Di mana TWINS OF FAITH Di Hati Anda?

Ini entry pasal TWINS OF FAITH.

Siapa ingin tiket percuma ke Konsert Fenomena 30 Tahun SEARCH? Sila join contest ini. Tiket percuma akan diberikan.

"Saya ingin menonton Konsert 30 Tahun Search kerana saya ialah peminat Search dari dulu sampi sekarang. Sejak lahir, ketika masih didalam buai ibu saya sudah mendendangkan lagu search di telinga saya.(Bodoh punya ibu.Tett) Baik awak bagi saya tiket tu kalau tidak saya terjun bangunan."

Siapa ingin tiket percuma ke Far East Movement Concert di Malaysia? Tiket bernilai ratus-ratus ringgit. Tak nak rugi!!

"Saya nakkkkkkkk!! BAgi saya, bagi saya, bagi sayaaaaa...."

Tiba tiba!!

Siapa nak pergi ke TWINS OF FAITH?

SHHUUUU~

Aku hanya ingin hebahkan tentang satu 'konsert' islamic. Islamik? Rilek dulu. Jangan cepat sangat tolak. Asal dengar Islam fobia ke? Haha.. Aku tak mampu nak bagi tiket free sebab tiket dia agak mahal. Tapi aku yakin dan percaya tiket dia tetap murah berbanding tiket Far East Movement Concert.

Ini sebenarnya bukan konsert. Dia macam konferens la. Ada ramai speaker dari luar negara datang. Antara speaker yang insyaAllah akan datang seperti Dr Bilal Philips, Dr Tawfique Chodury, Sheikh Navaid Aziz, Abdurraheem Green. Speaker dari Malaysia ada juga seperti Dr Zaharuddin Rahman. Kenal kan?

Memandangkan aku dah malas nak taip banyak banyak maka aku ingin berhenti disini sahaja. Untuk maklumat lanjut sila tekan link ini http://my.twinsoffaith.com/

Fahmi: Mungkin akan ada yang cakap memang la tak berebut-rebut nak pergi program ni sebab, Mana tiket free?? Aku nak tiket free!! Kan bagus kalau ada yang nak sponsor tiket ni lepas tu buat contest ke kan? Kalau ada meh la bagi aku, aku buatkan contest. Hehe.. Berapa la sangat duit yang kita nak keluarkan untuk program ini berbanding mutiara-mutiara ilmu yang kita boleh peroleh dari program bermanfaat sebegini. Kalau konsert yang melompat-lompat melalak sana melalak sini menyalak atas menyalak bawah boleh pulak bawak keluar beratus-ratus kan? Fikirkan~

P/s: Siapa yang memang nak pergi program ini, boleh la roger aku. Mungkin kita boleh buat 'gathering' blogger kat sana. Lain dari yang lain kan?
Comments
1 Comments

1 comment:

  1. ada butang like x? ni kalo ada dah lama kelik. penulisan-penulisan awak seronok dibaca secara santai. ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...