Blog Pilihan? Terima Kasih Ben Ashaari

Tengah dok kerek-korek gigi lepas makan sarapan tadi terus aku pegi bukak laptop. Nak usha jap aku punya blog kesayangan. Dia sehat ke tak hari ni, dah makan ke belum. Sayang aku kat blog aku ni..huuu..

Tiba-tiba....

Dush!! aku tengok pahal la ramai komen kat entry aku. Bukak pulak stats traffik naik tinggi. Padahal aku off semalam pukul 2 pagi ciput je orang datang blog aku. Tapi pagi ni macam dah tambah sikit orang yg jenguk blog buruk aku ni.

Tengok traffic source rupa-rupanya blog aku dah transform jadi...

Blog pilihan Ben Ashaari


Aku terkesima. Kejang leher. Kaki kebas. Air liur suci merembes. Tangan terketar-ketar macam parkinson. Mata terkedip-kedip. Terus terduduk(memang dah duduk pun).

Uwaaaa...terharunye bila blog buruk macam ni,otai blogger macam Ben Ashaari jenguk
. Aku nak nanges bila dapat tahu pasal ni tapi AZ cakap muka aku akan jadi huduh gila bila aku nanges so aku terus tak jadi nanges.Haha..

Yang penting aku syukur sangat terpilih. Terima kasih Ben Ashaari. Saya follower setia Bro Ben. HAhahaha(gila sebentar)

Mood:Kena tulis best2 ni . Buat malu je dah jadi blog pilihan tapi entry busuk macam loji kumbahan. Orang nak baca pon loya.Hehe..Apa-apa komen membina aku harapkan. Siapalah aku tanpa anda semua..
Comments
3 Comments

3 comments:

  1. wahaha gua pun turut berbangga beb! hak3! belajar elok2 jangan main2! kekekekke...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...