Anak satu anugerah tuhan. Juga penyejuk mata dan hati kita dikala berada dalam resah gelisah. Lihat sahaja telatah mereka sudah cukup untuk menenangkan kita. Segala beban kerja akan hilang dalam sekelip mata. Siapa yang ingin menyangkal hakikat ini?
Aku pernah bertanya kepada seorang yang agak rapat dengan aku, seronok tak kahwin dan dapat anak? Dia jawab dapat anak nanti serabut. Nak fikir kewangan lah. Perangai dia. Malam-malam nak susu, nak tukar lampin dan sebagainya. Semak kepala! Aku senyum. Memang sesetengah manusia ni sanggup menyembunyikan hakikat demi perkara yang aku kira tidak begitu penting.
Aku tanya dia. " Tapi anak ni penyejuk hati kan?". Dia terus terdiam. Memang mereka penyejuk hati. :)
Jangan sia-siakan anugerah agung itu! Tapi hari ini ummat semakin membuatkan aku sedih. Sayu aku lihat ibu bapa yang dikurniakan permata hati ini namum mereka tidak menghargai. Permata itu dilayan dan dijaga persis batu biasa. Kemana keadilan? Jangan engkau zalim. Jangan engkau zalim kepada anak sendiri.
Didiklah anak-anak kita dengan penuh bijaksana. Kalau anak salah, hukum dengan bijaksana. Itu bukan satu kekejaman tapi itu untuk keadilan. Anak-anak ada hak untuk dididik dengan penuh perhatian. Gelap masa hadapan anak itu kerana ibu dan ayah. Semoga Allah memberi taufiq dan hidayah kepada ibu ayah dan anak.
Kenapa aku buat entry pasal ni? Aku ada seorang kawan yang sangat aku kasihan. Mana silapnya aku tidak tahu. Hisap rokok, ambil dadah, mencuri, dan jenayah yang seerti dengannya. Ayah tahu tetapi anak tidak pernah salah. Ayah macam ni aku ada pesanan.
"Kau nak backup anak kau jangan sampai kau sekali dengan anak-anak kau masuk neraka. Ada benda yang perlu ditegur,tegurlah. Jangan ego. Ada pihak sampaikan berita, cuba bersikap profesional. Jangan nak menangkan anak sahaja. Nanti anak bebal, kau menyesal!"
Ayuh belajar dari sekrang untuk menjadi ayah dan ibu yang baik!
An engineer needs a degree at least, professional training and practise in the industry to be certified n qualified engineer.The same goes to doctors, architect, accountant etc.But when it comes to be a good husband/wife, father/mother, one expects they can be good without continue to go learning in courses, seminars and yet expecting the marriage will be better and the kids being good children.If we continue to go partying, concerts, live shows, football games @stadium without concerning on going to self improvement programs, how can we expect a better marriage/family/kids/spouse?
Fahmi: Persediaan ini sepatutnya bermula dari sekarang!
Fahmi: Persediaan ini sepatutnya bermula dari sekarang!
Fahmi: Persediaan ini sepatutnya bermula dari sekarang! tahniah arief dah bertunang :) semoga kekal dunia akhirat.. jadi bapa yg baik.. :)
ReplyDeleteAdibah Ishak: Saya dah bertunang?Hehe..isnyaallah kita doa yang terbaik dunia akhirat.:)
ReplyDelete