Bila Ajal Sudah Tiba....

Semuanya dalam tangan Dia...

Seorang kawan aku masa sekolah rendah baru meninggal dunia tengah hari tadi. Aku dimaklumkan dia terjatuh semasa dia tengah mandi di Sungai Gabai. Memang dah sampai ajal dia so pergilah dia...

Aku ingat lagi masa sekolah rendah,antara pergaduhan yang paling best dalam hidup aku adalah antara aku dengan arwah ni. Aku ingat lagi aku tumbuk dia sampai pecah bibir dan pipi kiri dan kanan lebam. Aku ingat lagi aku pergi kem cuti sekolah dengan dia.

Walaupun aku tak berapa rapat dengan dia dan lepas sekolah menengah terus tak berhubung lagi tapi dia tetap kawan aku. Seorang yang ada pengalaman dan memori bersama. Walaupun sedikit pasti ada kesan kan? Sedih ooo...

Hari ni aku fikir pasal satu benda je..Bila pulak giliran aku pulak nak mati. Bila masa Allah nak tarik nyawa aku. Janganlah masa aku tengah buat maksiat. Janganlah ketika aku sedang lalai mengingati Dia. Peristiwa tayar aku pecah semalam sudah cukup memberi peringatan kepada aku....

Mood:Bila ajal aku? Dimana aku akan mati? Dan bagaimana keadaan aku menemui Dia??
Comments
4 Comments

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...