Perempuan Murahan


Peringatan untuk kita..

Cikgu aku cakap nak kahwin nanti jangan cari perempuan tiga seringgit. Aku pelik, apa maksud tiga seringgit? Aku tanya apa maksud dia cikgu.. Cikgu aku jawab kalau benda dah tiga seringgit bermaksud murah la kan? Aku terkedu..

Kalau ada perempuan datang nak mengorat kita, jangan ambil perempuan tu sebagai isteri. Dia bagi kita nota kuliah, bagi kita bunga, bagi kita kek dan sebagainya untuk nak ambil hati kita. Yang jenis-jenis macam ni jangan layan sebab tiga seringgit. Aku telan air liur..

Dia ada juga cakap kalau nak cari jangan cari yang jenis tenuk. Aku lagi la terkejut. Apa jenis punya istilah la ni...Aku tanya apa maksud tenuk tu. Dia cakap maksudnya kalau perempuan tu letak tangan dia dekat sebelah pipi maka dia kelihatan macam tenuk.Erkkk?? Ini bermaksud si perempuan tu makeup berlebihan. Letak bedak seinci nak bagi muka putih. Padahal hakikatnya kulit dia hitam atau kelabu.hoho..Maaf, aku betulkan istilah itu dari tenuk kepada zibra, sopan sikit la.Hehe..

Pesanan terakhir dia, kalau korang dah tak leh tahan sangat nak mengorat anak dara orang, ini ada satu tips. Kalau korang berjaya ambil hati seorang minah ni untuk nak buat isteri, padahal masa tu dia ada Boypren maka berwaspadalah. Korang berjaya memikat dia dalam pada dia sayang pada seseorang. Tidak mustahil dia akan terpikat pada laki lain sewaktu korang sudah berkahwin. Huuu...

Penutup yang tajam dari cikgu aku...

Perempuan tenuk untuk lelaki buaya, perempuan tiga seringgit untuk lelaki tiga seringgit dan perempuan bodoh untuk lelaki yang bodoh. Juga sebaliknya..

Selari dengan ayat Quran,

"lelaki baik untuk perempuan baik dan perempuan baik untuk lelaki baik"

Fahmi: Jangan marah cikgu aku kerana mungkin penyampaian dia agak kasar. Dia buat begitu untuk beri kesan yang mendalam kepada kitaorang. Jom jadi lelaki yang baik dan perempuan yang baik?
Comments
2 Comments

2 comments:

  1. perempuan tenuk, menarik..! memang ada, so beware..

    +, kalau that girl bagi hadiah, in term of friend, tak payah nak fikir lebih-leih lah ya.. bukan awak sorang je yang pernah dapat..
    haha

    ReplyDelete
  2. nice entry bro!keep writing..=)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...