Jangan engkau zalim. Jangan engkau zalim kepada anak sendiri.


Didiklah anak-anak kita dengan penuh bijaksana. Kalau anak salah, hukum dengan bijaksana. Itu bukan satu kekejaman tapi itu untuk keadilan. Anak-anak ada hak untuk dididik dengan penuh perhatian. Gelap masa hadapan anak itu kerana ibu dan ayah. Semoga Allah memberi taufiq dan hidayah kepada ibu ayah dan anak.

Kenapa aku buat entry pasal ni? Aku ada seorang kawan yang sangat aku kasihan. Mana silapnya aku tidak tahu. Hisap rokok, ambil dadah, mencuri, dan jenayah yang seerti dengannya. Ayah tahu tetapi anak tidak pernah salah. Ayah macam ni aku ada pesanan.

"Kau nak backup anak kau jangan sampai kau sekali dengan anak-anak kau masuk neraka. Ada benda yang perlu ditegur,tegurlah. Jangan ego. Ada pihak sampaikan berita, cuba bersikap profesional. Jangan nak menangkan anak sahaja. Nanti anak bebal, kau menyesal!"

Ayuh belajar dari sekrang untuk menjadi ayah dan ibu yang baik!

An engineer needs a degree at least, professional training and practise in the industry to be certified n qualified engineer.The same goes to doctors, architect, accountant etc.But when it comes to be a good husband/wife, father/mother, one expects they can be good without continue to go learning in courses, seminars and yet expecting the marriage will be better and the kids being good children.If we continue to go partying, concerts, live shows, football games @stadium without concerning on going to self improvement programs, how can we expect a better marriage/family/kids/spouse?

Fahmi: Persediaan ini sepatutnya bermula dari sekarang!

Video Hukum Hudud (Oley)


Aku nak share ringkas je malam ni. Siapa yang dok soksek2 belakang tabir. Hudud itu hudud ini tanpa ada neraca pertimbangan ilmu yang betul, sila lihat video ini!! Aku takut kita dok mengata macam-macam pasal hukum tuhan ni sampai iman kita bergoncang dan tunggu gugur.

Aku yakin masih ramai lagi rakyat malaysia terutamanya yang Islam masih jahil dengan hukum tuhan ini. So kalau dah rasa diri jahil boleh la tonton short movie ini ye. Semoga menjadi percikan atau lonjakan untuk terus memahami dan mendalami hukum tuhan ini.

Apa? Kenapa aku share video ini? Ni mesti nak cakap aku berpihak kepada mana-mana pihak kan? Aku dah cakap awal-awal yang blog ini juga merupakan blog politik. Tapi aku bukan politik wang, politik kotor mahupun politik tahi ye. Aku politik Islam. Siapa perjuangkan Islam, kita sokong. Takbir!!

Fahmi: Aku nak bervlog macam mad lutfi gak la. Boleh berlakon dengan ustaz-ustaz.Haha..

Asam Garam Dunia Perniagaan

Dia  sedang duduk di tempat yang biasa aku dan dia melepak. Aku tahu dia ada masalah. Muka dia jelas kelihatan penuh dengan kekusutan masalah. Aku menghampiri dia. Untuk memudahkan cerita aku pada kali ini, kita beri nama si dia ini Ahmad.

“kenapa ni bro? lain macam je aku tengok. Kalau ada masalah meh kongsi dengan aku..” Aku menyapa dia. Dia mengangkat sedikit wajah dia sekadar untuk mengenal pasti sapaan itu dari siapa.

“Aku..Aku ada masalah la. Masalah besar ni. Dah berhari hari aku fikir. Dah nak gila aku fikir ni..” Memang betul dia ada masalah. Aku tak perlu bersusah payah meminta dia untuk menceritakan kepada aku sebab memang selama ini akulah tempat dia mengadu dan berbincang apa sahaja perkara. Dari hal agama sehingga hal blogging.

“ Dunia bisnes memang macam ini eh? Kalau rasa nak lebarkan lagi sayap perniagaan, nak kukuhkan lagi tapak semaian pelaburan, nak kuatkan lagi ikatan perniagaan antara dua syarikat besar, mesti kena kahwin. Masalahnya yang jadi mangsa anak si usahawan-usahawan ni!” bersungguh-sungguh dia meluahkan.

Aku dapat menangkap permasalah si Ahmad pada kali ini. Memang masalah ni ada berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini. Aku dulu ingat kes sebegini hanya berlaku dalam drama-drama melayu. Bak kata Matluth tipikal filem melayu. Tapi bila perkara ini pernah terjadi kepada aku, memang ia satu realiti masyarakat kita pada hari ini. Aku cuba menyusun kata-kata untuk meringankan sedikit beban rasa yang sedang ditanggung oleh Ahmad ketika ini.

Ketika aku sedang menarik nafas ingin memulakan bicara tiba-tiba pintu diketuk. Aku terjaga! Ohhh..rupa-rupanya aku bermimpi sahaja. Tapi mimpi kali ini lain dari yang lain. Aku yang bahagia sebelum tidur pada malam sebelum itu tiba-tiba terus rasa tidak bahagia. Sampai hari ini mimpi itu menghantui aku..

Fahmi: Bukan mudah ingin berjaya. Mungkinkah bisnes aku yang sedang aku susun sekarang ni akan berjaya? Siapa tahu? Allah juga sudah susun..

Kem Lepasan SPM (Promosi)


Kali ni aku nak promosi Kem Lepasan SPM 2011. Kepada pelajar SPM yang bakal menamatkan zaman persekolahan mereka pada 14 hari bulan ini mahupun yang sudah menamatkan maka aku sarankan untuk join program ini. Untuk pengetahuan aku habis 13 haribulan.Yeaahhh..

Program bermula pada 16 december. Malas pergi ke? Nak qada' tido? Ok, aku ada cadangan untuk korang yang nak qada' tido ni...

Lepas habis paper pada 14 december nanti. Korang terus balik rumah, jangan buang masa! Masuk bilik dan terus tutup pintu. Jangan lupa juga untuk tutup semua tingkap kat bilik tu. Pastikan tidak ada satu lubang pun untuk cahaya masuk ke dalam bilik korang. Pasang aircond bagi yang ada aircond la. Yang tak ada aircond jangan sedih. Haha..

Sekarang bilik korang dah macam dalam kubur gelap gelita. Namun hakikatnya kubur korang nanti lagi gelap. Kalau perangai macam syaitan la. Haha..So bila bilik dah sedia korang masuk dalam selimut terus tidur! Tidur, tidur dan tidur. Pada pagi 16 december baru korang bangun. Time tu korang dah tak nak tido dan korang akan merasai bahawa kepala korang sudah bebal. Whoaa!!

Sekarang korang dah cukup tidur. Maka boleh la untuk mengikuti kem ini..Haha..

Maklumat lanjut?

Untuk aktiviti yang disediakan tekan SINI

Untuk cara mendaftar tekan SINI

Untuk lagi lanjut dan maklumat tambahan  tekan SINI

Bahawa sesungguhnya aku malas nak taip panjang-panjang pasal benda ni. Korang yang ada masa dan keinginan boleh explore sendiri. Aku bagi cetusan, korang marakkan. Faham?

Fahmi: Jangan guna idea aku tadi. Nanti korang masuk kubur konfem gelap gelita. Panas dan penuh ular dan kala jengking. Sebab korang tak solat dua hari dua malam. Hahaha..

Apa nak buat lepas SPM?


Aku semak balik jadual SPM 2011. Kalau tak silap aku 14 december hari terakhir SPM. Nak buat apa lepas SPM? Apa aktiviti lepas SPM? Aku dah plan macam-macam untuk cuti aku yang boleh jadi sepanjang 9 bulan. Perghh..Lama gila. Kalau mengandung dah boleh bersalin dah. Whoaa!

Apa perancangan korang?

Paper terakhir aku adalah pada hari selasa ni bersamaan 13 december. Mungkin bermula dari hari ini sehingga hari selasa aku tak update blog. Aku nak focus study jap. Jangan sebab blog, study kita lingkup. Ingat pesanan abang ni ye buat adik-adik yang masih di bangku sekolah. Haha..

Kepada abang-abang atau kakak yang ambil SPM tahun ini sila rancang masa cuti anda dengan bijaksana. Rugi beb kalau cuti panjang berlalu apa pun tak dapat. Buat target. Contohnya dalam masa 9 bulan aku nak kumpul duit RM 10 ribu buat hantaran kahwin. Ni contoh. Haha..

Kalau mak ayah yang caring sikit pasal anak dia, boleh la hantar anak dia pergi kem-kem kendiri. Bina jati diri. Buat persediaan sebelum melangkah ke alam universiti. Aku dengar cerita mencabar alam universiti ni. Betul ke? Kalau rasa anak anda dah ada jati diri yang mantap, tak payah hantar la. Mantap ke? Try letak seorang gadis tanpa seurat benang depan mata, tengok apa respon dia. Whooaa!

Kepada Blogger Muda..

Aku baru dapat nasihat dari abang otai ni. TINGKATKAN TRAFFIK BLOG!! Kalau nak dapat projek apa-apa la kan. Kalau aku, aku nak la masyuk sikit. Boleh bayar bil broadband.Hehe.. Ni kalau yang lepas SPM nak jadi full-time blogger la. Mana tau ada masyuk-masyuk sikit bila blogging ni. Macam mana nak tingkatkan? Jangan tanya aku. Aku newbie..(ayat yang femes kalau pergi ke group-group blogger) haha..

Jumpa lagi. Doakan paper last aku hari selasa ni. Ameen..

Fahmi: Aku ingat lagi ada satu entry blogger ni. Dia cakap ramai juga blogger yang cerdik pandai. Kenapa? Majoriti blogger tak cerdik pandai ke? Tulis entry yang tak intelek? Muhasabah diri~

Zina Sana Rogol Sini

Dahsyat kan tajuk entry? Jangan sebab korang baca tajuk entry ini yang mampu menaikkan nafsu maka korang klik link entry ini. Dan bahawa sesungguhnya aku tidak membawa apa-apa motif negatif dalam entry ini. Aku tidak menggalakkan seks bebas. Haha.. Aku dah merapu~

Baru-baru ni heboh dengan video rancangan TV yang temu ramah 'pasangan suami isteri' antara ibu dan anak. (erkk..) Aku pada mulanya nak buat entry pasal tu tapi macam tak berapa menarik. Aku simpan dulu. Tiba-tiba hari ni rasa tu diransang lagi.

'Ramai lelaki gila seks berpunca dari ramai perempuan gila seksi'. kata Ben Ashaari

Aku dah mengangguk setuju. Ada benar apa yang dia cakap tu. Tapi rasa untuk aku nak buat entry tu masih tak cukup hebat untuk nak tarik tangan aku ke keyboard. Maka bahan ransangan terakhir yang membuatkan aku betul-betul teransang untuk buat entry ini ialah video kat bawah ni. Luangkan sebentar masa anda~


Oleh kerana aku ingin Stay Produktif dan inginkan anak yang melimpah ruah(nabi bangga dengan ummat dia yang ramai) aku pun terus klik link untuk ke video ini. Rupa-rupanya pada akhir video ini da ada promote satu website yang membuatkan aku lagi teransang. Terus aku buat entry ini. Website apa weh? Jeng3..

Kepada mereka yang suka main tipu dalam baca blog aku ni. Yang baca lompat-lompat mesti korang tak tau website apa kan yang aku maksud kan? Terutamanya yang tak tengok video kat atas ni. Ni aku bagi link untuk ke website panas tersebut. http://www.purifyyourgaze.com/

Aku tak berminat untuk mengulas apa kaitan pandangan, imaginasi, perempuan seksi, hati , iman dengan zina, rogol, liwat dan sewaktu dengannya. Semua sudah sedia maklum. Kalau yang tak reti nak kaitkan, muhasabah diri, pergi buat IQ test. Whoaa!

Fahmi: Adakah mereka yang buat entry pasal porn, masturbate akan dipandang oleh masyarakat sebagai penggiat aktiviti tersebut? Oh nooo.. Jangan seserong itu~

Di mana TWINS OF FAITH Di Hati Anda?

Ini entry pasal TWINS OF FAITH.

Siapa ingin tiket percuma ke Konsert Fenomena 30 Tahun SEARCH? Sila join contest ini. Tiket percuma akan diberikan.

"Saya ingin menonton Konsert 30 Tahun Search kerana saya ialah peminat Search dari dulu sampi sekarang. Sejak lahir, ketika masih didalam buai ibu saya sudah mendendangkan lagu search di telinga saya.(Bodoh punya ibu.Tett) Baik awak bagi saya tiket tu kalau tidak saya terjun bangunan."

Siapa ingin tiket percuma ke Far East Movement Concert di Malaysia? Tiket bernilai ratus-ratus ringgit. Tak nak rugi!!

"Saya nakkkkkkkk!! BAgi saya, bagi saya, bagi sayaaaaa...."

Tiba tiba!!

Siapa nak pergi ke TWINS OF FAITH?

SHHUUUU~

Aku hanya ingin hebahkan tentang satu 'konsert' islamic. Islamik? Rilek dulu. Jangan cepat sangat tolak. Asal dengar Islam fobia ke? Haha.. Aku tak mampu nak bagi tiket free sebab tiket dia agak mahal. Tapi aku yakin dan percaya tiket dia tetap murah berbanding tiket Far East Movement Concert.

Ini sebenarnya bukan konsert. Dia macam konferens la. Ada ramai speaker dari luar negara datang. Antara speaker yang insyaAllah akan datang seperti Dr Bilal Philips, Dr Tawfique Chodury, Sheikh Navaid Aziz, Abdurraheem Green. Speaker dari Malaysia ada juga seperti Dr Zaharuddin Rahman. Kenal kan?

Memandangkan aku dah malas nak taip banyak banyak maka aku ingin berhenti disini sahaja. Untuk maklumat lanjut sila tekan link ini http://my.twinsoffaith.com/

Fahmi: Mungkin akan ada yang cakap memang la tak berebut-rebut nak pergi program ni sebab, Mana tiket free?? Aku nak tiket free!! Kan bagus kalau ada yang nak sponsor tiket ni lepas tu buat contest ke kan? Kalau ada meh la bagi aku, aku buatkan contest. Hehe.. Berapa la sangat duit yang kita nak keluarkan untuk program ini berbanding mutiara-mutiara ilmu yang kita boleh peroleh dari program bermanfaat sebegini. Kalau konsert yang melompat-lompat melalak sana melalak sini menyalak atas menyalak bawah boleh pulak bawak keluar beratus-ratus kan? Fikirkan~

P/s: Siapa yang memang nak pergi program ini, boleh la roger aku. Mungkin kita boleh buat 'gathering' blogger kat sana. Lain dari yang lain kan?

Seperti Dulu-Rabithah

Lagu apa ni? Ke nasyid? Aduh kalau nasyid korang tak layan la kan? Ke korang layan jugak? Pembaca blog aku layan tak layan aku tak tahu. Kalaulah pembaca blog aku ni manusia jenis yang layan nasyid-nasyid ni Alhamdulillah..Hehe.. Terimalah dari aku Seperti Dulu-Rabithah....



Dah dengar?  Ke tak dengar ni? Haha..

 Lirik Seperti dulu-Rabithah

Bemula disini,
aku menemui,
aku mengenalimu,
bahagia bersamamu..

Kau sering peduli,
kau juga menemani,
tikaku bersendiri,
engkau sentiasa disisi..

Pabila kau tiada,
aku resah gelisah,
itu yang kumahu,
engkau tahu..

C/O

Sahabatku kurinduimu,
namun setiap pertemuan ada perpisahan,
Dan harapanku agar persahabatan,
yang dibina,
masih seperti dulu.....

Engkau menyenangi,
engkau memahami,
senyuman dibibirmu,
mengukir senyumanku...

Kau sering teguri,
kau juga nasihati,
tikaku melupai,
lupai diri sendiri...

pabila kau tiada,
aku resah gelisah,
itu yang kumahu,
engkau tahu...

c/o

Sahabatku kurinduimu,
namun setiap pertemuan ada perpisahan,
Dan harapanku agar persahabatan,
yang dibina,
masih seperti dulu.....

Walau kita,
bebeza pandangan,
namun ia tidak akan menghalang,
persahabatan kita,
yang dibina sekian lama,
agar tetap teguh SEPERTI DULU...

c/o

Sahabatku kurinduimu,
namun setiap pertemuan ada perpisahan,
Dan harapanku agar persahabatan,
yang dibina,
masih seperti dulu.....

Lirik dan lagu: Adnin roslan
Vokal arrangement: Akmal Mustafa Kamal
Music Arrangement: Adnin roslan

Sejarah Lagu:

Lagu ni direka dan dinyanyi oleh kawan-kawan aku sendiri. Homemade punya!! Sebab tu aku nak post kat blog aku. Kalau lagu amy search,lady gaga dan artis yang jenis-jenis macam tu buang masa aku je nak post. Sebab apa? Haaa...Fikir sendiri!!

Fahmi: Ada je manusia anti nasyid. Anda bagaimana? Hehe..Aku nak tengok dalam seminggu berapa views nasyid ni. Eh, betul ke Search dengan Lady Gaga ni 'Adik beradik'?

Ini Sejarah Dia

Tersebutlah kisah...

Aku hanya sebuah papan kekunci yang buruk,lusuh bahkan sudah tidak bernilai. Aku sering termenung. Apa nasib aku di hari mendatang. Aku tak ingin pengakhiran aku sebegini. Aku tak nak mati dalam kehinaan. Belum ada apa-apa sumbangan telah aku buat. Apa aku boleh lakukan?

Tetttttt...Apa punya syahdu muqaddimah dia. Jom aku cerita sejarah pembukaan blog aku ni.

Dulu aku masuk dalam dunia blog ni untuk aku nak kongsi kisah-kisah hidup aku. Apa yang berlaku disekeliling aku. Jiran aku bertengkar, cikgu aku merajuk atau kawan aku mati. Semua aku cerita. Aku selitkan sikit-sikit pengajaran yang boleh diambil dari kisah-kisah tu.

Satu hari aku terfikir(ada orang buat aku terfikir) kemana sebenarnya aku nak bawa pembaca-pembaca blog aku tu. Asyik dengar aku merapu je, apa dorang dapat. Sekadar cerita-cerita hidup aku je yang aku boleh kongsi. Dah nama blog tu Cerita Fahmi tak kan la aku nak pergi tulis pasal Cerita Mamat lain? Haha..

Setelah buat solat istikharah 3 malam berturut-turut(sepatutnya buat laa) aku pun buat keputusan untuk buat blog baru. Aku nak luaskan lagi skop penulisan aku. Aku nak besarkan lagi tanah jajahan aku. Aku nak luaskan lagi pasaran penulisan aku. Semua lapisan masyarakat boleh baca.(ini impian) Mana tahu satu hari Najib Razak masuk blog aku, baca entry siap komen lagi!! Whooaa!!

Pada mulanya memang sedih kot nak tinggalkan blog cerita fahmi aku tu. Follower dah berjuta dah (follower tak ada bawa makna apa-apa dan berjuta tu merupakan satu penipuan yang dahsyat!!) Tapi aku tabahkan juga hati ini. Demi masa depan yang lebih cemerlang. Haha..

Aku nak tengok follower blog cerita fahmi aku yang beriban tu follow blog aku sebab apa. Sebab aku hensem? (perasan) ataupun sebab penulisan aku. Kalau follow sebab rupa paras komfem haram sorang taknak follow blog aku kan? haha.. Baik follow blog abg Muaz Faris kita. Lagi berbaloi. Kan kan kan? haha..

Maka aku nak seru balik kepada mereka yang follow blog cerita fahmi aku sebab tertarik dengan penulisan aku. Aku cabar korang follow balik blog ni. Cabar tu, ganas tak? Haha.. Walaupun penulisan aku tak ada la macam sasterawan negara tapi sokonglah aku. Tiba-tiba minta simpati~

Kenapa Minda Fahmi?

Apa akan jadi bila papan kekunci yang buruk digunakan oleh tangan yang diransang oleh minda yang hebat? Whoaa!!

Fahmi: Kenapa aku rasa entry ni aku banyak cerita pasal blog lama aku? Shhhuu~

Blog Minda Fahmi Pengganti Blog Cerita Fahmi

Dengan ini saya mengumumkan bahawa blog Cerita Fahmi akan berhenti beroperasi.

Blog Minda Fahmi telah dirasmikan sebentar tadi. Jom kita terjah!!

Blog Minda Fahmi Pengganti Blog Cerita Fahmi

Dengan ini saya mengumumkan bahawa blog Cerita Fahmi akan berhenti beroperasi.

Blog Minda Fahmi telah dirasmikan sebentar tadi. Jom kita terjah!!

Blog Minda Fahmi Dirasmikan

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya merasmikan Blog Minda Fahmi ini.

Dengan ini, secara rasmi juga Blog Cerita Fahmi dibekukan.

Perempuan Murahan


Peringatan untuk kita..

Cikgu aku cakap nak kahwin nanti jangan cari perempuan tiga seringgit. Aku pelik, apa maksud tiga seringgit? Aku tanya apa maksud dia cikgu.. Cikgu aku jawab kalau benda dah tiga seringgit bermaksud murah la kan? Aku terkedu..

Kalau ada perempuan datang nak mengorat kita, jangan ambil perempuan tu sebagai isteri. Dia bagi kita nota kuliah, bagi kita bunga, bagi kita kek dan sebagainya untuk nak ambil hati kita. Yang jenis-jenis macam ni jangan layan sebab tiga seringgit. Aku telan air liur..

Dia ada juga cakap kalau nak cari jangan cari yang jenis tenuk. Aku lagi la terkejut. Apa jenis punya istilah la ni...Aku tanya apa maksud tenuk tu. Dia cakap maksudnya kalau perempuan tu letak tangan dia dekat sebelah pipi maka dia kelihatan macam tenuk.Erkkk?? Ini bermaksud si perempuan tu makeup berlebihan. Letak bedak seinci nak bagi muka putih. Padahal hakikatnya kulit dia hitam atau kelabu.hoho..Maaf, aku betulkan istilah itu dari tenuk kepada zibra, sopan sikit la.Hehe..

Pesanan terakhir dia, kalau korang dah tak leh tahan sangat nak mengorat anak dara orang, ini ada satu tips. Kalau korang berjaya ambil hati seorang minah ni untuk nak buat isteri, padahal masa tu dia ada Boypren maka berwaspadalah. Korang berjaya memikat dia dalam pada dia sayang pada seseorang. Tidak mustahil dia akan terpikat pada laki lain sewaktu korang sudah berkahwin. Huuu...

Penutup yang tajam dari cikgu aku...

Perempuan tenuk untuk lelaki buaya, perempuan tiga seringgit untuk lelaki tiga seringgit dan perempuan bodoh untuk lelaki yang bodoh. Juga sebaliknya..

Selari dengan ayat Quran,

"lelaki baik untuk perempuan baik dan perempuan baik untuk lelaki baik"

Fahmi: Jangan marah cikgu aku kerana mungkin penyampaian dia agak kasar. Dia buat begitu untuk beri kesan yang mendalam kepada kitaorang. Jom jadi lelaki yang baik dan perempuan yang baik?

Cerita Fahmi Akan Berpindah Ke MindaFahmi.com


Pengunguman!!

Blog Cerita Fahmi akan berpindah ke Mindafahmi.com.

Penulis ada beberapa sebab mengapa dia ingin buka blog baru. Cerita lanjut penulis akan ceritakan pada entry akan datang.

Blog Mindafahmi.com belum dibuka secara rasmi lagi buat masa ini. Blog ini akan dirasmikan dalam masa tidak sampai sebulan sahaja lagi. Maka tidak akan ada perkembangan buat masa ini. Harap kepada semua pembaca dapat menunggu dengan sabar.

Penulis Cerita Fahmi akan kembali dengan lebih tajam dan pedas. Nantikan!!

Apakah itu Redtube?


Bila aku belek-belek aku punya top search keyword, memang kata-kata lucah jugak yang jadi perhatian. Aku pun dah pelik. Adakah blog aku ni blog porn? Ohhh..tidak sama sekali..hahaha..

Oleh kerana itu aku dapat idea nak buat satu post pasal perkataan-perkataan lucah ni la..Jom baca sampai habis hasil kajian aku..haha..

Aku ada buat sikit kajian tentang penggunaan internet di Malaysia tercinta kita ni. Aku usha-usha keyword porn yang famous-famous kat google insight dan inilah hasilnya...

REDTUBE
1.Pahang
2.Johor
3.Melaka

YOUJIZZ
1.Johor
2.Pahang
3.Kuala Lumpur

PORN
1.Kuala lumpur
2.Pahang
3.Johor

XHAMSTER
1.Pahang
2.Kuala lumpur
3.Johor

FREE PORN
1.Pahang
2.Kuala Lumpur
3.Selangor

Kat atas ni aku pilih keyword-keyword yang menarik minat aku nak tengok rating negeri mana paling tinggi.

Okaylah, Kita buat penilaian yang mudah la. KIta buat macam sukan. Tempat pertama dapat 10 mata, tempat kedua 7 mata dan tempat ketiga dapat 3 mata. Jom kita tengok sapa johan untuk kejohanan negeri-negeri Porn Malaysia.hahaha..

PAHANG berjaya mengumpul 44 markah!!tahniah kita ucapkan...

JOHOR pula berjaya mengumpul markah 23.Tetap kita ucapkan tahniah atas usaha gigih mereka..

MELAKA ape citer ni? Dapat 3 markah je? Usaha lagi kerana usaha itu tangga kejayaan..hahaha..

KUALA LUMPUR berjaya cekau markah sebanyak 27.

SELANGOR tidak beraksi dengan ganas kerana hanya mampu kumpul 3 markah.huuu..

Maka dengan ini saya sebagai tuan punya blog ini mengisytiharkan dan menganugerahkan pingat kejohanan negeri-negeri porn Malaysia kepada senarai pemenang-pemenang dibawah..

Johan-PAHANG
Naib Johan-Kuala lumpur
Ketiga-Johor
Saguhati-Melaka dan Selangor

Aku tulis pasal benda ni bukan saja-saja. Aku nak tekankan kat sini benda-benda porn ni tak elok sebab dia membawa kepada zina. Memang dah terbukti. Remaja yang layan porn mesti rasa nak cuba. Dapat pulak awek dia jenis yang merelakan segalanya apa yang ada didalam dan diluar maka sesi praktikal memang berjalan dengan lancar la kan?hahaha...

Faktor-faktor yang aku rasa yang mempengaruhi rating adalah Pendidikan dan Bilangan pengguna internet sesebuah negeri. Kalau negeri tu tak ramai pengguna internet sekalipun, tapi kalau tak ada pendidikan yang menghalang dari tengok porn ni maka mungkin dalam satu rumah yang ada satu PC pun boleh kongsi gilir-gilir satu family layan blue.Btol tak?

Aku tulis post ni memang nak bagi sapa-sapa yang layan porn terasa. Tapi kalau terasa tu jangan nak serang aku pulak eh. KAlau terasa, pergi kat mana-mana ceruk rumah dan beristighfarlah kat sana ye..hehe...

Lagi satu, Aku bagi keyword-keyword ni janganlah pulak korang yang baca ni pergi search..mampos aku nak tanggung dosa korang layan blue..haha..aku berlepas tangan eh, kalau korang nak bukak jugak, time nak masuk neraka nanti jangan tarik kaki aku yang dah sikit lagi nak masuk syurga.hehe..

JAp, Kalau nak tahu lah kan..Negara kesayang kita ni mendapat tempat ke-3 dalam negara-negara kat dunia ni yang menyangap nak bukak porn kat redtube..Bangga bukan?hahaha...

Jawapan untuk tajuk entry aku hari ni ialah..Redtube ialah kayu ukur tahap pendidikan agama di sesebuah negeri. KAlau negeri tu menang kejohanan kita ni, mungkin negeri tu perlukan perhatian yang lebih dari aspek rohani. Negeri yang terkena tu harap rasalah ye..hehe..

Sampai sini sahaja enty kali ini, aku nak mohon maaf kalau ada yang tak puas hati tapi terima je lah hakikat yang aku bukak kat atas sebentar tadi..KAlau lepas ni ada kejohanan Negara-negara porn Dunia mungkin Malaysia boleh hantar Johan kita pergi bertanding..HAHAHA...

Salam~

Gambar Artis Pegang Anjing: Antara Ilmu,Iman dan Amal




Gambar artis pegang anjing? Aku tidak hairan langsung sebab jangan kan pegang anjing,gambar artis seksigambar artis bogel, gambar artis berkhalwatgambar artis bercumbu,gambar artis beromen dan segala jenis gambar tak senonoh artis boleh keluar jadi isu.

Ini bukan entry nak bergossip pasal artis. Aku tak pernah tulis entry macam ni. Aku bukan nak hentam mana-mana pihak secara khusus. Tapi aku nak ambil isu ni untuk aku nak hentam semua orang termasuk aku. Haha..

Tak percaya ni bukan entry gossip? Baca dulu sampai habis..

Kenapa aku cakap aku tak hairan? Memang aku tak hairan langsung bahkan tak ada la aku nak kecoh sana sini ” apa kejadah artis Malaysia hari ni..” dan segala bagai. Benda besar pun dorang tak lepas, apatah lagi benda kecil-kecil yang jarang berlaku seperti bela anjing ni.

Aku ada komen kat blog Pembawa Wacana..
Kalau dah tak pakai tudung,kompem jahil iman rosak. Hukum yang jelas, pakai tudung pun tak dapat dilaksanakan apatah lagi kes yang jarang-jarang macam ni. Tidak ramai yang tau hukum berkaitan anjing ini tetapi aku rasa semua tahu yang pakai tudung ni wajib. Betul tak? So tidak pelik kalau orang yang tidak pakai tudung membela anjing. Boleh kaitkan macam ni tak?haha

Bagi aku kalau benda besar dan jelas seperti pakai tudung pun dorang tak boleh nak patuh, memang mimpi la benda macam ni dorang nak berhati-hati. Hukum pakai tudung dah tau jelas. Aku yakin setiap orang islam kat Malaysia ni tau hukum pakai tudung wajib. Tapi aku yakin tak semua orang islam di Malaysia tau hukum berkenaan anjing. Betul kan??

Kalau dah jahil, macam mana nak beramal kan? Main redah je buat semua benda. Nampak anjing comel sikit terus angkut buat binatang peliharaan. Jangan terkejut kalau lepas ni keluar gambar artis pegang Babi pulak. Sebab aku rasa babi pun comel. Haha..

Tapi kalau iman tidak ada, tidak guna juga ilmu itu sebab dia tak akan beramal. Mesti ada persoalan macam ni timbul kan ? Bagi aku, tuntut dulu ilmu sebab dari ilmu itu iman akan bercambah. Kalau tak ada ilmu pasal tuhan, macam mana nak kenal tuhan. Betul tak?

Kesimpulannya,

Tuntutlah ilmu kerana orang yang beramal tanpa ilmu itu SESAT !! Jika ilmu agama tidak penuh di dada, macam- macam boleh berlaku. Kalau aku cakap seorang imam telah didapati membela kacukan Babi dan Anjing yang mana keharamannya dua kali ganda di Kampung pisang, korang percaya tak? Tak mustahil kan? Segalanya mustahil dikala akhir zaman ni..

Fahmi: Ini hanya pendapat aku sahaja. Maaf kalau aku terlalu syadid, berkeras dalam hal begini.

Ke Mana Hilangnya Sperm-Man?


Entry ini khusus untuk tatapan golongan adam dan umumnya kepada semua pembaca...

Wahai pemilik-pemilik sperm sekalian...

Sekali aku memerhati dunia,
aku sedar semakin ramai golongan kita yang sudah lupa kepada fitrah sperm itu sendiri. Ciptaan tuhan yang punya tenaga luar biasa. Halus namun penuh tenaga. Berlumba-lumba untuk terus berjaya...

Wahai pemilik-pemilik sperm sekalian...

Kemunduran golongan sperm telah menyebabkan tercicirnya golongan ini.. Hilang sudah semangat berlumba-lumba dalam diri. Hanya duduk berpangku tangan melihat yang lain terus berlari...Tidak akan lahir kita jika sperm punya sifat ini...

Wahai pemilik-pemilik sperm sekalian...

Ayuh kita lihat, universiti kini kian dimonopoli oleh golongan hawa. Kemana hilangnya golongan kita? Terus lalai ditepi jalan memetik gitar kapok, asyik dengan aksi berani mati di atas motor dan sebagainya...

Wahai pemilik-pemilik sperm sekalian...

Kerja kita pada hari ini hanya berlandaskan nafsu serakah. Pergi kesana sini merosakkan apa yang ada. Jumpa si hawa, terus rosak bunga itu. Hilang maruah hawa kerana kita...Sperm itu kita salurkan kepada jalan yang salah..

Wahai pemilik-pemilik sperm sekalian...

Kita dilahirkan sebagai pemimpin. Namun kemana kepimpinan kita pada hari ini? Dayus, membiarkan si wanita tanpa bimbingan. Tidak mampu menjadi pelindung kepada mereka. Ohhh...Tugas lindungi anak dan bini dari neraka pasti tidak mampu kita penuhi jika terus begini...

"Dan seorang laki-laki adalah pemimpin atas keluarganya dan dia bertanggung jawab.."(HR Bukhari dan Muslim)

Wahai pemilik-pemilik sperm sekalian...

Sperm berlumba-lumba untuk mendapatkan Ovum, maka wujudlah kita. Namun, jika sperm meniru perilaku kita yang cenderung kepada jantina sejenis maka tiadalah kita. Bodoh, tidak melihat kepada fitrah kejadian diri...

Pembaca sekalian...

Merasa jijik dengan entry ini??

"Dan sesungguhnya dialah yang menciptakan pasangan laki-laki dan perempuan dari mani, apabila dipancarkan.."(Al-Qamar:45-46)

Memang jijik tapi inilah hakikat kejadian kita. Dari asal yang jijik dan hina. Tapi masih merasa besar? Hebat? Gagah? sampai merasa orang lain tidak hebat dan kitalah yang paling dan paling...

P/s: Aku tak tau mood apa datang serang aku hari ni sampai buat entry spesies ni. Bosan kan? Haha..kalau bosan terus katakan "entry ini bosan" supaya aku termaklum. Haha..Entry ini ialah entry muhasabah diri. Asyik merepek je keje so hari ni apa salahnya kita ketuk kepala masing-masing kan? Haha..

Mood: Ingin menjadi lelaki sejati..Yeahhh...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...