Wajah Mereka (i)


Aku cuba menyelit dalam kesesakan manusia itu. Mencari sedikit ruang untuk terus maju kehadapan. Aku sudah hilang sabar. Semenjak setengah jam tadi aku menunggu giliran namun hampa. Terlalu ramai yang bersesak sesak.Mereka juga seperti aku,ingin mendapat khidmat nasihat dari si dia. Dan akhirnya aku sampai di hadapan.

"Ermmm..ummi, saya ni sesuai ke Uni mana ye?" Aku bersuara sambil tangan aku memanjang menghulurkan slip keputusan SPM aku kepada "Ummi" aku.

"Haaa..Kamu ni sesuai ke Azhar!" Dengan penuh semangat si Ummi membalas pertanyaan aku sebentar tadi.

"Erkkk..tapi saya dah tekad nak ke Mansoura Ummi.. Saya tak suka conventional system ni.Huuu.."

Setelah berbincang selama beberapa minit,aku tarik diri. Aku mencari kerusi kosong untuk berehat sebentar. Mungkin juga aku ingin mendalami kata-kat ummi sekejap tadi. Aku termenung.

"Kamu nak ke Universiti mana?" Seorang pakcik menegur aku. Kepalanya lebih separuh telah dijajah oleh tompokan putih,maksud aku uban. Aku kira umurnya sudah sekitar 50-an.

"Ermm..tu la pakcik. Saya nak ke Mansoura. Ummi pun cakap tadi Offer Letter dari Mansoura Uni untuk saya dah sampai. Tapi Ummi kurang setuju saya pergi ke sana. Katanya saya lebih sesuai ke Azhar. Pening saya pakcik.."

Tanpa disangka aku telah membuat sedikit luahan perasaan kepada pakcik itu. Panjang juga kami bersembang. Pakcik dan isterinya mesra melayan saya. Terubat sedikit keserabutan ini.

"Ehhh..anak makcik mana? Dia nak pergi Uni mana?" Aku beralih tumpuan. Aku cuba untuk bermesra dengan si makcik pula. Jernih muka makcik itu. Tetapi didalam kejernihan itu,aku dapat merasakan ada sesuatu yang tidak sedap yang disimpan oleh makcik itu. Aku memulakan perbualan.

"Dia tak datang hari ni. Kami berdua je datang. Ada benda nak bincang dengan Ummi."

"Anak makcik nak buat perubatan ke pergigian?"

"Dia nak buat perubatan. Beriya-iya dia cakap kat makcik yang dia nak sambung perubatan. Tak kesah la di mana. Janji perubatan.."

"Wahhhh..bagus la tu makcik! Anak makcik berapa A SPM dia?"

"Dia dapat 11A. Kamu?"

"errr..saya dapat 10 je makcik." Aku dah mula rasa segan. Bukan aku tidak bersyukur,tapi segan.

"10A+? Anak makcik 9A je."

"Eh eh eh..Bukan makcik! Saya 10A, A+ ada 4 je.huhu.." Makcik ni la..Lagi la aku malu.

"Ouhhh..Anak makcik alhamdulillah dapat 9A+ 2A" Memang kali ni aku dah tergagap-gagap. Segan. Malu. Bersalah. Kenapa aku rasa bersalah sangat ni?

"Wahhhh..kalau macam tu,bak kata Pak Najib dan Tuan Muhyiddin, memang confirm dapat scholarship tu!" Aku tersenyum luas. Bersungguh-sungguh aku berkata. Memberi harapan kepada si pakcik dan makcik. Mungkin itu sahaja aku mampu beri kepada mereka. Sedikit harapan,moga mereka berasa gembira dan bahagia.

"Makcik pun harap sangat dapat biasiswa tu. Tapi yang agen ni,kami nak apply jugak sebab takut tak dapat biasiswa dari kerajaan tu. dan belum pasti lagi dapat kursus perubatan ni. Maklumlah anak makcik tu memang nak medic sahaja. kami pun tolonglah dia apa yang kami mampu." Serius,aku dah rasa ada yang tidak kena dengan pasangan pakcik dan makcik dihadapan aku ini. Si pakcik terus mendiamkan diri. Dia termenung.

Dia sedikit menundukkan kepada kearah aku. Gaya seperti ingin membisikkan sesuatu ke teling aku. Aku pun merapatkan kedudukan aku dan makcik itu.

Bersambung...
Comments
2 Comments

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...