Melangkah Ke Gerbang Universiti


Salam para pembaca blog aku sekalian...

Bila dah semakin hampir dengan saat keputusan SPM nak keluar,memang macam-macam benda melayang-layang dalam kepala ni. Yang pasti, keputusan diri sendiri tu yang sentiasa menghantui diri. "Aku dapat berapa  A la agaknya." "Kalau result ok,aku sujud syukur terus time tu jugak!", dan macam-macam lagi yang keluar dari mulut budak-budak yang kena menerima hakikat hidup 21 mac ni. Haha!

Di sebalik gambar


Nampak gambar kat atas tu? Itu bukan gambar aku ambil dari google ye. Itu gambar kawan-kawan aku. Setiap satu dari mereka aku kenal. Terbaru, mereka telah menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan di Uniten. Bukan calang-calang program weh! Dorang dapat scholarship penuh sebab program dorang ni yang aku dengar ala-ala "Jurutera Al-Hafiz". Jadi, bila dorang grade nanti,dorang bukan sahaja seorang engineer,tapi dorang juga seorang Al-hafiz 30 Juzu. Hebat bukan?

Seriuosly aku rasa sangat-sangat gembira bila tengok sahabat-sahabat dapat tawaran sebegini. Mereka dah nampak halatuju perjalanan mereka. Aku ni? Tunggu result dulu bro.Haha! Dorang ni seronok sebab dorang dah daftar masuk ke Uniten rabu lepas. Jadi dorang tidak perlu fikir apa-apa pasal keputusan SPM. Mereka hanya perlu senyum kepada calon-calon yang menanti result ni. Cisss..Aku pun jeles!

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Program Kejuruteraan Hafiz di Universiti Tenaga Nasional (Uniten), boleh rujuk blog member aku kat SINI

Aku nak sambung belajar mana?

Bila dah seronok tengok kawan-kawan dah sambung belajar, mulalah terkenang nasib diri.(kenapalah syahdu je bunyi.haha) Macam manalah masa depan aku. Aku nak jadi doktor? Mungkin aku bercita-cita menjadi seorang jurutera? Boleh jadi tiba-tiba kena campak untuk study finance. Mana tau tiba-tiba mak aku suruh aku sambung buat syariah. Haaa..Macam mana ni?

Status Facebook aku : "Medik.Tekad!

Insyaallah, memang niat dihati,minda,usaha semuanya menjurus kearah itu. Tak taulah kenapa aku minat sangat nak sambung pelajaran dalam bidang perubatan ni. Susah tu,memang la susah. Mana ada benda yang senang dalam dunia ni kan? Mungkin entry yang mendatang nanti, aku nak tulis pasal Kenapa Nak Belajar Medik.

Kalau dapat keputusan yang baik,kita mohon biasiswa Mara ramai-ramai! Haha..Kalau result cukup-cukup makan nak sambung medik,macam mana? Jangan risau,kita ada alternatif lain. Jom kita tengok www.medicmesir.com. Mungkin mereka oleh bantu. Dah kata tekad medik kan? So, kira korek gali semua lubang yang boleh menuju ke destinasi la kan? Hehe..


Menanti keputusan


Aku tak sabar nak dapat keputusan ni bukan apa, harap-harap dapat keputusan cemerlang dan dapat hadiahkan kejayaan tu kepada kedua insan yang paling berjasa kat atas dunia ni, ibu dan ayah. Boleh bayangkan tak muka mereka bila kita datang dan beritahu keputusan kita yang cemerlang kepada mereka." Mama.. Abah.. Fahmi dapat 9A+". Makkk..Kalau aku jadi ayah pun aku dah terlompat-lompat. Haha..


Gambar kat atas ni aku pun tak faham. Ni gambar dari filem 3 idiots. Aku serach kat Google image "Ibu bapa gembira" dengan harapan boleh la bagi pembaca menghayati muka ibu bapa yang kegembiraan tiba-tiba keluar gambar ni. Jadi aku upload jelahh.Haha!

Moral of the story


Bercita-citalah! Kita boleh tengok perbezaan usaha mereka yang mempunyai cita-cita dan mereka yang tidak kisah dengan masa depan mereka. Tak kesahlah korang nak sambung belajar kat mana,yang penting korang mampu menyumbang kepada Ummah. Dan yang terakhir, pengajaran dari gambar 3 idiots tu, jadilah apa yang korang nak jadi, apa yang korang minat. :)

Fahmi: Dah lama aku tak tulis entry style macam ni. Panjang pulak tu. Ada yang nak baca ke?:)
Comments
3 Comments

3 comments:

  1. Replies
    1. wahhh..dah lama kau tak datang blog aku.akhirnya!hehe..Insyaallah.Doakan.:)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...