Tips Kesihatan Hidung Kita

Salah seorang pembaca aku sedang menjalankan eksperimen

(Santai pagi dengan Fahmi)

Pada suatu pagi ada seorang sahabat aku datang menghampiri sambil mengorek hidung(dia ni pengotor sikit)......

"Kau nak buat satu eksperimen tak?" Dia tanya kepada aku seraya dia suruh aku bernafas menggunakan lubang hidung sambil sebelah lubang ditutup...

"Kau tutup sebelah lubang sambil kau bernafas. Cuba dua-dua belah lubang. Ada tak salah satu dari lubang hidung kau yang tak berapa nak lancar perjalanan udara?" Dia memberi arahan kepada aku. Aku hanya patuh...

Aku tutup hidung kiri.Fuhhh...perjalanan udara hidung kanan memang lancar tapi bila aku tutup hidung kanan malangnya aku agak sukar nak bernafas menggunakan hidung kiri.Kenapakah?!!

Dia tiba-tiba gelak. Aku hairan.???

"Kau nak tau tak apa punca kau tak boleh bernafas dengan dua-dua belah lubang hidung kau? Lubang hidung kiri kau tersumbat kan?"

Aku hanya menangguk sambil menanti peerangan dari dia...

"Ini telah terbukti yang kau ni hanya kuat korek hidung kanan. Kau tak suka korek hidung kiri maka lubang tak sama besar dan perjalanan udara kat lubang hidung kiri mesti banyak halangan!!HAHAHA" Dia gelak....

Moral of the story

Pertama sekali siapa yang nak cuba buat eksperimen ni kat diri sendiri,boleh la mencubanya. Tapi ingat,jangan buat di khalayak ramai kerana korek hidung dikhalayak ramai adalah suatu yang memalukan(bagi aku lah).Cuba ye..haha

Pengajaran yang aku boleh dapat dari lawak bodoh kawan aku ni ialah bersederhana dan kestabilan dalam beramal. Bahkan dalam kehidupan. Apabila kita nak buat apa-apa perkara dalam hidup kita, fikirkanlah kepada kestabilan. Jangan hanya memberatkan kepada aspek tertentu sahaja. Biar semua urusan sama rata. Apa yang perlu dititik beratkan,berilah lebih perhatian dan apa yang hanya perlu sekilas pandang,janganlah terlalu lama disitu.

Bila semua perkara kita seimbang maka dapatlah kita lalui kehidupan kita dengan lancar.Betul tak? TIdak akan terbeban dengan perkara yang remeh dan pada hakikatnya tidak perlu menjadi beban. Tidak meremehkan perkara yang patut di ambil berat. Penuhi segala urusan dengan kadar yang sepatutnya.

Jika hidung kita perlu dikorek kanan dan kiri dalam kadar yang sama rata maka penuhi tuntutan itu. Agar lubang hidung kita sama besar dan sama lancar. Boleh bernafas menggunakan kedua-dua belah luabng hidung.Hahaha...

Mood:Pernah ke korang dapat bernafas dengan keadaan lubang hidung dua-dua lancar?Aku tak pernah.Hahaha..kenapa eh?
Comments
3 Comments

3 comments:

  1. aku kan maselah idong xdo...but maselah telingo memang kerap bebenoorrr...ayoo! pesal ekkk

    ReplyDelete
  2. hidung aku skang dua2 tersumbat.aiyakkk

    ReplyDelete
  3. ouho, hdong i oke. so, tak kuat korek idong ? *Er, lagi terok kott ? hha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...