Kisah Note Kertas Ringgit Malaysia Baru 2012

Tiba-tiba aku rasa nak update pasal note baru kertas ringgit Malaysia. Ni aku letak gambar duit kertas Malaysia 2012.  Kenapa aku terlintas nak buat entry pasal benda ni? Faktor mata duitan tu ada la sikit-sikit.Haha..Tapi ada benda lain yang lebih besar selain faktor tadi. Nak tau? Jom baca sampai habis..

 Model Penting
 
 Rindu duit RM20 yang lama
Bank Negara tak ada pekerja lelaki ke?

Bila kita nak buat sesuatu perkara biar sampai kepada tahap luar biasa. Kalau kau nak jadi Doctor, biarlah sampai jadi pakar. Tak cukup dengan itu sahaja, letakkan matlamat yang lebih tinggi. Aku nak jadi menteri kesihatan suatu hari nanti! Berapa ramai yang berfikiran sebegini? Bahkan, si tukang sapu sampah, bercita-citalah untuk menjadi ketua tukang sampah suatu hari nanti.

"Apa posisi anda pada umur 40 tahun nanti?"
"Saya nak jadi Gabenor bank negara!"

Dialog di atas baru sahaja berlaku beberapa hari yang lepas. Aku mengikuti satu program dan aku berkesempatan mendengar satu talk dari Dr Zainur rasyid Zainuddin. Dia mengajak untuk aku dan kawan-kawan menjadi manusia luarbiasa. Sebab tu aku teringin untuk update entry pasal ni.

Kepada sahabat-sahabat aku yang bakal melanjutkan pelajaran dalam bidang yang berkaitan dengan duit-duit ni, selamat maju jaya. Jadilah manusia yang luarbiasa. Yang cakap nak jadi gabenor tu jangan sekadar cakap ye. Kita berusaha kearah tu. Ni bukan atas dasar duit. Tapi ini untuk Ummah. :)

Fahmi: Aku nak jadi Doktor. Tapi aku taknak jadi menteri kesihatan. Aku nak jadi Perdana Menteri. Aku nak ambil sains politik selepas habis belajar nanti. Ohh..aku tidak mendapat inspirasi dari Tun Mahathir(untuk jadi perdana menteri) tapi aku mendapat inspirasi dari Ibnu Sina. Sorry Tun.Hehe..




Comments
2 Comments

2 comments:

  1. kacaknya duit baru..tak sabar nak dapatkan

    ReplyDelete
  2. selamat maju jaya.. pilih betul2 ye.

    projek anta ,, ana tolong lepas krimas.. boleh?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...