Kem Lepasan SPM (Promosi)


Kali ni aku nak promosi Kem Lepasan SPM 2011. Kepada pelajar SPM yang bakal menamatkan zaman persekolahan mereka pada 14 hari bulan ini mahupun yang sudah menamatkan maka aku sarankan untuk join program ini. Untuk pengetahuan aku habis 13 haribulan.Yeaahhh..

Program bermula pada 16 december. Malas pergi ke? Nak qada' tido? Ok, aku ada cadangan untuk korang yang nak qada' tido ni...

Lepas habis paper pada 14 december nanti. Korang terus balik rumah, jangan buang masa! Masuk bilik dan terus tutup pintu. Jangan lupa juga untuk tutup semua tingkap kat bilik tu. Pastikan tidak ada satu lubang pun untuk cahaya masuk ke dalam bilik korang. Pasang aircond bagi yang ada aircond la. Yang tak ada aircond jangan sedih. Haha..

Sekarang bilik korang dah macam dalam kubur gelap gelita. Namun hakikatnya kubur korang nanti lagi gelap. Kalau perangai macam syaitan la. Haha..So bila bilik dah sedia korang masuk dalam selimut terus tidur! Tidur, tidur dan tidur. Pada pagi 16 december baru korang bangun. Time tu korang dah tak nak tido dan korang akan merasai bahawa kepala korang sudah bebal. Whoaa!!

Sekarang korang dah cukup tidur. Maka boleh la untuk mengikuti kem ini..Haha..

Maklumat lanjut?

Untuk aktiviti yang disediakan tekan SINI

Untuk cara mendaftar tekan SINI

Untuk lagi lanjut dan maklumat tambahan  tekan SINI

Bahawa sesungguhnya aku malas nak taip panjang-panjang pasal benda ni. Korang yang ada masa dan keinginan boleh explore sendiri. Aku bagi cetusan, korang marakkan. Faham?

Fahmi: Jangan guna idea aku tadi. Nanti korang masuk kubur konfem gelap gelita. Panas dan penuh ular dan kala jengking. Sebab korang tak solat dua hari dua malam. Hahaha..
Comments
1 Comments

1 comment:

  1. oii sembahyang jgan tinggal pulak...asyik tido memanjang...hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...