Mengapa Cikgu Lebih 'Manis'


Kenapa aku nak jadi Doktor? Itu bukan persoalan yang aku nak jawab hari ini. Untuk sebab kenapa aku nak jadi doktor tu aku akan cerita pada entry yang khas. Tapi kali ini aku nak cerita kenapa aku nak jadi cikgu. Haa..memang dah macam keling. Sekejap doktor, sekejap cikgu. Haha..Teruskan membaca ya.

Pagi tadi aku ada pergi interview di satu sekolah ni. Sekolah agama swasta. Alhamdulillah aku diterima untuk menjadi guru disekolah tersebut. Sekolah apa? Aku mengajar apa? Ohh..itu terpaksa aku rahsiakan atas faktor-faktor keselamatan.Haha

Kenapa dan kenapa?

Kesabaran
Memang kalau jadi cikgu ni perlukan kesabaran tahap giga. Bahkan tahap Tera. Maksudnya memang kena gila bersabar. Sabar dengan perangai anak murid, Sabar dengan perangai pengetua yang tah pape(tak semua pengetua). Sabar dengan pakcik jaga yang busybody dan sebagainya. Tapi kat sini sebagai guru aku lebih focus kepada kesabaran melayan perangai anak-anak. Macam mana nak bertindak bila mereka bertindak? Mari belajar~

Mendidik
Aku ingin menjadi seorang pendidik. Semua orang ingin menjadi seorang pendidik. Aku tidak mahu sekadar menjadi cikgu yang mengajar tapi yang mendidik. Apa beza didik dan ajar? Itu korang fikir-fikir sendiri. Makna yang sangat berbeza dari segi falsafah adn praktikalnya. Jangan mengajar anak tau. Didiklah anak. Macam mana nak didik? Sebab tu aku nak jadi cikgu jap. Dapat didik anak orang sekejap pun jadi la. Nanti boleh praktikkan kat anak sendiri.hehe


Mulia
Bila kita menjadi pendidik, kita nak didik anak-anak tu kearah mana? Mestilah untuk didik mereka jadi anak-anak yang taat dan patuh kepada Allah dan Rasul kan? Nak tengok dorang jadi muslim dan mukmin yang baik. Perkataan mana yang lebih baik dari yang mengajak kepada Allah kan? Jadi agak-agak kerja sebagai cikgu ni mulia tak?


Pengalaman
Kalau korang diberi pilihan untuk memilih sekantung emas dan permata dengan pengalaman mana satu yang korang akan pilih? Baik pilih emas dan permata. Korang ada duit boleh buat macam-macam,lagi banyak pengalaman. Haha..(merapu)

Masa Lapang
Korang diberikan cuti selama 9 bulan. Apa yang korang akan lakukan? Qada' tidur, qada' movie, qada' drama korea, qada' tv series dan apa lagi? Awal-awal memang boleh isi dengan perkara baik tapi lama-lama percayalah anda mampu kecundang. Ramai yang akan tewas. Akhir sekali isi perkara dengan perkara bukan-bukan. Kalau penuh dengan perkara harus ok lagi, kalau perkara haram yang jadi agenda?

Duit $$$
Ini memang tak bagus langsung. Kau kerja ikhlas tak ni? Ke sebab nak duit je? Haha..Memang kerja itu kena ikhlas baru Allah terima tapi duit itu juga merupakan satu keperluan. Jangan sampai kononnya ikhlas bekerja kerana Allah lepas tu tak ambil gaji. Percayalah, lama-lama keikhlasan itu akan pudar! Kau ada gaji pun lama-lama setan hasut boleh hilang keikhlasan, ni kalau tak ada gaji lagi besar ruang untuk setan hasut. Mana la tau korang malaikat kan? whoaa!



Setakat ini sahaja kot perkongsian aku. Entry kali ini macam serius kan? Tak ada lawak-lawak(hakikatnya sebelum ni pun tak ada).Tapi inilah dari hati aku. Kenapa aku nak jadi cikgu. Aku nak isi masa aku dengan ilmu dan pengalaman yang bermanfaat. Doakan kejayaan aku.

Fahmi: Sepuluh,dua puluh tahun lagi walaupun selepas aku sudah bergelar Dr.Fahmi(insyaallah) mungkin mereka tetap akan memanggil aku dengan gelaran cikgu. Jika mereka masih cam aku.Manis bukan?:)
Comments
4 Comments

4 comments:

  1. dulu masa kacik kecik selalu nk jd cikgu sbb jadi cikgu cuti byk , hahaha .

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...