Bahaya Facebook: Tilik Nasib


Siapa yang pernah nampak gambar di atas? Aku yakin dan pasti ada antara pembaca blog ini yang pernah terserempak dengan gambar ni kat FB.

"Yeeaaayyy..Aku kahwin tahun depan la,jemput2 datang makan nasi minyak ye.:p"

Update status macam tu,sambil ada gambar kat atas. Pernah jumpa kan?

Sedar atau tidak sedar perbuatan kita menggunakan App yang ada kat FB tu selangkah membawa kita ke nereka. Mungkin bukan selangkah,terus masuk neraka pun boleh. Kerana sebenarnya kita sedang menilik nasib ketika bermain dengan App itu.

Hanya suka-suka?

"Ahmad,jom kita pergi jalan-jalan dan lompat-lompak kat atas tembok neraka tu nak?"


"Uissshhh..Bahaya weh! Kang  terjatuh masuk neraka macam mana?"


"Ehhh..Mana ada la.Kita main-main je.bukan nak masuk dalam neraka tu pun."

Maka Ahmad dan Karim pun pergi bermain di atas tembok neraka. Malangnya Ahmad telah terjatuh kedalam neraka. Cuma pada hari tu Karim terselamat,dia tak terjatuh kedalam neraka.Mungkin kerana dia baca entry ni kot?Haha..

Mula-mula hanya suka-suka. Sekali kau terpercaya hanya dalam lintasan hati,maka celaka!

Hukum menilik nasib.

Setahu aku,hukumnya haram dan berdosa BESAR! Ini adalah perbuatan syirik. Nak dalil?


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِنَّمَا ٱلۡخَمۡرُ وَٱلۡمَيۡسِرُ وَٱلۡأَنصَابُ وَٱلۡأَزۡلَـٰمُ رِجۡسٌ۬ مِّنۡ عَمَلِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ فَٱجۡتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ (٩٠)



Wahai orang-orang yang beriman!Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (90)


Kalau nak tau lanjut,hukum dan syarahnya korang boleh menggunakan perkhidmatan Google search. Tak tau apa tu? Tekan SINI dan taip Hukum tilik nasib. Maka banyak jawapan dan rahsia alam kau boleh jumpa.Haha..

Syarah aku.

Kita sebenarnya kita sedang terdedah kepada bahaya yang sangat besar. Salah percaturan sikit,binasalah kita. Kita tak sedar ada App dalam FB yang sangat merbahaya. Ini bukan bahaya sebarangan ye. Ini bahaya kepada aqidah kita. Sekali kau main App tu,kau share kat FB dan beribu yang lain turut sertai kau dan semua yang bermain itu mempercayai,maka beramai-ramailah engkau berparti dalam neraka.Whoaa!

Setakat ilmu yang aku ada dan kefahaman yang aku miliki dengan secebis rahmat dari Tuhan,aku berpendapat bahawa App ini merupakan satu bentuk tilik nasib. Dan tilik nasib itu hukumnya haram! Bila dah haram kompem-kompem kau masuk neraka.Kan kan? Haha..

Bro...Jodoh,Ajal,Rezeki tu Allah jela tau.Takkan la FB boleh tau kot? Apa la ke Bangang Pandai sangat kau?

Sila share kepada sekalian alam.Anda Bijak,Jauhi Syirik.(kempen baru)

Fahmi: Aku rasa penulisan aku dah semakin ringkas. Haha..kalau apa yang aku tulis ni salah tolong perbetulkan tau. Aku sekadar nak kongsi je. Aku tak ada PHD usul fiqh lagi so takut tersalah letak hukum.hehe
Comments
3 Comments

3 comments:

  1. thanks utk info...

    yaaa...ANDA BIJAK, JAUHI SYIRIK :)

    ReplyDelete
  2. betol3..kadang xperasan...mekasih wey..

    ReplyDelete
  3. ramai yang main menda tu kat pesbuk. pentipu semua tu. tapi ade jugak yang amik serius. kelakar. kang dah bukak pesbuk kang, aku nak up entri ni kat situ.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...