Asam Garam Dunia Perniagaan

Dia  sedang duduk di tempat yang biasa aku dan dia melepak. Aku tahu dia ada masalah. Muka dia jelas kelihatan penuh dengan kekusutan masalah. Aku menghampiri dia. Untuk memudahkan cerita aku pada kali ini, kita beri nama si dia ini Ahmad.

“kenapa ni bro? lain macam je aku tengok. Kalau ada masalah meh kongsi dengan aku..” Aku menyapa dia. Dia mengangkat sedikit wajah dia sekadar untuk mengenal pasti sapaan itu dari siapa.

“Aku..Aku ada masalah la. Masalah besar ni. Dah berhari hari aku fikir. Dah nak gila aku fikir ni..” Memang betul dia ada masalah. Aku tak perlu bersusah payah meminta dia untuk menceritakan kepada aku sebab memang selama ini akulah tempat dia mengadu dan berbincang apa sahaja perkara. Dari hal agama sehingga hal blogging.

“ Dunia bisnes memang macam ini eh? Kalau rasa nak lebarkan lagi sayap perniagaan, nak kukuhkan lagi tapak semaian pelaburan, nak kuatkan lagi ikatan perniagaan antara dua syarikat besar, mesti kena kahwin. Masalahnya yang jadi mangsa anak si usahawan-usahawan ni!” bersungguh-sungguh dia meluahkan.

Aku dapat menangkap permasalah si Ahmad pada kali ini. Memang masalah ni ada berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini. Aku dulu ingat kes sebegini hanya berlaku dalam drama-drama melayu. Bak kata Matluth tipikal filem melayu. Tapi bila perkara ini pernah terjadi kepada aku, memang ia satu realiti masyarakat kita pada hari ini. Aku cuba menyusun kata-kata untuk meringankan sedikit beban rasa yang sedang ditanggung oleh Ahmad ketika ini.

Ketika aku sedang menarik nafas ingin memulakan bicara tiba-tiba pintu diketuk. Aku terjaga! Ohhh..rupa-rupanya aku bermimpi sahaja. Tapi mimpi kali ini lain dari yang lain. Aku yang bahagia sebelum tidur pada malam sebelum itu tiba-tiba terus rasa tidak bahagia. Sampai hari ini mimpi itu menghantui aku..

Fahmi: Bukan mudah ingin berjaya. Mungkinkah bisnes aku yang sedang aku susun sekarang ni akan berjaya? Siapa tahu? Allah juga sudah susun..

Comments
2 Comments

2 comments:

  1. ngatkan betol.. mimpi rupanya..hehhe...
    mpi kdang2 jadi kenyataan oww..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...