1 Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang


Salam pembaca sekalian...



Sekali lagi aku update blog ini pasal pendidikan. Dah gaya macam aku nak terjun dalam bidang pendidikan la pulak. Haha.. Tapi rasa bulan depan aku nak update banyak pasal ilmu rumahtangga pulak la. Ataupun tips penjagaan anak ke kan? Whoaa!

Hari ni aku nak kongsi satu tips menjadi pelajar cemerlang sahaja. Satu pun cukup la kan? Kita cuba amalkan satu dulu,lepas ni aku bagi lagi tips kejayaan yang lain. Ok?

Dulu aku pernah bagi satu ceramah ataupun perkongsian kat salah sebuah sekolah kat perlis. Tiba-tiba ada seorang pelajar memberi aku satu kertas yang berisi soalan. Dia tanya aku..

"Boleh kongsikan salah satu tips macam mana nak cemerlang dalam peperiksaan?"

Waktu tu aku teragak-agak jugak la nak jawab atau tidak. Ye la bro..Aku ni pun tak cemerlang mana. Bahasa Melayu boleh la aku markah tinggi. Subjek lain? Tenggelam timbul. Haha! Tiba-tiba aku terfikir satu rahsia cemerlang dalam peperiksaan mahupun dalam hidup yang aku kira cukup simple.

"Selain kamu belajar gila-gila. Kamu makan kismis seguni. Kamu minum air zam-zam segelen. Kamu doa menangis-nangis. Kamu tawakkal sepenuhnya kepada Allah,apa lagi usaha kamu selain dari itu?"



Semua yang sedang mendengar fokus kepada apa yang akan aku sampaikan. Apa la tips belajar yang mamat sorang ni nak bagitau.

Maka aku pun kongsikanlah sedikit amalan yang kakak-kakak aku amalkan dari dulu sampai sekarang. Mungkin amalan ni ramai yang sudah biasa buat tapi aku masih rasa aku mempunyai kelebihan sikit dari korang(nak menang gak tu) haaha..

Aku, seminggu sebelum aku nak exam aku akan telefon mak aku(aku duduk asrama). Aku akan bawak jadual periksa kat tangan dan aku bentang satu-satu kat mak aku.Tarikh,hari,masa dan subjek. Aku sebut satu-satu dan mak aku pun salin satu-satu apa yang aku sebutkan.

Maka pada minggu peperiksaan tu,bermulalah perjuangan aku. Namun,bukan aku seorang sahaja yang berjuang! Mak aku pun turut bertungkus lumus kat rumah. Mak aku akan baca yasin,baca doa,solat hajat,solat la apa jenis solat yang boleh didirikan.Hoho. Bukan sekejap bro! Kalau hari tu aku ada 3 papers, selama mana aku exam,selama itulah mak aku akan duduk diam-diam dalam bilik dan buat apa yang patut. Sumpah gua respek dan tabik kat mak gua! Hoho..

p/s: Mak aku puasa pada hari aku exam,tapi aku sendiri tak puasa lak.haha

Setakat ni, Alhamdulillah pencapaian hidup famili aku memuaskan. Tidaklah aku nak angkat keluarga sendiri. Kononnya result outstanding,ouhh tidak sehebat itu. Namun,nampaklah hasil doa seorang ibu tu kan. Seriusli doa seorang ibu tu sangat-sangat kita perlukan. Haaa..Lepas ni aku nak tulis pasal Kuasa Doa Seorang Ibu la. Korang ingatkan tau! Hehe..

Jadi tips pada hari ini ialah, bila kau nak exam kau bagi jadual exam tu kat mak kau. Mintak mak kau doakan. Setakat yang dia mampu la kan. Mungkin mak ayah zaman sekarang semua jenis sibuk-sibuk je. Tak ada masa nak doakan,tapi cubalah luangkan masa untuk doakan anak-anak.walaupun sekadar ingatan,lintasan hati.Demi kebaikan mereka jugak kan?

Fahmi: Mak aku suri rumah dulu kini dan selamanya. Mungkin sebab tu dia boleh luang masa sebegitu. Kalau dia anak 14 orang, dari anak yang pertama sehingga anak yang ke-14 dia akan doakan macam ni setiap kali anak-anak dia periksa. Haha..TERIMA KASIH MAMA! :D
Comments
1 Comments

1 comment:

  1. Alhamdulillah.. sama mcm mama sy wt.. beza cuma mama sy bekerja.. die akan ambil cuti kalau sy exam.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...