"semua dah siapkan graf?"
semua orang masih tekun menyiapkan graf masing-masing. Hari ni kelas anggerik belajar topik linear law dalam subjek matematik tambahan.
Tiba-tiba cikgu bersuara.....
"Semalam ada seorang student ni datang kat cikgu. Dia tanya apakah maksud cinta sejati."
shuuu~
Apahal cikgu ni, mabuk cinta ka?
" Kalau nak tau cinta tu cinta sejati atau tidak kita lihat bagaimana tindakan kita apabila orang yang kita cintai tu mencintai orang lain."
Semua orang terdiam. Cikgu, kami masih budak-budak. Hal cintan cintun ni kami tak faham...
"Kalau orang yang kita cinta tu tidak cinta kepada kita namun sebaliknya mencintai orang lain, maka kita akan merelakan si dia bersama dengan orang yang dia cintai asalkan si dia happy. Kau happy, aku turut happy."
" Habis tu kita yang tak dapat cinta yang diidamkan tu macam mana? Tak ke frust menonggeng?"
"Kau yang kena reject tu, terima je la. Sape suruh muka macam mangkuk.hahaha"
Hampeh punya cikgu. Nasib baik kau cikgu, kalau tak aku dah sumpah jadi tahi gajah kering dah...
"Kalau dia tak balas cinta kau, terima je la. Kau buat lah keputusan yang menggembirakan dia. Contohnya kau lepaskan dia dan biar dia bersama orang yang tersayang. Kalau kau kacau dia, mesti dia rasa tak selesa dan tak happy. Kau biarkan dia hidup dengan happy. Kalau betol kau cinta dia, dengan kau nampak dia happy, kau pun akan turut sama happy."
"Kalau kita nak jugak dia cikgu?"
"Itu namanya kau mangkuk simen yang tamak."
Semua pelajar yang tengah buat latihan terhenti. Memang menarik topik hari ni.
"Ni kaum lelaki dengar sini, cikgu nak bagi pesanan sikit."
"Kalau kita nak tau isteri kita betol-betol sayang kita macam mana?"
Soalan tu memang menarik perhatian semua orang. Ada yang cakap isteri tu akan patuh segala arahan yang kita bagi. Isteri tu akan selalu masak untuk kita. Ada jugak yang cakap isteri tu akan tunggu disisi kita sepanjang waktu kita sakit. Siap urut urut badan lagi.
"Semua tu betol tapi ada satu jawapan yang paling tepat iaitu..."
"Isteri kita akan bagi kita kahwin dua."
Perghh..semua ternganga..Ape kejadah cikgu aku mengarut tengah hari macam ni..
"Kalau betul isteri kita tu sayang betul kat kita, bila kita nak kahwin dua mesti dorang bagi. Sebab bagi dorang, selagi suami bahagia,mereka pon akan turut merasa kebahagian tu."
"Tapi cikgu, kalau dorang tak nak bagi kita kahwin dua?"
"Haaa..itu masalah mangkuk tamak jugak la. Nak semua benda milik dia sorang je susah la kan?"
"Tapi korang kena ingatlah..Kalau isteri kita bagi kita kahwin dua, itu bermaksud dia sayang gila-gila kat kita so, kalau dah ada bini yang dah sayang tahap macam tu, buat apa nak cari lagi sorang kan?haha.."
Semua orang angguk. Memang betul juga apa yang cikgu aku cakap ni..
terbaekk :)
ReplyDeletesayang ke tak , rasanya , kalau bini pertama dah izinhkan kwin dua , sapa tak nak .
ReplyDeletecikgu terlupa pulangkan mangkuk yg dia pinjam.
ReplyDeletehaha. nice entry :) hmmm, tak mampu rasanya nak lepaskan suami kawen lain. Tak mampuuuu. T__T
ReplyDelete