Banjir Kedah-Perlis 2010

Salam 1Malaysia kepada semua...

Fuhh..Tadi setelah dekat 4 jam dalam kereta akhirnya sampai jugak kat perlis ni. Memang gila sebab biasanya dari kedah ke perlis tak samapai sejam pon tapi hari ni dah dekat 4 kali ganda..Sebab apa? sudah semestinya sebab banjir.hahaha

Memang ikut hati taknak dah post malam ni sebab letih sangat tapi dah janji la katakan.terpaksa la tunaikan.huhu..sebelum tu untuk pengetahuan la, esok kat rumah ayah aku kat perlis ni ada kenduri. Tak besar sangat pon just 5 buah khemah. Ini kenduri sambut menantu punya pasal la..haha

So, masih jadi persoalan berapa ramai yang akan datang esok sebab mungkin ada tetamu yang dijemput tapi dah terperangkap banjir pulak. macam mana nak datang? nasib baik la keadaan banjir kat perlis ni semakin ok so doa2 la esok jalan kat kangar ni semakin ok.aminn...

okay2, berbalik kepada kisah banjir ni...

seorang warga emas yang bernama aisyah,78 tahun telah mengatakan bahawa selama hayat beliau, belaiu tidak pernah lalui banjir sehebat tahun ini. Beliau mengatakan sebelum ini banjir seringkali berlaku tetapi tidak sehingga menenggelamkan alor star yang merupakan ibu negeri kedah darul aman. pada tahun ini Alor star telah dinaiki air pada kawasan yang tidak dijangka. begitu juga keadaan airport dan juga sebahagian highway yang terpaksa ditutup kerana aras air yang tidak dapat dilalui oleh kereta.

haha..hari ni aku dah temu ramah tok aku sendiri dan dia cakap seperti yang kat atas la..

Yang peliknya ialah perlis juga ditenggelami air. tapikan, dulu ada seorang cikgu ni cakap negeri yang paling last kena banjir ialah perlis. sebab apa? sebab kalau tengok peta malaysia perlis duduk kat atas sekali so yang pertama akan masuk air ialah johor dan yang terakhir ialah perlis. Benar bukan? haha..



Dah tengok peta kan? tp kenapa perlis masih banjir sedangkan johor tak banjir lagi?fikirkanlah...haha

yang best banjir kali ni sebab aku berpeluang tengok orang kampung bekerjasama bantu membantu.Jalan ke perlis dari kedah sebenarnya dah kena tutup sebab banjir tp mase tu ada satu jalan je yang ok untuk kete2 ni lalu tapi memang mencabar la jalan dia.


yang kat atas ni jalan yang kitaorang terpaksa lalui.kiri kanan sawah..

Dan yang paling aku tertarik ialah kat tengah2 sawah ni ada signboard mcm kat highway..cool gler la orang2 kampung ni.kreatif dan baik.





Yang kat atas ni semua gambar Signboard cowboy style.menarik gila..hahaha
Yang bawah ni korg tengok je la pemandangan ya.aku malas nak tulis da.kalau ada pape nak tanye,tanye la ye.insyaallah aku jawab.haha






so sorry la sikit je gambar.special thanks to my abang ipar bagi pinjam xperia dia untuk aku snap gambar2 ni.hehe..

Cukup sampai sini sahaja,kalau nak lagi gmbar boleh request.haha
salam...
Comments
1 Comments

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...