Kenapa Aku Tak Nak Pakai Tudung


(18SG)

PERHATIAN: Aku yakin dan percaya bahawa entry kali ini akan ditentang hebat oleh sesetengah pihak. Mungkin mereka akan mengatakan isu ini isu sensatif dan hak peribadi. Tapi bagi aku isu ni lebih kurang macam isu rokok. Maka aku ingin memohon maaf awal-awal kepada yang nak marah kepada aku. Aku tetap akan buat entry ini. Bagi mengurangkan darjah serta tahap kemarahan orang kepada aku, aku katogerikan entry ini sebagai nasihat kepada diri aku sendiri,nota agama. Wahai fahmi(gadis comel dari kampung hulu perlis)....Dengarlah nasihat untuk dirimu ini. Ada baiknya engkau baca dan hayati entry ini.terimalah....

Aku betul-betul terpanggil untuk buat entry ini memandangkan aku juga merupakan seorang gadis yang tidak lekat tudung di kepala. Ramai yang sudah memberi nasihat kepada aku. Mahu secara berhemah mahupun secara kasar. Tapi aku tidak boleh terima. Aku ada pandangan dan prinsip aku sendiri..Kenapa aku tak nak pakai tudung? Meh sini aku bagi tau....

1.Wahyu tak sampai lagi...
Ramai orang tanya kenapa aku tak pakai tudung. Aku jawab "tak sampai seru lagi" atau "wahyu tak turun lagi". Memang betul apa aku cakap ni. Aku tak pernah lagi jumpa ayat dalam quran yang mengatakan wajib pakai tudung(sebab aku tak pernah baca quran).Aku juga tak pernah dengar ustaz atau ustazah yang bagi ceramah pasal tudung(sebab tak pernah dengar ceramah atau kuliah agama). Maka alasan untuk aku tak pakai tudung ni boleh diterima kan??

2.Panas...
Aku tak pakai tudung sebab panas. Jadi aku tak pakai tudung supaya angin sepoi-sepoi bahasa boleh sapa rambut aku yang cantik ni. Aku tak nak rasa panas kat dunia ni sebab aku nak rasa panasnya kat akhirat nanti. Aku dengar cerita tudung kat neraka lagi best. Fesyen dia hebat-hebat jadi aku nak la merasa tudung tu. Kalau bertudung kat dunia tak kekal tapi kalau bertudung kat akhirat kekal. Sebab akhirat kekal selama-lamanya...

3.Rimas...
Kalau aku pakai tudung, rimaslah. Nak bergerak susah. Rambut rasa terperap je kat dalam tudung tu. Aku tak pakai tudung supaya kat dunia aku tak rimas dan kat akhirat pun aku tak rimas.Kat akhirat aku boleh freehair lagi kat dalam neraka. Tapi kalau aku pakai tudung kat dunia,aku dah tak boleh freehair kat neraka dah. Rugi la...

4.Tayang Dada...
Kalau aku pakai tudung aku tak boleh dah la nak tayang-tayang dada aku ni. Dada aku ni aset penting aku. Sekali lelaki tengok, cair beb...

5.Rambut aku cantik..
Kalau aku pakai tudung, aku tak boleh nak tayang rambut aku yang cantik ni dah. Kat akhirat walaupun boleh tayang tapi tak puaslah hanya boleh tayang kat akhirat je. Kalau aku tak pakai tudung,aku boleh tayang kat dunia dan aku boleh juga tayang kat akhirat,neraka.Untung bukan?

6.Stim..
Bila aku tak pakai tudung maka boyfriend aku boleh belai-belai rambut aku. Dengan rambut yang cantik ditambah pula dada yang terdedah maka sudah pasti boyfriend aku lebih sayang kepada aku. Dia pun boleh stim...Kalau dia mintak,aku akan bagi. Nanti kita orang zina dan masuk neraka sama-sama. Inilah cinta sejati. Hidup kat dunia bersama,hidup di neraka pun bersama. Kebetulan esok hari Valentine maka aku pasti akan serahkan...

7.Hati yang penting..
Pakai tudung atau tidak..Yang penting adalah hati. Kalau pakai tudung tapi hati busuk buat apa? Kalau aku tak pakai tudung tapi hati baik, hati aku tak masuk neraka. Badan dan aku punya rambut je masuk neraka. Janji hati selamat.HAha..

Aku rasa cukup la hujah aku untuk korang semua baca. Memang bernas dan masuk akal kan hujah aku? Maka lepas ni jangan nak pertikaikan lagi kenapa aku tak nak pakai tudung. Kalau korang tanya,aku bagi link entry ni kat korang dan bacalah sendiri..Hahaha..

Yang benar,
Fahmi(gadis sunti hujung kampung)

Mood: Teringat ex aku yang freehair. Dia dah dapat hidayah nak pakai tudung belum?Harap Allah beri hidayah kepada dia. Semoga keturunan aku semua soleh dan solehah. Lepas ni aku nak bukak bisnes tudung,agak-agak laku tak?Hehehe..

Hai,saya dah bertudung,anda bila lagi?


Peace no Gaduh-gaduh~
Comments
16 Comments

16 comments:

  1. ada setengah org, tak nak pakai tudung sebab katanya org pakai tudung pun lebih kurg sama, ada yg lg teruk huhuhu

    kesimpulan : org yg pakai tudung, kene tunjuk contoh yg baik

    :)

    entry bagus.

    ReplyDelete
  2. Semoga semua ummat islam diberi hidayah dan taufiq untuk beramal dengan islam sepenuhnya...amin~

    ReplyDelete
  3. bagus2 entri ni .. ramai hati dah gelap . sebab tu nasihat cane pon dah tak nak terima..huu

    ReplyDelete
  4. nice entry!!terbaik bro! nasihat berunsur keperlian..sgt bagus di situ..hehehehhe..
    semoga sesapa yang masih lagi bebas menayangkan rambut boleh insaf :)

    ReplyDelete
  5. tabik la bro dgn entri ni! best!
    tapikan, nk tanye skit la, adakah dgn bertudung dah cukup? macam mana dengan lengkap bertudung, berpakaian, tutup aurat tapi hakikatnya telanjang?? macam hadis nabi tu?? hope dpt feedback ASAP.

    ReplyDelete
  6. "Fahmi(gadis sunti hujung kampung)"
    macam gampang. hahahaha

    ReplyDelete
  7. nice entry bro...
    dlm nsht ad sndrn...
    isu tudung nh dh lma sbnrny,just wanita2 nh jer yg msh xsdr...nk kta ikt trend or fasion xjgk coz org yg btudung pn ikt fasion skrg nh...
    cara xmhalalkn yg haram kn...
    so,wanita2 pikirlah tuk mnjdi muslimah yg sejati..^-^

    ReplyDelete
  8. pergh....makan dalam ....makan pedas...nak kena pi menyelam kat dlm snow nie >_<
    kasi cooling skitt...heheheh....brilliant entry!!

    ReplyDelete
  9. Anonymous 1:Bertudung ada etikanya..Ada skema pemakaian yang diterima islam..sekarang ni banyak fesyen bertudung..Nak tau lebih,tanyalah ustaz.Pagi2 bukak tv sembilan,kol la ustaz dan tanya.Aku ni jahil je.hahaha

    ReplyDelete
  10. kaaka:isu ni sebenarnya isu sensatif(bak kata sesetengah pihak).fikir banyak jugak macam mana nak tulis sebab takut org tak boleh terima cara penyampaian..Ok ke cara ni?Insyaallah..muslim sejati juga.=)

    ReplyDelete
  11. Anonymous 3:Hahaha..g la selam kat mana2 sungai beku. G kat Uk sana,tengah dok winter lagi ni..(yeke?) hahaha

    ReplyDelete
  12. Saya anonymous 1,
    bukan apa, just pelik la dgn pmpn yang bangga diorang pakai tudung tapi hakikatnya tetap juga tayang dada mcm fahmi cakap. tetap gak pkai ketat2 nk bg laki tgk bentk badan. boleh dibangga kan ke? tak ada beza nya pun pkai tudung dgn tak pakai kalaw pakai tudung+baju ketat or seluar ketat. tetap kira dedah aurat dan tetap masuk neraka macam fahmi cakap. betul tak?

    p/s:sbrg salah silap fakta, hrp dapt petunjuk.
    feedback ASAP.makasih.

    ReplyDelete
  13. Sebab tu aku cakap cara berpakaian ni ada etika yang skema digariskan oleh syarak. Cara pemakaian yang betul-betul skema di sisi islam.Aku tak berani nak syarah kat ni sebab aku ni budak jahil je.ustaz ajar kat depan aku tidur kat belakang lepas tu nak syarah kat sini pulak.Apa kes kan?haha

    ReplyDelete
  14. teringat dialog dlm kelas ''ha'ah yelarr xpakai tudung tapi kami kire ok lar kami solat gak bkn mcm sstngah budak yg pkai tudung buat je maksiat..'' cikgu bidas, ''ya mmg baik tp hukuman xpkai tudung dimana? neraka gak. Lihat balik maksud iman berikrar dgn mulut, membenar dgn hati, beramal dgn anggota''

    ReplyDelete
  15. Kalau nak pakai tudung.. pakai jelah.
    Kalau tak nak pakai tu tak yah lah.
    Tak de kena mengena tudung dengan Agama.
    Cayalah...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...