Apakah Itu SPORT TOTO??

BUKAN SENANG NAK SENANG,BUKAN SUSAH NAK SUSAH


Mamat baru langkah kaki keluar dari pasar basah. Toleh kiri,toleh kanan dan toleh kiri lagi sekali. Tak ada kereta.Tiba-tiba mata dia tertarik pada sebuah kedai dihujung jalan. Mak aihh..ramainye orang.Kedai apa tu? Ada jumbo sale ke? Sampai beratur melimpah-limah keluar kedai...

Dia masih lagi tertanya-tanya kedai apa tu. Dia nampak kak limah(bukan hantu kak limah) dan pak peon(suami) juga turut sama beratur. Sampai kak limah yang tak pernah keluar rumah tu pun boleh pergi kedai tu, kira memang spesel la kedai tu. Mamat bermonolog dan membuat pelbagai andaian...

Ruummm..rummm...Moto mamat dihidupkan. Sekarang baru matanya dapat menangkap signboard kedai tersebut..rupa-rupanya...

SPORT TOTO MAGNUM

CIsss..bedebah punya kak limah dengan pak peon..Kau mengangkung ke???Tak pernah tengok cerita ngangkung ke ha? Tak pernah bukak kitab agama ke?Haram benda tu oiii...Masuk neraka..Mamat dapat idea apa yang dia hendak lakukan...

Superbike EX5 1000cc kepunyaan mamat semakin menghampiri kedai tersebut. Dia perlahankan motonya dan lantas dia menjerit kepada pak peon dan kak limah yang sedang beratur menunggu giliran membeli nombor...

"Pak Peon Oiiii...nak masuk neraka pun kena beratur ke...??"

HAhaha...bukan senang je ke nak masuk neraka ni? Mana senang..payah jugak sebenarnya nak masuk neraka ni tau..Macam pak Peon tu,nak masuk neraka kena beratur tunggu giliran tau. Kalau barisan panjang,lenguh jugak kaki nak berdiri tu..hahaha..

Jadi apakah itu sport toto? sport toto ialah tempat tempah tiket masuk neraka.Tapi nak dapat tiket tu payah sikit sebab kena beratur...Betul tak?Hehe..

"Solat jumaat tetap solat,sport toto tetap dihati.."

Watak dalam entry ni tak ada kena mengena dengan sesiapa.Faham? Yang penting ialah pengajaran..Janganlah jadi seperti ayah Wahi yang kuat mengangkung(ngangkung).Hehe

Mood:Macam mana aku nak kaya ni?Ben Ashaari dah kaya,aku bila lagi?Haha
Comments
10 Comments

10 comments:

  1. Yup,memang no ekor pon Qaseh..hehe

    ReplyDelete
  2. homaigod...apekah itu?kne penggal kepala je org cmtu

    ReplyDelete
  3. hoho :)
    sekarang dah tau apa itu sport toto~ :)

    ReplyDelete
  4. Shakroil:Apa nak jadi dengan sapa?

    ReplyDelete
  5. hehehe...best Oooo tengok ngangkung..cumanya x mo laa ikut jejak ayah Wahi tu...tapi kan berak cangkung kira x??? >_<

    ReplyDelete
  6. nak jadi hantu ngangkung...kekekkeke

    ReplyDelete
  7. Durra:kat UK pon ada ngangkung ka?Pakai bomoh apa?hahaha..ada orang berak berlari eh?(pengotor jap)hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...