Bila Tarikh Keputusan SPM 2011 Yang Sebenarnya?



Sukacita dimaklumkan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengadakan Sidang Media Pengumuman Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang akan disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato' Sri Abd. Ghafar bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada 21 Mac 2012, masa 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, KPM, Aras 6, Blok E8, Kompleks E, Putrajaya.


SUMBER


Sekarang dah huru hara kat facebook (khususnya) pasal tarikh keluar keputusan SPM. Sekejap kata 22 mac 2012 keluar keputusan SPM. Baru-baru ni kata keluar keputusan SPM 21 mac. Bila sebenarnya yang budak-budak nak kena pergi sekolah dan ambil result? Mohon pencerahan dari pihak yang mengetahui. :)


Aku yang tengah tunggu result ni dah rasa macam tak berpijak kat bumi yang nyata. Sekejap rasa cuak nak ambil result. Sekejap rasa tenang. Tapi serius, kalau korang berserah seratus peratus keputusan kat tangan Allah, korang akan rasa tenang. Tak takut langsung. 


Macam aku, aku dah pasrah dah. Yang penting aku dah puas hati dengan usaha aku waktu nak ambil SPM dulu. Usaha sudah, doa sudah, tawakal sudah. Tunggu result je. Agak-agak macam mana eh keputusan? Haha


"Mama, ada mimpi apa-apa tak untuk keputusan SPM kami ni? Kot-kot ada petanda apa-apa ke?"


"Nak tau ke mama mimpi apa?"


"Nakkkkkkkk..." mata bersinar-sinar dah. Ni mesti mimpi indah. Haha..


"Mama mimpi kamu kena pukul sampai mati. Pastu mayat kena campak masuk longkang. Mama minta tolong,orang bukan datang nak tolong,orang datang join pukul ada lahh.." 


"Erkkkk..."


Gila seram! Lepas tu aku tak tanya dah mak aku mimpi apa. Haha..


Fahmi: Semalam aku mimpi dapat 10A. Adakah ini petanda? Atau hanya mainan mimpi? :)
Comments
3 Comments

3 comments:

  1. semalam aku mimpi dpt 11A, apakah itu betul.. dan lagi satu, makan kek masa amik result sbb result kuar masa harijadi ku..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu mainan setan je tu muaz.hahaha..Bday nta ke? Badai..Happy birthday.:)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...